Saturday, June 20, 2009

RONDA-RONDA KAMPUNG VIETNAM.

Selepas melawat pasar terapung Cai Rang,kami dibawa melawat perkampungan orang Vietnam sambil melihat aktiviti kehidupan mereka...ternyata pihak pengendali urusan pelancongan di Vietnam bijak mengambil peluang memanupulasikan kehidupan di kampung sebagai produk pelancongan yang menarik terutama kepada pelancong Barat dan pelancong yang meminati budaya dan alam sekitar seperti aku ni...
jenjalan masuk kampung orang...tapi kami bukan ler macam kiasan rusa masuk kampung... suasana kampung dan rumah-rumah orang Vietnam...terletak di Delta Mekong,makanya di mana-mana jua kita akan dapati ada sungai yang berselirat...
cari siput...kalau masak sayur batang keladi ngan siput ni sedap sangat...makan pula ngan nasi ulam... jemerang jambatan kera(monkey bridge)...gelaran masyarakat tempatan untuk jambatan yang menyeberangi anak sungai...kemudian kami dibawa melawat kilang padi...hmm...kat Kedah pun belambak kilang padi...tapi seumur hidup aku, tak pernah pun pi melawat atau masuk kilang padi...hehehe padi dibawa dengan perahu dan bot untuk diproses di kilang ni... kuatnya...!!!beratnya...!!!

kami juga dibawa melawat kilang membuat bihun dan kotiau atau dikenali dengan vietnamese noodle dalam bahasa Inggeris...Vietnamese noodle memang lazat...sesiapa yang pernah makan kat secret recipe tentu faham kata-kata aku ni...vietnamese noodle yang telah siap untuk dipasarkan...industri kampung...kalau kat tempat kita macam IKS gitu...bersebelahan kilang ni terdapat kandang babi...barangkali sisa-sisa bihun dan kotiau yang rosak boleh dijamu kepada babi-babi ni...lihat ler anak-anak babi yang tomey-tomey tu...pink color lagi...hehehe...babi juga adalah makhluk Allah Subhanahu Wataala...ianya diciptakan oleh Allah dengan pelbagai hikmah...salah satu peranannya adalah memakan segala kotoran di bumi ini...macam ikan majlis bandaran yang kita bela dalam akuarium tu,kita bela untuk cuci dan bersihkan akuarium dari kotoran dan kumbahan ikan-ikan lain supaya akuarium sentiasa kelihatan bersih...babi pun Allah Taala cipta untuk tujuan seumpama itu juga...hanya manusia bodoh bengong jer yang jadikan ianya sebagai sumber protine...namun bahaya dan kesan daripada memakan babi diabaikan...sehingga kesaat ini satu persatu penyakit yang berpunca dari babi dikesan,namun manusia bodoh terus memakan juga makhluk Allah Taala terkotor ini...
di belakang kilang pula ada jamban...dibuat di atas kolam ikan peliharaan...najis yang dilepas akan menjadi santapan ikan-ikan di dalam kolam...hehehe...

ilalliqak...

Sunday, June 7, 2009

PASAR TERAPUNG CAI RANG

05-04-2009...awal-awal pagi lagi kami dengan penuh keterujaan telah bersiap untuk ke pasar terapung Cai Rang di bandar Can Tho ni...
menanti ketibaan bot untuk ke Cai Rang... bot-bot yang akan membawa para pelancong ke pasar terapung...dalam bot dah...
sebahagian bandar Can Tho dari atas bot di dalam sungai... kagum aku melihat pelbagai aktiviti jual-beli dilakukan di tengah-tengah sungai...pasar terapung di sini berlainan sedikit dengan pasar terapung di Damnoen Saduak,Thailand yang pernah aku lawati sebelum ini...pasar terapung di sini menjual barangan dengan skala yang lebih besar iaitu jualan secara pukal atau borong(wholesale) dan ada juga secara runcit manakala di Damnoen Saduak jualan secara runcit sahaja... kagum dengan semangat orang Vietnam mencari rezeki...rajin...berdikari...tekun meneruskan kelangsungan hidup mereka...kat Malaysia bagaimana?hmm...biasanya kerajaan yang akan dipersalahkan kalau kita hidup miskin dan melarat...!!!

ilalliqak...