Selepas meninggalkan piramid,kami melawat Spinx pula yang terletak tidak jauh dari piramid-piramid Kufu,Khafre dan Menkaure itu.Sphinx dalam bahasa Arab dipanggil( ابوالهول)yang di dalam bahasa Inggeris membawa maksud 'The Father of Fear'.

inilah Sphinx yang berlatar belakangkan Piramid Khafre.Sphinx adalah haiwan metos orang mesir purba.Berbadan singa dan berkepala manusia.Ianya dibina dengan tujuan menjadi penjaga kubur firaun(raja)yang dimakamkan di dalam piramid daripada diceroboh oleh pencuri dan penjarah.Pembinaan Sphinx ini dibuat atas arahan anak firaun Kufu iaitu Khafre yang memerintah Mesir antara tahun 2558SM hingga 2532SM.Panjangnya ialah 73.5meter dan tingginya pula 20meter.




orang ramai tidak dibenarkan terlalu menghampiri struktur Sphinx ini bagi mengelakkan kerosakan.Ianya dipagari dengan rapi dan diawasi oleh pihak keselamatan.





puing-puing binaan purba berdekatan dengan Sphinx...

ramai sungguh para pelancong asing yang berkunjung ke sini...


anak-anak pelajar Mesir yang datang membuat lawatan sambil belajar kelihatan sangat teruja apabila gambar mereka diambil...sebenarnya di seluruh Mesir tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa,mereka sangat suka dan teruja sangat kalau gambar mereka diambil...

pandangan Sphinx dari arah sisi...



hidung Sphinx ini dikatakan telah dimusnahkan oleh Napoleon Bonaparte sewaktu menyerang Mesir dulu...


Sphinx dan piramid aku tinggalkan dengan pelbagai kenangan...entah bila pula agaknya aku akan berpeluang kesini lagi...wallahu a'lam.

sebaik saja keluar dari kompleks piramid dan sphinx,kami terasa haus...maklumlah, kan di padang pasir gurun sahara(bukan Gurun,Kedah yer)...kalau kat Gurun,Kedah boleh minum air Sg Kunyit atau pi pekena kopi ais kat rumah Nazz! hehehe...Kami lantas ke gerai menjual minuman dan jus buah-buahan...diperah dengan mesin khas...

terdapat jus mangga,pisang,oren dan delima....lihatlah mesin memerah jus yang terdapat dalam gambar tu...

buah-buahan...sedapnya...

hmm...kesukaan aku,delima...dalam bahasa Arab dipanggil 'rumman'( الرمان)...

gulp...gulp...gulp...ahhhhh...hilang dahaga aku!