23hb September 2008 adalah tarikh mula aku masuk ke kuaters kerajaan bertempat di Apartment KCS,Kuah,Langkawi.Rumah aku ni boleh la tahan juga.Tingkat satu jer...tak la penat sangat aku nak menapak.Ada 4(empat) bilik tidur,1 bilik stor,ruang tamu yg selesa,ruang makan,dapur yg luas,3 bilik air beserta 3 tandas...Penghuni sebelum aku ni,nampaknya kurang menjaga kemudahan-kemudahan yg disediakan oleh Kerajaan di dalam rumah ini...begini la tabiat orang kita...tidak menghargai kemudahan yg diberi oleh Kerajaan yg sentiasa perihatin dengan kebajikan kakitangannya...kalau bab kutuk,komplen itu ini,tak puas hati yg itu yg ini,depa pandai la...Segala kemudahan2 yg disediakan oleh pihak Kerajaan itu sepatutnya dijaga,dipelihara,diuruskan dan dikawalselia dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab seolah-olah semuanya itu adalah harta kita atau harta mak bapak kita! Alamak,sempat pula tazkirah zohor tengah2 hari ni...hehehe.
Jom kita lihat,sebahagian gambar2 rumah aku yg sempat diambil buat tatapan bersama...aku tak dapat ambil banyak2 sebab penat menyapu,mencuci,menyental tandas dan segala galanya lah secara berseorangan...nasib orang bujang...

sebahagian dari pemandangan master bedroom...inilah bilik aku...baru lepas menyapu...pasni kena mop pula!!!adoi...

bilik anak-anak aku...anak?bila masa aku beranak...aku masih teruna lagiiiii...

sinki di ruang dapur

dapur gas


peti ais dan rice cooker pun ada gak...

adusssss...ada lagi jamban yg belum disental...tandas ni letaknya di sebelah dapur...tandas bilik aku dah settle...banyaknya tandas,jenuh nanti aku nak melabur...

ruang makan...ada meja makan la!

tempat untuk diletakkan tv aku...

ruang istirehat dan santai...perabot dia bukan taste aku...

pemandangan dalam bilik stor...Ya Allah,penghuni yg lepas ni tak pernah cuci ker...jenuh aku nak kena bersihkan nanti...
Apa-apa pun,Alhamdulillah,syukur pada Allah Taala dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi aku menumpang berteduh dari panas dan hujan di bumi Langkawi ini...Alhamdulillah.