Selepas mengunjungi RDC kami meneruskan lawatan ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (PPOUS)pula yang terletak tidak berapa jauh dengan RDC tu. PPOUS dibuka semenjak tahun 1964 lagi. Ianya ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Kementerian Pelancongan Malaysia.Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah 4294 hektar.Sehingga kini terdapat 300 ekor orang utan yang hidup di sini.Objektif utama pusat ni ditubuhkan adalah untuk menyelamatkan anak-anak orang utan yang terpisah dari ibunya supaya dapat membesar dan meneruskan kelangsungan hidup.Namun sejak kebelakangan ini objektif tersebut telah dikembangkan kepada pendidikan konservasi,penyelidikan dan kebajikan orang utan dan juga binatang-binatang lain yang terancam seperti badak sumbu.Jom kita lihat bingkisan dari PPOUS ni...layan...




nak masuk kena beli tiket dulu...pemegang MyKad dewasa=RM5, bawah 18 tahun=RM2. Bukan pemegang MyKad dewasa=RM30, bawah 18 tahun=RM15. Bayaran camera=RM10...Aktiviti yang paling menarik kat PPOUS ni ialah acara memberi orang utan makan(orang utan feeding).


untuk ke tempat jamuan orang utan(istilah aku) dibina jambatan kayu sebegini bagi memudahkan pelancong...kalau tak, terpaksa ler derma darah kepada pacat...betul tak Ishan...hehehe.

ada anak sungai lagi...rasa tenang jiwa aku...


sewaktu berjalan ke tempat orang utan diberi makan, kita akan disambut oleh beberapa kumpulan monyet ni...monyet2 ni seakan telah tahu bila masuk waktu makanan hendak diberi...aksi2 depa ni sangat mencuit hati...mat saleh dan pelancong asing suka benar...semasa aku dok ralit berjalan tetiba salah seekor monyet jantan yang usia agak remaja telah naik atas belakang aku dengan aksi kokko(orang Kedah tau la)...aku punya la terkejut tapi berjaya maintain cool sambil menerima tepukan dari para pelancong...hehehe...aku ralat sedikit kerana tak sempat nak rakam aksi kejadian tersebut kerana ianya berlaku secara spontan jer...

akhirnya...sampai juga...