Saturday, July 26, 2008

GERHANA MATAHARI


Untuk makluman semua,insya Allah pada 1 Ogos 2008 bersamaan 29 Rejab 1429 ni diramalkan akan berlaku gerhana matahari(solar eclipse)mulai jam 5.16 petang di negeri Kedah...di tempat2 lain aku tak tau la.Tetapi bukannya gerhana penuh,gerhana sebahagian sahaja. Sumber maklumat ni aku perolehi dari sahabat aku Haji Abdul Majid bin Haji Abdul Wahid As-Saadi.Dia adalah seorang ahli falak(astronomer)terkenal di negeri Kedah ni.Sangat pakar dalam ilmu fizik juga dan merupakan salah seorang ahli Persatuan Astronomy Antarabangsa.Mendapat pendidikan di USA.Dia juga terlibat secara langsung dalam membantu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah menyediakan takwim hijriah,menyediakan jadual waktu sembahyang,jadual imsak dan berbuka puasa,urusan mencerap hilal(anak bulan)dan lain-lain urusan yang berkenaan dengan ilmu falak(astronomy).
Aku sempat berbual-bual dengan dia membicarakan serba sedikit tentang gerhana matahari yang bakal berlaku itu.Menurut beliau semua ciptaan Allah di angkasa tidak statik,sebaliknya berdasarkan kajian saintifik,semua benda-benda yang dicipta oleh Allah itu bergerak di atas jalan atau landasannya tersendiri.Ini menepati seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud:
"Dialah yang telah menjadikan matahari bersinar-sinar(terang benderang)dan bulan bercahaya dan Dialah yang telah menentukankan perjalanan tiap-tiap satu itu beredar pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar.Allah menjelaskan tanda-tanda kekuasaannya satu persatu bagi kaum yang berminat mahu mengetahui(hikmah sesuatu yang telah dijadikannya)"

Menariknya,matahari,bumi,bulan,bintang dan sebagainya itu bergerak dalam pusingan jam sama seperti tawaf mengelilingi kaabah di Baitullahilharam.Oleh kerana semua ini bergerak pada kelajuan dan jalan(orbit)yang tak sama,maka ada kalanya terjadilah keadaan di mana ketiga tiga objek(matahari,bulan dan bumi)berada dalam satu garisan dan yang tengah akan melindungi cahaya.Menurut beliau lagi,dalam hal gerhana matahari,bulan berada di tengah antara matahari dan bumi,maka terlindunglah cahaya matahari untuk sampai ke bumi dan gelaplah permukaan bumi.Inilah yang dinamakan gerhana matahari(solar eclipse).
Gerhana matahari ini tidak akan terjadi selain dari penghujung bulan qamari.Pada masa inilah berlakunya ijtimak antara matahari dan bulan.Dalam satu tahun gerhana matahari akan berlaku di dalam dunia ni tidak kurang dari 2(dua) kali dan tak akan lebih dari 3(tiga) kali.Maksudnya,kadang2 dalam setahun berlaku dua kali dan kadang2 dalam setahun berlaku tiga kali.
Satu perkara yang harus diberi perhatian ialah gerhana matahari mahupun gerhana bulan bukannya suatu kejadian yang terjadi tidak semena mena.Ianya terjadi berulang ulang sejak zaman dahulu kala lagi.Ianya bukanlah suatu kejadian pelik atau aneh,sebaliknya adalah merupakan kejadian biasa yang akan berlaku dari masa kesemasa.Pakar-pakar ahli falak dapat mengetahui tarikh akan berlaku gerhana di masa hadapan mengikut kiraan kiraan tertentu biarpun ratusan tahun lagi di masa hadapan.Kejadian gerhana ini tidak ada kena mengena dengan sebarang petanda buruk,malapetaka ataupun apa2 kepercayaan karut,khurafat atau yang tidak munasabah.Namun manusia sejak dahulu kala sering mengaitkan gerhana dengan pelbagai kepercayaan karut dan tidak wajar.Sebagai Muslim kita tidak harus terikut-ikut dengan kepercayaan seumpama ini kerana agama kita Islam amat menentang keras sebarang kepercayaan yang palsu,sesat,khurafat,tidak logik dan karut marut.

Sembahyang Sunat Gerhana Matahari
Gerhana matahari adalah merupakan tanda kekuasaan Allah yang menciptakan setiap kejadian dan peristiwa.Dalam Islam apabila berlaku gerhana matahari atau bulan kita digalakkan(disunatkan)melakukan solat sunat gerhana bulan di masjid secara berjamaah. Jumlah rakaatnya ialah dua rakaat tetapi istimewanya dalam setiap rakaat ada dua kali rukuk(sembahyang biasa satu kali rukuk saja).Maksudnya bila kita rukuk kemudian bangun iktidal kemudian rukuk pula kali kedua dan bangun iktidal kemudian baru lah sujud. sama juga dalam rakaat kedua nanti.Kemudian selesai sembahyang ada khutbah pula seperti sembahyang hari raya.Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad yang berbunyi:
"Dari Abu Bakrah R.A katanya:Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah S.A.W lalu berlaku gerhana matahari;(melihat yang demikian)Rasulullah S.A.W pun bangun menyeret kain selempangnya hingga masuk ke masjid lalu mengerjakan sembahyang dua rakaat dengan menjadi imam kami sehinggalah habis kejadian gerhana matahari(setelah selesai sembahyang dan bedoa,baginda berkhutbah antara lain) baginda bersabda:"sesungguhnya matahari dan bulan adalah dari tanda2 kekuasaan Allah,kedua duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang(sebagaimana yang disangka oleh kaum jahiliah);oleh itu,apabila kamu melihat(kejadian gerhana yang merupakan salah satu)tanda kekuasaan Allah,hendaklah kamu sembahyang dan berdoa sehingga selesai kejadian gerhana yang kamu hadapi itu."(Hadis riwayat Al Imam Al Bukhari).
Hadis tadi menerangkan bahawa orang Islam disyariatkan mengerjakan sembahyang gerhana.Oleh kerana secara kebetulan pada hari berlakunya gerhana matahari itu putera(anak lelaki) nabi kita yang bernama Ibrahim yang berusia setahun lapan bulan meninggal dunia,dan oleh kerana ada orang yang mengatakan berlakunya gerhana matahari pada hari itu disebabkan kematian anak lelaki Nabi iaitu Ibrahim,maka Rasulullah menolak dengan tegasnya kepercayaan itu dengan menegaskan dalam khutbahnya:"Bahawa matahari dan bulan tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan tidak juga kerana kelahiran seseorang".Ibrahim adalah anak Nabi Muhammad dengan Mariah Al Qibtiyah iatu seorang perempuan berbangsa Qibti(bangsa asal Mesir sama seperti bangsa para Firaun)beragama Kristian Coptic.Beliau memeluk Islam semasa berkahwin dengan Nabi Muhammad.
Baginda juga menegaskan bahawa matahari dan bulan hanyalah diantara makhluk2 yang diciptakan Allah,pencipta seluruh alam dan dialah menentukan peredarannya. Jelasnya apabila peredaran bumi dan bulan sampai pada satu peringkat yang tertentu,berlakulah gerhana matahari dan apabila sampai ke satu peringkat yang lain pula berlakulah gerhana bulan sebagaimana yang sedia diketahui dalam ilmu falak(astronomy).
Para ahli ilmu falak telah cuba mengkaji peristiwa gerhana matahariyang pernah berlaku pada hari kematian anak Nabi Muhammad iaitu yang bernama Ibrahim tersebut.Dengan kepakaran mereka dan bantuan pengiraan komputer pada zaman kini,mereka telah berjaya mengesan dan mengenal pasti bahawa peristiwa gerhana yang berlaku.

bersamaan dengan hari kematian Ibrahim itu ialah pada 27 Januari 632 masihi. Gerhana tersebut telah bermula dari jam 7.24 pagi dan gerhana penuh pada jam 8.37 pagi manakala berakhir pada jam 10.04pagi. Di Latitud 150 dan 20oU. Matahari di Madinah pada hari itu terlindung sebanyak 97 peratus.Gerhana pada hari tersebut bermula di Sudan dan melalui Semenanjung Arab dan berakhir di negeri China.
Itulah serba sedikit tentang gerhana matahari.Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi bolehlah menghubungi terus sahabat aku iaitu Tuan Haji Abdul Majid bin Abdul Wahid As-Saadi di talian 04-7338110(no hpn aku tak boleh beri...sorry).Beliau juga bersedia untuk mengajar ilmu falak kepada sesiapa sahaja yang betul2 berminat tidak kira Muslim atau Non Muslim dengan secara percuma. Diulangi yer...PERCUMA!!!Beliau telah beberapa kali menawarkan diri untuk mengajar dan memperturunkan ilmunya kepada aku,tapi kekangan waktu dan yang lebih utama lagi disebabkan matematik aku terlalu lemah aku hanya mampu mengucapkan terima kasih ja la pada dia....


PERHATIAN:Gerhana Bulan juga akan turut berlaku dalam bulan Ogos nanti iaitu pada tarikh 17 Ogos 2008 mulai jam 3.35 pagi sampai jam 6.44 pagi.

7 comments:

Anonymous said...

good to see u start blogging! keep it up...we might come a cross on this blogging world one day...will read ur's from here....keep me update...salam

adie-ishmael said...

anonymous= salam...tq. harap dpt baca u punya gak.

Anonymous said...

hmm...u already did....thanks

Anonymous said...

tks for the info. very interesting!!

kak ja said...

Kja suka entry ni.. very informative.. menambah ilmu yg membaca, mengaitkan sains dgn ilmu al-Quran.. keep it up!!

adie-ishmael said...

anonymous=tq

kak ja=tq...berkongsi seciput maklumat.

Anonymous said...

Assalamualaikum,

Sebelum eloklah diperkenalkan diri saya.

Nama saya Wan Ibrahim dan saya berminat untuk belajar ilmu astronomi dengan Tuan Haji Abdul Wahid.

Ini nombor telefon saya..

0196337056.

Saya ingin menghubunginya. Adakah Tuan Haji masih menggunakan nombor yang sama?