Wednesday, August 13, 2008

LAWATAN KE PULAU PULAU

Konsep lawatan kami ke Phuket kali ni adalah untuk menikmati keindahan ciptaan Allah, kehijauan bukit-bukau,gunung-ganang,pantai-pantai dan kecantikan alam semulajadi.Orang ke Thailand dengan seribu satu macam tujuan...Setiap orang ada minat dan kesukaannya tersendiri,tapi alhamdulillah, kami yg datang kesini mempunyai minat yang sama iaitu menikmati benda2 yg disebutkan di atas...
Pada hari kedua ,kami telah berpakat mengambil pakage untuk melawat pulau2 yg terdapat di perairan sini.Harga pakage kami ialah 850 bath atau rm85 seorang.van yang membawa kami dari Phuket ke Phang-nga Bay sejauh 85km.Dari jeti tu kami naik bot menyusuri pulau2 yg ada di perairan berkenaan.jalan nak ke jeti selepas van kami berhenti.masing2 dah pakai jaket keselamatan yg diberi.ini jeti nak ke pulau2 tu.Lawatan kami dikendalikan oleh sorang pemandu pelancong Thai Muslim.Nama dia Mahmud bin Abdullah tapi dia suruh panggil Mus jer.Tak leh cakap Melayu,penerangan dalam bahasa Inggeris ja.Lupa pula nak amik pic dia yg agak hensem tu...hehehe.ini gambar dua orang kawan aku.di sebelah kiri tu nama dia Mohamad Khairil Anuar(Nuar) dan di kanan tu Syukri Mohamed(Krie).Depa berdua ni fasih cakap Siam kerana berasal dari Tualang,Kedah. Untuk makluman korang,di Kedah ni penduduk-penduduk di kawasan Tualang,Nawa,Budi,Kubor Panjang,sebahagian Pokok Sena,sesetengah tempat di Pendang dan Padang Terap bertutur dalam bahasa Siam di rumah dan menjadi bahasa ibunda mereka. So,kami tak der masalah langsung dari segi bahasa untuk berkomunikasi di Thailand ni.Mudah untuk kami bertanya arah,tawar menawar dan lain2 urusan.aku dan Krie.ni pula Abang Suhaini(nama macam pompuan)tapi dia suruh panggil abng Mie ja.Agak slow,bersopan santun dan tenang tetapi kuat makan...hehehe,jangan marah ya bang!
Jom kita lihat pemandangan yg sempat aku rakamkan.Korang perhatikan pulau2 batu kapur yang muncul dari tengah laut tu...wow!!!memang sesuai dengan jiwa aku, Subhanallah...Rabbana ma khalaqta haza batilan subhanaka faqina azabannar!!!bot kami masuk gua yang melalui di bawah perut pulau tu
pemandu bot kami,Thai Muslim. Majoriti penduduk yg mendiami pulau2 kat sini adalah beragama Islam,tapi mereka tak tahu cakap Melayu,sepatah dua tu boleh la...bot kami mula masuk ke perhentian di perairan Pulau James Bond.ini ker rupanya James Bond's Island yg gempak itu...Dinamakan sedemikian kerana pernah dibuat penggambaran filem James Bond 007 tu kat sini pada tahun 1974.Sapa hero dia masa tu aku tak tau sbb masa tu umur aku baru 3 tahun...aku dan Krie berlatarbelakangkan pulau James Bond itu atau dalam bahasa Thai Koh Tapu(Koh=Pulau,Tapu=Jarum). Aku dan Pulau James Bond katernyerrr....di bawah ni...
Pose-pose selak betis pulak...
pose berkaki ayam.Selipar tercabut tali sewaktu tolong pimpin anak dara Yahudi dari Israel masa dia nak naik batu sebelah ni,pic dengan dia tak dapat disiarkan di sini,sbb dia pakai bikini jer, takut2 menimbulkan fitnah atau digunakan sebagai modal menjatuhkan aku masa kempen pilihanraya akan datang...hehehepose cekak pinggang guna sebelah tanganpose kangkangpose kangkang sambil merenung masa depan...pose kangkang dan senyum ala-ala nak tak nak...
pose senyum penuh kepuasan setelah jenuh penat mengangkang!!!!Aku,Nuar dan James Bond's Island...
Asyik sangat dok pozing gitu gini sampai depa kena pi cari aku,bot dah nak bertolak pi pulau lain pulak.Mus(tourist guide)tu dah pening ngan karenah aku,tapi tetap senyum simpul,sikit pun tak masam.Keistimewaan orang Thai.Jumpa dalam entry berikutnya insya Allah!

Ilalliqak...

7 comments:

PUTUBAMBU said...

wah..wah.. pose selak betis...! kah..kah..!

tapi cantik ah..pulau batu kapur tu.. mmg cantik2 pulau kat sana kan?

err..awat tak bubuh gambor anak dara yahudi tu..? cun tak?

anyway, sebab nazz dah buat thread happy birthday utk hang...ni cheq nak ucapkan...

'semoga panjang umuq..diperbykkan rezeki..dan dipertemukan jodoh yg baik.. aminn..!!'

(aku copy paste jek dr blog naz..ekekek)

CATZ said...

wahh...cantikkk gambar..yey..aku dah sampai dah tempat tuh...james bond island etc...then masa tuh aku ada pu lunch kat restoran kat satu pulau tuh..sedaaapppp gila...
weh..tak pi fantasea phuket ke??

kak ja said...

Salam Adie,
Hepi bday yg ke ** (nazzman yg habaq u r ** yrs old today).. Confirm Adie lbh muda drp kja yg masuk *** thn Sept ni!!

Semoga dipermudahkan segala urusan kehidupan dunia dan akhirat..

adie-ishmael said...

putu=hanya betis jer yg mampu aku selak...hehehe!memang cantik putu...tq sbb wish walaupun copy n paste jer.
catz=pi tapi tak masuk la catz
kak ja=salam kak ja...amin...doa pompuan solehah mudah dimakbul Allah!

PUTUBAMBU said...

kah..kah..! tak senonoh betul..

aku wish ikhlas tau bang Di..

(nak panggil abg pulaklah..cam manja2 sikit..ekeke..)

nazzman ibrahim said...

AYOOOOOOOOO nak termuntah aku bila putu call u abg hahaha melugai rasanya ya ampunnnnnnnnnnnnnnn

adie-ishmael said...

nazz=u tu dengki sebab tak dak sapa leh panggil u abng...adik boleh la.
putu=ya dik....hahaha(mati lah kalo drama ini hubby putu tau)