pangkalan bot nak ke Pulau Tuba dan Pulau Dayang Bunting yg terletak tidak jauh dari Jeti Kuah... orang ramai menaiki bot untuk ke Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba.Tambangnya rm5 untuk sehala.driver bot yg hensem lagi bergaya itu...
aku dah berada dalam bot...bot mula gerak jam 10.00 pagi...muka penat gila sebab terpaksa bergegas ke pangkalan...pukul 9.45 aku masih berada di rumah,tertidur selepas balik jogging...driver bot terpaksa call aku,nasib baik pak Imam dah bagi nombor hpn aku kat dia.Aku pakai baju Melayu siap2 supaya senang nak solat Jumaat nanti...sebahagian dari penumpang bot...makcik ni anak beranak nak ke Kg Selat Bagan Nyior,Pulau Dayang Bunting...selepas ke kampung tu,bot akan meneruskan perjalanan ke destinasi terakhir iaitu Kg Selat Lubok Chempedak,Pulau Tuba iaitu tempat yg aku tujui...kelasi bot ni...pemandangan Kg Selat Bagan Nyior,Pulau Dayang Bunting melalui celahan tingkap bot...Sebaik sampai di jeti Kg. Selat Lubok Chempedak,adik tuan Imam bersama motor kapcainya sudah sedia menunggu untuk membawa aku ke masjid kariah berkenaan.Masjid ini adalah lokasi program untuk orang dewasa...bengkel memperbetulkan bacaan Al-Quran dan Surah Al-Fatihah...setiap orang akan diminta membaca dan dikesan kesalahan bacaannya,kemudian akan diajar cara yg betul...terima kasih kepada hadirin kerana bersemangat dan tidak malu untuk belajar walaupun dah ada yg berumur...hehehesebelum mereka diminta membaca,Sohibul Fadhilah Tuan Syeikh Roslan bin Abdul Halim Al Hafiz (Imam Besar Masjid Zahir@Masjid Negeri) menyampaikan taklimat dulu...bengkel ini dikepalai oleh beliau.Terima kasih tuan,Allah Taala jualah yg mampu membalas sumbangan tuan ni.
sebelum berhenti untuk solat Jumaat,aku diminta untuk berucap merasmikan penutupan seisi pagi...akan disambung lagi pada sebelah petang nanti tentang ilmu lain pula...Masyarakat Pulau Tuba ini amat mengharapkan lebih ramai alim-ulama datang menziarahi mereka untuk memberi tazkirah dan bimbingan kerohanian kepada mereka.Aku amat berharap selepas ini para pendakwah dan penceramah di luar sana akan sudi datang membuat pelbagai program keagamaan di sini...bukan hanya setakat bersyarah atau berpidato berapi-api di pentas-pentas ceramah saja. Komplen itu dan ini. Kutuk orang itu dan orang ini. Tak puas hati yang itu dan yang ini. Atau hanya pandai buat lawak bagi orang gelak ketawa terbahak-bahak macam badut atau tukang karut. Orang2 macam ni sepatutnya terjun ke gelanggang dan medan dakwah yg sebenar...kenali dan ambil tahu keperluan sebenar masyarakat awam...bukan hanya tahu dan pandai mengutuk,mengata,komplen,protes,buat lawak jenaka atas pentas ceramah tanpa ada nilai-nilai kerohanian dan keinsafan...marilah sama2 kita fikirkan...
Selepas Solat Jumaat kami pi pekena nasi di rumah tuan Imam pula...inilah rumah tuan Imam kariah berkenaan...selepas kenyang makan nasi,kami pun keluar meninggalkan rumah Imam.Bengkel seisi petang pula akan diteruskan...Ada sebahagian lagi terpaksa membuat persiapan untuk majlis forum dan tayangan menggunakan LCD pada sebelah malam nanti.Aku yg ditugaskan sebagai perasmi telah selesai tugasan.Pihak kariah telah mengatur satu seisi lawatan untuk aku ke persekitaran kawasan di sini... Sebelum dibawa berjalan,van terpaksa lah diisi minyak petrol dulu...Inilah station minyak petrol dan peralatan yang paling canggih di sini...Harga minyak di sini pula seliter ialah rm3(tiga ringgit) ada kedai yg jual rm2.80(dua ringgit lapan puluh sen)... Istilah 'minyak turun harga' tidak wujud di pulau ni...Alhamdulillah...nasib baik korang tak tinggal di sini...bersyukurlah wahai orang-orang yg selalu komplen harga minyak mahal...hehehe.
pemandangan Pulau Dayang Bunting dari sebelah Pulau Tuba...
pemandangan Selat Bagan Nyior dari atas jambatan(sebelah kanan menuju ke Pulau Dayang Bunting)...pemandangan Selat Tuba dari atas jambatan(sebelah kiri menuju ke Pulau Dayang Bunting). yang nampak berkabus tu sebenarnya adalah hujan...menaiki van menyeberangi jambatan yang memisahkan antara Pulau Tuba dengan Pulau Dayang Bunting...Sebelah kanan jambatan menuju ke Pulau Dayang Bunting itu namanya Selat Bagan Nyior manakala di sebelah kiri pula namanya Selat Tuba,kedua-dua selat ni menjadi pemisah antara dua buah pulau tersebut...Pulau Dayang bunting adalah pulau yg kedua besarnya selepas Pulau Langkawi manakala Pulau Tuba pula adalah pulau ketiga besar tetapi penduduk di Pulau Tuba lebih ramai dari penduduk di Pulau Dayang Bunting... jambatan penghubung antara kedua pulau berkenaan...antara projek Kerajaan BN Kedah terakhir sebelum kalah dalam pilihanraya yg lepas...pemandangan Pulau Tuba(gambar diambil sebaik saja sampai di sebelah Pulau Dayang Bunting)...bersambung dalam N3 mendatang...
ilalliqak...
11 comments:
huhu...baguih2. smoga program membudayakan Al-Quran tu akn memberikn input pada semua..huhu..minyak seliter rm3...aduss..
p/s: lawa la gmbr pulau dayng bunting..
lawa-lawanya gambar dlm N3 kali ni...sejuk mata memandang...cantik sungguh bumi Malaysia ni...
seronok pulak aku baca aktiviti hang kat sana..
alhamdulillah..kalau boleh penghayatan begini biarlah sampai kepada semua golongan tak kira tua ke muda..
tambah2 lagi laa ni ramai yg dah makin alpa....
p/s...RM3? mahalnya...
Alimnya....;-)
salam bro...nampak cam al tahfiz jer org yg pakai baju melayu hijau pucuk pisang tu..eheehhe
Dah pi melawat kg kentut kecik & besaq kat langkawi? Story sikit, macam mana boleh dapat nama tu.
Salam YA SHEIKH ADIE,
ASIRBAL QOTHO...MAN YU'IERU JANAHAHU LI KAI ATHIRA ILA HABIBI BIL ARDHIL AQSO?!!!
SUBHANALLAH, KITNA SUNDAR HAI VOH JAZIRAA/TAAPU...!!! (subhanallah, indahnya pulau tu) PULAU TUBA KAISE JAATE HAIN? (mcm mana nak ke pulau tuba tu ye?) KYA VOH LANGKAWI SE DUR HAI? (jauh tak dari langkawi?)
ALHAMDULILLAH...MASIH ADA SINAR ISLAM DI PULAU TUBA ITU WALAUPUN IA JAUH DARI TANAH BESAR MALAYA. SEKALUNG TAHNIAH DIUCAPKAN KEPADA PARA PENDAKWAH ISLAM TERUTAMANYA DA'IE SEPERTI ABG ADIE...SEMOGA ALLAH SENTIASA MERAHMATIMU SELALU:-)
Wassalam. Phir milenggei (ilal liqa')
Zuer pernah gak gi tasik dayang bunting...tak tau plak kat pulau dayang bunting tu ada perkampungan.!!!!
ashabulz=minyak mahal sini...banyak motorsikal...tapi kesian kat nelayan...depa kena pakai minyak juga nak hidupkan injin bot.
n.m ibrahim=negara kita memang cantik...orang yg buta kayu jer yg selalu memperlekehkan negara sendiri...kan?
putu=betul cakap kau putu...minyak kat KL berapa putu?
darcydiaries=alim maknanya berilmu...saya ni jahil sesangat!!!
arsaili=nampak jer...hakikatnya tak...hehehe
anonymous=FYI,Pulau Kentut Besar dan Pulau Kentut Kecil dah ditukar namanya kepada Pulau Intan Besar dan Pulau Intan Kecil...aku rasa patut kekalkan nama lama la...unik!! tentula ada kisah dan ceritanya sehinggakan orang tua dulu2 tu letakkan nama macam tu...
ishan-qureshi=salam ya akhie!!Wah...siap ada syair Arab lagi nih...untung awek yg dapat balak yg pandai bersyair macam adik ni...puitis sangat makna syair tu!! ini syair Arab klasik ni...kalau belajar bahasa Arab bab al munada akan jumpa syair ni...hehehe.Kalau nak ke Pulau Tuba atau Dayang Bunting,ada bot naik pangkalan tak jauh dari jeti kuah...tambang rm5sehala.15minit dah sampai.Saya bukan daie la...cuma tukang bentang sejadah jer...
Zuer=pulau dayang bunting ada penduduk la zuer tapi tak ramai...ada sebuah masjid dan ada sebuah sekolah kebangsaan dengan pelajar seramai 65 orang,tapi besarnya mak ai...boleh muat untuk 1000orang...pelajar sekolah menengah terpaksa ke pulau tuba...ada yg tinggal di asrama sekolah tu...nanti baca dalam N3 berikutnya...tasik dayang bunting pula terletak kat the other side of pulau ni...kawasan tu tak da penduduk...
semoga program seperti ni...terus ada...
salam ABG ADIE,
Setelah membaca n3 ni, saya menjadi begitu terpesona dgn bahasa AL QURAN yakni bahasa Arab. Baru saya sedar, Bahasa Arab lebih merdu dan puitis drpd Bahasa Hindi/Urdu! Dengarkanlah syair Arab ini, "LAILA, LAU BAGI LAILA UMRI..ABHI IE LAILA WAS 'AA..WEI LAT UMR...! AHLAM AHLAM BI QIDAA YI JAM 'IEE" Uisshhh..susah betul la, ntah apa maknanya saya pun tak tau...hehehe!
Post a Comment