Wednesday, November 12, 2008

PROGRAM SAYANG AL-QURAN(PART II)

Sebaik saja sampai ke Pulau Dayang Bunting,van kami terus ke Sekolah Kebangsaan Selat Bagan Nyior.Ustaz Helmi mahu memantau bengkel pemantapan fardhu ain yang dikendalikan oleh para pelajar UIA di situ.Beliau adalah salah seorang guru kat sekolah ni.
bangunan sekolah yang tersergam indah walaupun hanya terdapat 65 orang pelajar sahaja di sini...untuk kegunaan pada masa hadapan....berdasarkan pemerhatian aku sewaktu melawat Indonesia,bangunan macam ni kalau di sana tu kira taraf universiti la jawabnya...bertuah sungguh rakyat Malaysia ni!!!bangunan asrama desa... penginapan di asrama desa ini dan segala kelengkapannya disediakan sepenuhnya secara percuma oleh kerajaan melalui Kementerian Pelajaran demi anak-anak bangsa kita...bersyukurlah kepada Allah! Jangan kufur nikmat...
Selepas melawat-lawat persekitaran Pulau Dayang Bunting,kami berpatah balik ke pulau Tuba untuk melawat aktiviti pelajar di Sekolah Menengah Langkawi,Pulau Tuba pula...
aku terlupa nak ambil gambar aktiviti pelajar kerana sibuk berborak dengan Ustaz Helmi...
Selesai melawat para pelajar,aku pun dihantar ke jeti untuk pulang ke Kuah.Aku sengaja memilih jeti yg lain dari yg mula aku sampai ke sini untuk menambah pengalaman...Jeti yg aku sampai pagi tadi terletak di Kg. Selat Lubok Chempedak manakala jeti yg aku akan bertolak balik ini terletak di Kg. Tuba...Jeti di Kg Tuba ni lebih baik kemudahannya... semasa dalam perjalanan ke jeti untuk pulang ke Kuah,kami sempat singgah di Pekan Tuba.Hanya pekan kecik ala-ala pekan koboi jer...kelihatan dalam gambar van yg kami naiki... sempat pose-pose berketayap lagi nihh...berlatar belakangkan pantai yang airnya dah surut...
dah sampai di jeti...sementara menunggu bot bertolak aku sempat mengambil gambar-gambar di sekeliling jeti ni...silalah layan...motor-motor diletakkan oleh pemiliknya yg mahu berurusan di Kuah...Ustaz Helmi dan isterinya...Ustaz Helmi ni akan balik berjumpa dengan isterinya setiap hari Khamis di UUM dan akan datang semula pada petang Sabtu...pada kali ni isterinya pula datang ke Pulau Tuba ni berjumpa dengan dia... rindu la tu...hehehebot yang akan membawa aku ke Kuah...terpaksa menunggu 30 minit untuk penuhkan penumpang sebelum bergerak...
kelihatan bandar Kuah di kejauhan sana berlatar belakangkan Gunung Raya,puncak tertinggi di Langkawi...
selamat tinggal Tuba...aku akan datang lagi,insya Allah...

13 comments:

arsaili said...

salam..tk dr jauh jer pulau ni...bentuk the pregnant maiden tuh

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Masya-Allah...subhanallah, muka abg nampak begitu bercahaya dlm n3 kali ni...sejuk mata memandang! Inilah contoh insan yg sentiasa memartabatkan AL QURAN...muka sentiasa dipancari nur. Tak mcm muka saya...yg hanya ada NUUURaka...huhuhu! Psstt...tgh mencari sinar hidayah-NYA utk saya menjadikan AL QURAN bertakhta di hati saya...doakan kejayaan saya ye!

PUTUBAMBU said...

cantiknya...

alhamdulillah satu keje dah siap...

FK said...

Tumpang lalu

aShaBuLz said...

lawalah sekolah tu...pantun yg d tulis kat bangunan tu manis benor rimanya...huhu

adie-ishmael said...

arsaili=kan...nampak macam tu la.

ishan=amin...muka bercahaya tu sbb baru buat facial sblum mai Tuba ni...hehehe.

putu=masih banyak kerja menanti...ustazah putu bila nak ikut serta?

khapeace khalead=silakan silakan...lalu jer? singgah la juga...

ashabulz=tu la...syoknya zaman kat sekolah dulu...ramai aweks ngorat...ahaks.hehehe

FK said...

Nak mintak kebenaran add U as my friend list.OK?

adie-ishmael said...

khapeace khalead= ok...silakan...terima kasih dan dihargai sangat...

PUTUBAMBU said...

nak ikut serta?
insyaallah..kalau ada rezeki..

daela said...

salam abg adie,
mmg syok la kat pulau tuba tu kan...???bila la nk sampai nih??

adie-ishmael said...

daela=memang best kalau orang tu mencintai alam semulajadi,kedamaian suasana desa,hutan rimba,pantai,paya bakau,fauna dan pelbagai margasatwa...hehehe

Madam Casper said...

tak pernah jejak kaki lagi ke pulau tuba ni w/pun dah 10 thn dok sini....

nak kena pi ziarah gak niii

adie-ishmael said...

casper=pi la...ajak ur hubby pi sana...tambang bot rm5 jer...ada resort kat Tuba tu...rm50 kot semalam kalu tak salah...tp musim cuti sekolah may be naik harga...