Sunday, December 7, 2008

HARI PERTAMA DI MESIR

Selepas menikmati futur(sarapan)di rumah Ustaz Zakaria di tingkat 1,kami dibawa ke tingkat 11 yang menjadi rumah penginapan kami sepanjang berada di Mesir.Sangat selesa...rasanya seperti berada di rumah sendiri.
ruang istirehat...ruang makan...
ruang tetamu...ruang dapur... bilik tidur...selimut tebal...musim sejuk... sebahagian pemandangan yang sempat aku rakamkan dari atas apartment kami...kelihatan kota Kaherah padat...menjadi penghuni lebih kurang 20juta jiwa.
Setelah puas berehat,kami dibawa oleh Ustaz Zakaria jalan-jalan sekitar kota Kaherah.Pada sebelah petang itu pula,kami berkesempatan menziarahi apartment anak Dato' Yang di Pertua(YDP) Majlis Agama Islam Kedah(MAIK)yang terletak tidah jauh dari masjid Sayyida Zainab. di rumah anak Dato' YDP MAIK...kelihatan Ustaz Zakaria sedang menuang teh 'o' untuk membasahi tekak dan memanaskan badan kami...
dan sedikit roti kering yang sangat enak dicicah dengan air teh 'o'...
anak perempuan Dato' YDP MAIK adalah penuntut fakulti perubatan di Cairo University,so tak hairanlah kalau di rumahnya terdapat pelbagai tulang temulang manusia di sana- sini...menurut beliau tulang2 tu dibeli dengan harga 200 pounds mesir(200 genih)...1 pound/genih=65sen Malaysia.alamak...roti dan tulang manusia tu sama keras dan sama warna jer...jangan-jangan aku dah tersalah ambil dan cicah tulang tu dalam air teh 'o'...eeeeeee!!!!!
Selepas di apartment anak perempuan Dato'YDP MAIK,kami berkunjung pula ke rumah anak Ustaz Hassan Basri yang sedang belajar dan mengajar di sana...
al-akh Zaidi...anak Ustaz Hassan Basri...juga merupakan rakan lama saudara Ishan-Qureshi,salah seorang rakan blogger aku.Ustaz Hassan Basri bersama cucunya,anak Zaidi yang lahir di Kaherah... Kami juga telah menikmati makan malam di rumah Zaidi.Menu yang disediakan amat menyelerakan.Masih teringat-ingat keenakannya sampai ke saat ini...
itik nila(itik serati)kukus...untuk makluman,ini bukan masakan orang Arab tetapi masakan Melayu Pattani...disediakan oleh kawan-kawan Zaidi yang kebanyakannya dari Pattani,Thailand...
sup daging itik nila(itik serati)...sup ini dikenali sebagai sup loreh...tu dia...kami pulun itik tu sampai tinggal tulang...kalau tulang tu leh telan,nescaya gambar ni pasti tak dapat disiarkan di sini...
kenyangnya...sedapnya...nak lagiiiii...bersambung ceita dalam N3 mendatang...


ilalliqak...

17 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Laa,awat tak habaq nak pi makan kat rumah ZAIDI HASSAN BASRI tu? Kalau tak, boleh kirim salam kat dia...kirim salam je la...hehe. Lama betoi tak jumpa dia. Lps je abis sekolah menengah, sampai la tak penah jumpa. Dah besaq pun dia noo...dah ada anak kecik pun! Pssstt, abg tak try ke gigit tulang org yg seakan2 roti pizza hut tu...mesti lazat...hehehe!

kak ja said...

Salam Adie..
Itu Sheikh Uzir ke kat dlm salah satu pic tu?

DarcyDiaries said...

Salam Ustaz,

Terkejut saya tgk itik nila, ingatkan benda alah apa tadi..

Anyway, Salam Aidiladha..
P/S; Nanti singgah my blog

PUTUBAMBU said...

uish..licin no..!!

adie-ishmael said...

ishan=bila pula nak ikut macam zaidi tu...dah branak pinak...

kak ja=ya betul...tu la Sy Uzir...kak Ja kenai ka??

darcydiaries=salam aidiladha...jgn terkejut...itik nila memang sedap..

putu=licin putu...sedap sangat.

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

ISH belum cukup umuq lagi la utk beranak-pinak. Lagipun ISH mana boleh beranak! Ermm, si ZAIDI tu boleh beranak ka? Uishh,dahsyatnya dia tu! Abg tak tanya apa rahsia dia sampai boleh beranak? Ka gara-gara dok makan itik nila hari-hari? DUSHHHH;-)

marie said...

saya ingatkan angsa tadi sebab panjang noo tengkuk nye..rupanye itik nila..tapi daging itik nila ni sedap (lamanye tak makan itik)..

seronoknye dpt peluang berjalan ke tempat org..saya ni entah bilalah lagi..

shazali said...

abg adie, again...mane gambar tuan punya badan ni? hehehe..(nak kena denda nih!)

adie-ishmael said...

n.m ibrahim=yup...masa nak makan itu hari pun kaget juga tgk tengkuk itik nila tu macam panjang jer...tapi licin juga akhirnya...siap suruh masak lagi...

shazali=dah tau dah denda apa....hehehe.

Madam Casper said...

adie
selamat pulang ke malaysia...
ishh cepat la update citer kat mesir tu..teruja tgk..
erkk kurma madu tu ada lagi tak yg mcam dlm gambar tu

CATZ said...

salam adie..

wah...bertambah menarik pengembaraan ke mesir ni...sambunglah lagi..
hem..apa rasa itik nila tuh?..macam ayam ke?..sedapnya aku tgk..terliur..aku ni pantang nampak makanan..iskk..

adie-ishmael said...

casper=terlalu sibuk...baru hari ni sempat publish N3.

catz=sedap catz...ada kawan yg tak pernah makan itik,tak lalu katanya...tapi bila cuba sekali siap minta buat lagi...so tuan rumah terpaksa buat lagi sekali itik kukus tu pada hari terakhir kami di Mesir...nanti aku tunjuk lagi si itik kukus tu...internet kat opis ada masalah...terpaksa buat N3 kat CC ni...tu yg lama tak buat N3 baru tu...

Cae said...

comel sungguh cucu ustaz hassan. tulang temulang tu boleh di beli mcm tu aje ke? ke kena ada lesen bagai.. ish! apa perasaan pengang tulang manusia..

adie-ishmael said...

cae=comelkan...tingin pula nak ada anak sendiri...
tulang temulang tu just pegi beli kat tempat yg telah ditetapkan...tak payah lesen bagai...masa pegang tulang tu cuma rasa keras jer...lain2 rasa tak der ler pulak...

Anonymous said...

can you email me: mcbratz-girl@hotmail.co.uk, i have some question wanna ask you.thanks

Unknown said...

Salam Abg Zaidi,

Ana ni Hafizi KK...lama tak dengaq berita. Ustaz Zaidi ni 3 pupu, sekolah SMKAB skali dulu. Dok merantau lagi ka?sama la kita...semoga jumpa lagi.

Unknown said...

nak mintak tlg boleh?kalu jumpa ust zaidi lagi,boleh tlg bagi email ana Half_easy_1010@yahoo.com...syukran