Pada 24 Nov sampai 1 Dis yang lalu aku berkesempatan melawat ke bumi anbiya,Mesir(Egypt).Dari KLIA dengan menaiki pesawat Egyptair ke Cairo(Kaherah) mengambil masa lebih kurang 12jam termasuk 2jam transit di Mumbai.Harga tiket pergi dan balik adalah sebanyak RM3250.Dalam N3 kali ni aku akan menceritakan pengalaman di sana... kalau sudi jom kongsi pengalaman berada di Mesir...nasi yang disajikan dalam pesawat...dua kali makan,nasi dan mee goreng...serta makanan ringan dan minuman...kami bertolak jam 10.30pm waktu Malaysia dan sampai jam 11.00am waktu Malaysia bersamaan jam 5.00am waktu Egypt.
imigresen Mesir ni kalau korang kasi duit pelicin(baksis)kat depa,cepat lah segala urusan diselesaikan, kalau tak, depa akan sengaja lambat2 kan...dia0rang ada minta duit kat aku, tapi aku buat dak jer...gaji mereka difahamkan terlalu rendah...Sistem di Malaysia ni 100kali lebih cekap dan bersih dari sebarang duit2 pelicin ni...somemore kita hanya perlu scan jer passport tu,tak payah cop bagai...baguihnya Malaysia...walaupun ada orang yg selalu mengutuk dan tak puas hati itu dan ini, serta tak pernah bersyukur dengan apa yg ada di negara kita sendiri... Setelah selesai urusan di airport,kami dibawa terus ke Asrama Pelajar Kedah/Kedah Students' Hostel.Sesampai jer di situ kami terus dibawa ke rumah warden iaitu Ustaz Zakaria bin Othman(beliau sekarang berada di Mekah...semoga mendapat haji mabrur).Kami dijamu nasi lemak dan sejenis roti Arab oleh isteri beliau, Ustazah Salmah yg juga senior aku semasa di sekolah rendah kat Sg Petani dulu...
kibdah...roti yang berintikan hati lembu goreng... kemudian sebagai pencuci mulut kami makan delima(rumman),limau dan kurma muda(balah)...inilah pemandangan asrama pelajar Kedah atau dikenali dengan panggilan'rumah kedah baru' di Hayyu Sabik'(seksyen tujuh)yang merupakan tempat penginapan kami sepanjang berada di bumi Mesir...asrama ini telah dibina semasa pemerintahan MB yang dulu lagi tapi ketentuan Ilahi mentakdirkan MB baru yang merasmikannya setelah berlaku pertukaran pucuk pimpinan negeri Kedah selepas pilihanraya yg ke 12 lalu... terima kasih tidak terhingga kepada Ustaz Zakaria dan semua adik-adik pelajar yg menghuni asrama ni di atas budi baik anda melayan dan menjaga kebajikan kami selama berada di sana...moga Allah jualah yg dapat membalas budi baik kalian...amin. Jumpa dalam N3 berikutnya,insya Allah...
Ilalliqak...
Saturday, December 6, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
12 comments:
Salam ABG ADIE,
Ooo, ke Mesir rupanya...patutla lama menghilangkan diri. Psstt, xde buah tangan pape ke dari Mesir utk ISH ni...hehehe. Ermmm, bumi para anbiya' sudah abg jejaki...moga abg pun akan tergolong dlm golongan2 org yg diredhai & diberkati ALLAH sama seperti mereka. Amin:-) SLMT HATI RAYA AIDILADHA, maaf zahir batin.
p/s: projek sup tulang rusa jgn lupa nooo;-)
heheh..kata nak masuk balik blog minggu depan? heheh...Best nyer abg adie g Mesir...roti tu macam sedap jer? hati lembu !!....salam Aidiladha!!!
Salam Aidil adha!
P/S: Rumman : delima, akala : makan, ingat plak blaja bahasa arab masa skolah! ;-)
wahid, isnani, salasa, arbaa' khamsa, sitta, sab'a, samaniya, tis'a, isyrun......;-)
wah....pergi mesir...best2!! hoohohoho...nk g gak!!jom jom..
ishan=amin...mudah2an yer.Selamat Hari Raya Korban juga buat Ishan.
Zuer=salam aidil adha...roti2 kat sana memang sedap2...
darcydiaries=ingat lagi noh!!! bukan isyrun la, isyrun tu 20...asyara baru la 10.
ashabulz=jom...tahun depan kita pi lagi...
salam..teringat pengalam ke Mesir suatu ketika dahulu. Saya ke sana dgn kawan dari libya. Dia hendak kembali ke Bengazhi menerusi Cairo, so dia pun ajak jenjalan ke cairo. Nasib baik ada kawan yg bole bercakap Arab...itupun beberapa kali hampir di tipu. Memang cultural shock berada di cairo...org mesir ni sungguh harsh...yelah memula sampai ingat Mesir ni org nya bagus2..al maklumlah tempat beradanya Universiti Islam yg tersohor...
sorry ustaz, tersyasul! ;-(
P/S; RAya haji di "perantauan"..
arsaili=orang baik dan beriman kalau dia berada di New York,USA sekalipun tetap baik dan beriman kalau dia jaga peribadi dan akhlak...sebaliknya orang jahat dan keji di hadapan Baitullah@Kaabah di Mekah pun dia sanggup buat kerja terkutuk...contohnya mencuri atau raba punggung perempuan semasa tawaf...
hi adie..
wah...sudah menjejaki bumi Mesir..salah satu tempat yg saya teringin mahu lawati suatu hari nanti...keep posting photo and story...bleh share dgn aku ni yg tah bila nak sampai sini kan..
catz=insya allah kau akan pegi juga suatu hari nanti...
ada org demam teringin nak makan buah delima.. mcm na...?
cae=saper tuh...
Post a Comment