Selepas melawat piramid dan sphinx di Giza,kami ke Masjid Amru ibn Al A's pula.Masjid ini adalah masjid yang pertama di bumi Mesir dan sudah tentunya masjid yang pertama juga di benua Afrika.Ianya dibina pada tahun 642Masihi bersamaan tahun 21 Hijriah di Fustat,nama lama bagi ibu negeri Mesir.
Masjid ini telah dibina oleh sahabat Rasulullah iaitu Amru ibn Al'As bin Wail bin Hisyam bin Suaid bin Sahm Al Qurasyi.Beliau memeluk Islam bersama dengan Khalid bin Al Walid pada tahun 8 Hijrah selepas peperangan al Ahzab.Selepas 6 bulan memeluk Islam, beliau bersama-sama Rasulullah dan para sahabat yang lain telah menawan kembali kota Makkah sewaktu peristiwa Fathul Makkah.Beliau dilantik menjadi panglima perang kerana bijak dan cekap mengatur strategi dan taktik peperangan.Beliau juga bertanggung jawab menguasai Baitul Maqdis,Jordan dan Mesir dari cengkaman Empayar Romawi.Semasa pemerintahan khalifah Umar bin al Khattab beliau dilantik menjadi gabenor Mesir tetapi dipecat pada masa pemerintahan khalifah Uthman bin Affan.Pada masa pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan beliau dilantik semula menjadi gabenor Mesir.binaan yang berwarna agak gelap sedikit itu adalah lebih tua usianya dari yang berwarna cerah...
kami sempat bersolat jamak taqdim zuhur dan asar...sempat juga bersolat jenazah.Tiang-tiang masjid ni ada yang dikatakan dibawa sejauh dari India...sahn atau courtyard...kelihatan binaan berkubah di belakang aku tu ialah sebahagian dari tempat mengambil wuduk...air dan lantai kat sini tersangat sejuk...rasa macam berwuduk dengan air ais jer...maklumlah,musim sejuk... terdapat catatan dan tulisan lama di sebahagian dari tiang di dalam masjid...ada majlis ilmu dan tazkirah untuk para remaja selepas solat...tong untuk orang ramai menghulur sumbangan dikelolakan oleh biro zakat masjid ni...Antara nama lain bagi masjid ni selain dari Masjid Amru ibn Al A's ialah Taj al Jawame'(تاج الجوامع)yang beerti Mahkota Sekalian Masjid, Al Jami' Al Ateeq(الجامع العتيق) yang beerti Masjid Antik dan Masjid Ahl Ar Rayah(مسجد اهل الراية)yang beerti Masjid Pemegang Panji-panji(Mosque of Banner Holders).
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Salam ABG ADIE,
Alamak....abg sejibik mcm sorang model busana Muslim Mesir tu la...ntah apa nama dia ntah, lupa la! Tapi kalau tak silap ISH, model tu nama Sarmadie Elham Elahie kot. Haa, konpom nama model Sarmadie Elham Elahie..baru ingat;-)
i agree your idea ! very nice blog
Majlis Tazkirah after solat utk remaja & belia tu amat jarang kelihatan di Malaysia ni... That explain a lot ttg keruntuhan moral kita. Even kalau diorganise pun ada pulak pihak-pihak yang mengganggu, yang berkaitan dgn fahaman politik... U know what I mean..
The interior masjid does resemble one that i've visited kat cordoba, spain...much influence of moorish architecture..
Post a Comment