Selepas meninggalkan piramid,kami melawat Spinx pula yang terletak tidak jauh dari piramid-piramid Kufu,Khafre dan Menkaure itu.Sphinx dalam bahasa Arab dipanggil( ابوالهول)yang di dalam bahasa Inggeris membawa maksud 'The Father of Fear'.inilah Sphinx yang berlatar belakangkan Piramid Khafre.Sphinx adalah haiwan metos orang mesir purba.Berbadan singa dan berkepala manusia.Ianya dibina dengan tujuan menjadi penjaga kubur firaun(raja)yang dimakamkan di dalam piramid daripada diceroboh oleh pencuri dan penjarah.Pembinaan Sphinx ini dibuat atas arahan anak firaun Kufu iaitu Khafre yang memerintah Mesir antara tahun 2558SM hingga 2532SM.Panjangnya ialah 73.5meter dan tingginya pula 20meter.
orang ramai tidak dibenarkan terlalu menghampiri struktur Sphinx ini bagi mengelakkan kerosakan.Ianya dipagari dengan rapi dan diawasi oleh pihak keselamatan.
puing-puing binaan purba berdekatan dengan Sphinx...ramai sungguh para pelancong asing yang berkunjung ke sini...
anak-anak pelajar Mesir yang datang membuat lawatan sambil belajar kelihatan sangat teruja apabila gambar mereka diambil...sebenarnya di seluruh Mesir tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa,mereka sangat suka dan teruja sangat kalau gambar mereka diambil...
pandangan Sphinx dari arah sisi...hidung Sphinx ini dikatakan telah dimusnahkan oleh Napoleon Bonaparte sewaktu menyerang Mesir dulu...
Sphinx dan piramid aku tinggalkan dengan pelbagai kenangan...entah bila pula agaknya aku akan berpeluang kesini lagi...wallahu a'lam.sebaik saja keluar dari kompleks piramid dan sphinx,kami terasa haus...maklumlah, kan di padang pasir gurun sahara(bukan Gurun,Kedah yer)...kalau kat Gurun,Kedah boleh minum air Sg Kunyit atau pi pekena kopi ais kat rumah Nazz! hehehe...Kami lantas ke gerai menjual minuman dan jus buah-buahan...diperah dengan mesin khas... terdapat jus mangga,pisang,oren dan delima....lihatlah mesin memerah jus yang terdapat dalam gambar tu...
buah-buahan...sedapnya...hmm...kesukaan aku,delima...dalam bahasa Arab dipanggil 'rumman'( الرمان)...
gulp...gulp...gulp...ahhhhh...hilang dahaga aku!
Tuesday, December 30, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
8 comments:
Nikmat nya aku tgk air delima tu..rasa dia cam na Adie...sedap ker...mmg leh hilang dahaga betull nooo
Salam ABG ADIE,
Wow, itna kamaal hai! Voh makan bohot-bohot sundar hai;-) Allah hafiz!
Aik? Kat Egypt lagi ka?
seronoknye dpt berjalan ke tempat sejarah ni..selama ni dok baca dlm buku, ni dah merasa pi pegang sendiri..
air jus pisang tu mcm mana ye rasanye..tak memek ke?
abd adie...bestnya...blog abg adie ni buat daela tambah ilmu pengetahuan secara x langsung...thanks abg adie!!!teruskan berblog..
seronok baca pengembaraan ke mesir ni.
banyak ilmu saya dpt..
anyway..
salam Maal Hijrah..
dan..
selamat tahun baru 2009.
catz
casper=rasa dia masam2 manis,tapi manisnya lebih...sedap.
ishan=tempat tu memang cantik...pcayalah.
darcydiaries=buat N3 yg dah lapok...
n.m ibrahim=memek tu apa?
daela=thanks...kalau sudi teruskanlah baca ya.
catz=salam maal hijrah dan met taon baru juga buat catz
Salam, wah sekali dia update blog... berbelas ratus entry... Air delima tu, bijik pun dia squeeze sekali ker? mcm gembira jer aku tgk..
Post a Comment