Saya merasa sangat marah apabila membaca artikel di blog Jentayu ini tentang dakwaan azan dilarang dilaungkan di kawasan perumahan orang Malaysia di Kuala Lumpur.
Peristiwa yang turut menyaksikan kedayusan orang PKR yang memegang jawatan Pengerusi itu juga melambangkan bahawa kita sangat mudah bertolak ansur bab seruan azan ini. Sama juga seolah olah situasinya dalam skala yang besar corak pemerintahan di negeri negeri Pakatan Rakyat yang nampak terpaksa tunduk kepada tekanan DAP dan PKR bagi isu isu melibatkan kesucian agama Islam..
Perkara sebegini perlu disiasat hingga ke akar umbi kerana ia telah jelas dikeluarkan di dalam tulisan dan tentunya jika tidak dibendung ramai akan merasa marah dan tidak berpuas hati selagi larangan tersebut tidak ditarik kembali.
Meskipun atas dasar bukan Islam berhak juga ke atas peralatan azan , ia tidak bermakna mereka boleh menghalang azan dilaungkan. Ini seperti ingin menyekat secara halus laungan azan di perumahan ( baca : di Malaysia ) dan bukannya di Hong Kong atau di Korea.
Sikap ini perlu dihindari dan semoga ada orang akan membuat sesuatu supaya perkara ini tidak dibiarkan begitu sahaja atau kita akan melihat semakin banyak ’songeh’ dari mereka berkenaan agama kita.
Bukankah Allah telah berfirman :
‘ Untuk kamu agamamu dan untukku agamaku ‘
Sikap warga Malaysia seperti inilah yang boleh membaca ancaman kepada keamanan kita sebenarnya. Mereka tak fikir lagi sensiviti kita dan mendesak perkara perkara yang sekian lama menjadi amalan agama kita dihalang dari diamalkan.
Tujuan penulisan ini tidak lain ialah bagi memastikan kuman ini merebak dan menjalar sehingga menjadi barah satu hari nanti dan ketika itu kita sudah tidak mampu berbuat apa apa lagi akibat kesilapan kita membiarkannya hari ini…
Saya juga tersentuh dengan gerakan Blogger Pembela Negara yang semangat mengutarakan isu tersebut di blog blog ahli mereka. Kesungguhan menjaga agama yang baik bagi saya.
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
6 comments:
Salam ABG ADIE,
"Al kufru millatun wahidah" tu maknanya apa ya? Any translation..?!! Sorry, my Arabic skill is very weak. Since i left my schooldays, ISH mmg langsung tak praktikkan bahasa syurga ni, sampai lupa langsung. Satu kerugian yg amat besar. Huhuhu:-(
betul tuh.. apa maksud sebenar ayat tuh...
terima kasih kerana memberi info seperti ini..
assalamualaikum Mr Adie
rasa rasanya kufru tu maksud dia 'abundant'..betoi ka?
huh..sori la kalau salah..tak pernah belajar bahasa arab pun..cuma try cari dlm Free translation
ermm..dah dapat dah the meaning of "Al Kufru millatun wahidah"
KEKAFIRAN ADALAH SATU SATUNYA AJARAN.
Betoi dak?
Sori cakap bro, ini semua fitnah UMNO untuk melaga-laga kan kaum. Bodoh lah seseorang itu mempercayai fitnah, jika tidak diselidiki dahulu.
uezaine=ilmu yang ada pada saya hasil kurniaan Allah Taala cukup untuk faham dan tahu membezakan mana satu fitnah Umno atau kegilaan PKR dalam kerakusan mereka mendapat kuasa sehingga sanggup menjual agama Islam dan kepentingan umat Islam di negara ini...perangai orang2 PKR dan Umno tiada beza kerana mereka sama2 sekular...
Post a Comment