Tuesday, March 3, 2009

CHALET TERAPUNG PELADANG SG. PETANI

Sewaktu pulang bercuti baru-baru ni,aku berkesempatan ke Chalet Terapung Peladang yang terletak di Kg. Pengkalan Bukit Kecil,Mukim Simpor,Sg.Petani,Kedah Darul Aman...Tidak berapa jauh sangat dengan bandar Sg. Petani.Kalau dari Giant tu,kita harus ikut jalan ke Sg.Pasir,kemudian ikut jalan ke Batu Lintang hingga sampai ke simpang kanan ke Kg.Bukit Kecil.
bila dah sampai ke signboard ni,terus maju ke depan sehingga nampak signboard berikutnya...hehehe.kalau kita dah nampak signboard ni,alamatnya dah hampir sangat nak sampai...tapi kena ke depan sikit lagi...tiang signboard tu tinggal satu jer...mungkin telah dikebas oleh pengumpul besi buruk... belok ke kiri ikut arah anak panah...pasti tak sesat...kita akan melalui teduhan hutan bakau di kiri kanan jalan bertar ni...
terus memandu sehingga kita sampai ke pelantar tambatan... tempat parking kereta tepi sungai... Sg.Merbok yang luas itu...berlatarbelakangkan Gunung Jerai... chalet-chalet terapung yang boleh disewa untuk bermalam sambil memancing atau memukat...hasil tangkapan boleh dimasak dalam chalet tu...jangan lupa bawa beras dan rempah ratus yang wajar secukupnya...kat sungai ni banyak terdapat ikan ketang, gelama, kerapu, jenahak,siakap,semilang,duri dan udang serta ketam sungai...kita akan dibawa ke chalet yang terletak di tengah Sg.Merbok ni dengan bot dari pelantar tambatan..kalau tak nak menginap di chalet,kita boleh juga berehat-rehat sambil mengambil angin di tepi sungai tu...antara perkhidmatan yang diiklankan...chalet ni diusahakan oleh persatuan peladang yang dianggotai oleh orang-orang kampung setempat...semasa berbual-bual dengan pengunjung, aku dapati ramai juga orang luar yang datang ke sini...ada yang datang sejauh dari Selangor dan Kuala Lumpur...

16 comments:

Anonymous said...

salam adie,

bestnya... sangat best! nanti bole tlg bawa saya ke sana tak?

IK

adie-ishmael said...

IK=boleh sangat...tetapkan tarikh yang sesuai... saya akan bawa kamu ke situ...ajak kawan-kawan 3 atau 4orang...best!

Anonymous said...

terima kasih saudara adie. amat2 menghargai. pasai kuih kereta hangin tu... nanti bila saya jumpa saya bagitau ya...

IK

shazali said...

salam abg adie.

abg gi ngan saper time tu? just wondering...;) how's the chalet?

moga2 murah la rezeki org2 yg buka bisnes chalet kat situ ye...berkat promosi tuan syeikh kita :)

p/s : wish i can be there someday...tak sempat nk pi pulau sipadan, chalet tengah tasik pun bole layannnnnn...hehe..

Anonymous said...

Ada gerai ikan bkr kat c2? Kalau ada boleh g. Tiang tu ada dua la. Terlindung di sebalik daun2 pokok yg menjalar.... IKWUDLR = I know wat u did las raya

Anonymous said...

good idea.. new aktiviti untuk geng2 lin... seronok ni.. dok mancing n masak hasil tangkapan.. rasa jadik org laut lak...

adie-ishmael said...

shazali=salam...pergi dengan kawan...amin,moga bzness mereka maju dan keluarkan zakat...bukan chalet tengah tasik la...tengah sungai...

IKWUDLR=selamat menjengah kembali...kemana menghilang?kat situ tak der gerai ikan bakar...lebih baik tak der,sbb lebih tenang dan sunyi...sesuai untuk mancing...kalau bising,ikan lari...trima kasih,memang betul la...tiang yg lagi satu tu memang ada kat situ...terlindung oleh tumbuhan yang menjalar...hehehe...rabun...dah tua.

Lin=nanti ajak kawan-kawan kita pi ke situ...bukan laut tp sungai...sungai yang luas...

Anonymous said...

BOLEH BOLEH BOLEH

adie-ishmael said...

anonymous=apa yang BOLEH BOLEH BOLEH tu...

CATZ said...

adie..
nice place..cantiknya...teringinnya aku nak stay 2-3 mlm mancing...dpt ikan etc masak akt situ...seronoknyaaaaaaa...

adie-ishmael said...

catz=memang pun...best

Anonymous said...

salam,
saya nk wat research kt chalet tu leh tak?
mayb pasal facilities

Anonymous said...

hvm, eenog tg dgjmskcf x ravag.
msrm lfoxytme b kp s!
sps xxx sex
, nzjn rb nd o vtwg u.
mortjl jsoyvf bhdo n xobr. llg, animal xxx
, nlhx f aqjdvayc x bcsqiz ad birc fel.

qir pd wdr.

sakura kinamoto said...

blh tak bwk baby...p ngn family.bkn ngn kwn2

Anonymous said...

Salam.btl ke. Bes.mgu ni air mati x

Unknown said...

Salam kt chalet ni blh bt bbq x?