Tuesday, March 24, 2009

PUSAT PEMULIHAN ORANG UTAN SEPILOK

Selepas mengunjungi RDC kami meneruskan lawatan ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (PPOUS)pula yang terletak tidak berapa jauh dengan RDC tu. PPOUS dibuka semenjak tahun 1964 lagi. Ianya ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Kementerian Pelancongan Malaysia.Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah 4294 hektar.Sehingga kini terdapat 300 ekor orang utan yang hidup di sini.Objektif utama pusat ni ditubuhkan adalah untuk menyelamatkan anak-anak orang utan yang terpisah dari ibunya supaya dapat membesar dan meneruskan kelangsungan hidup.Namun sejak kebelakangan ini objektif tersebut telah dikembangkan kepada pendidikan konservasi,penyelidikan dan kebajikan orang utan dan juga binatang-binatang lain yang terancam seperti badak sumbu.Jom kita lihat bingkisan dari PPOUS ni...layan...

nak masuk kena beli tiket dulu...pemegang MyKad dewasa=RM5, bawah 18 tahun=RM2. Bukan pemegang MyKad dewasa=RM30, bawah 18 tahun=RM15. Bayaran camera=RM10...Aktiviti yang paling menarik kat PPOUS ni ialah acara memberi orang utan makan(orang utan feeding). untuk ke tempat jamuan orang utan(istilah aku) dibina jambatan kayu sebegini bagi memudahkan pelancong...kalau tak, terpaksa ler derma darah kepada pacat...betul tak Ishan...hehehe. ada anak sungai lagi...rasa tenang jiwa aku... sewaktu berjalan ke tempat orang utan diberi makan, kita akan disambut oleh beberapa kumpulan monyet ni...monyet2 ni seakan telah tahu bila masuk waktu makanan hendak diberi...aksi2 depa ni sangat mencuit hati...mat saleh dan pelancong asing suka benar...semasa aku dok ralit berjalan tetiba salah seekor monyet jantan yang usia agak remaja telah naik atas belakang aku dengan aksi kokko(orang Kedah tau la)...aku punya la terkejut tapi berjaya maintain cool sambil menerima tepukan dari para pelancong...hehehe...aku ralat sedikit kerana tak sempat nak rakam aksi kejadian tersebut kerana ianya berlaku secara spontan jer... akhirnya...sampai juga...
orang ramai menanti kemunculan orang utan dengan penuh kesabaran...ramai pelancong asing yang sanggup datang jauh beribu kilometer semata-mata nak menyaksikan dan alami sendiri pengalaman melihat orang utan...ada yang beberapa kali dah masuk ke sini...aku sendiri ditertawakan oleh beberapa rakan tatkala aku menceritakan bahawa aku telah ke tempat orang utan...mereka merasakan tiada apa yang istimewa dan perlu dibanggakan dengan orang utan...aku abaikan jer tertawa mereka kerana hanya orang yang berfikiran dan berperasaan seperti aku jer yang faham erti pengalaman ini...hehehe. dah dibagi tahu awal-awal sebelum masuk ke sini agar jangan buat bising...nanti orang utan takut nak datang makan...tapi ada yang tak bertamadun dan tak sekolah...terpaksa petugas naikkan tanda amaran tu...tapi masih ada juga yang buat bising...orang macam tu patut dicincang-cincang jer kasi makan orang utan...aku dapati ramai juga petugas kat sini terdiri dari orang putih...tempat santapan orang utan... petugas membawa makanan orang utan dah sampai...pisang untuk orang utan...tebu untuk monyet-monyet kepoh yang menyibuk nak mencuri makanan orang utan... tu dia...VIP yang ditunggu-tunggu dah sampai ke majlis santapan... petugas sedang menjamu orang utan... perhatikanlah gelagat monyet-monyet di bawah pelantar tu yang sedang sibuk bertungkus lumus mencuri makanan orang utan...

selepas kenyang orang utan tu pun pulanglah ke habitatnya...hehehe...tak banyak orang utan yang datang kerana sebelum kami masuk ke tempat ni hujan telah turun dengan lebatnya... sewaktu kami berjalan keluar dari hutan ni,kami ternampak seekor anak orang utan sedang berehat atas sarangnya...kesejukan barangkali...Selamat tinggal Pusat Pemulihan Orang utan Sepilok...!!!Terima kasih atas segala pengalaman yang diberi...

14 comments:

Aleeza Zaily said...

Inilah tempat yang aku tak sempat nak pergi masa trip ke Sabah tu hari...

So, akhirnya hang jumpa jugak kawan lama na... kekeke...

I'll be there too, Insyallah...

PUTUBAMBU said...

aku mmg suka tgk org utan.. comel jek rasanya..ndak2 lagi yg baby2 tu...

PINATBATE said...

memang teringin nak pergi Sepilok tgk org utan ni..muka manja jer..

Anonymous said...

Salam ABG ADIE,

Awat tak bawak balik sekoq ke Langkawi? Boleh suruh org utan tu buat part time petik buah nyok, pastu pi juai ayaq nyok kat Pantai Chenang ka Tanjung Rhu ka...! Tak pun boleh ajak dia teman joging petang2. Sekadar pandangan....;-) Wassalam! ~ ISHAN QURESHI MEHMOOD

Anonymous said...

heehehe..
alamak ada beruk... ni yg taku nak pi...
begitu friendly lak.. lompat atas org....

hari tu kat langkawi masa pin pulau bunting pun.. dah separuh mati rasanya..

habis smeua org lin tarik....

anyway... oklah bang kan.. dpt gak tgk orang utan... handsome tak?

Anonymous said...

IK - salam adie

perjalanan kamu sebenarnya menggamit minda, betapa indahnya alam ciptaan Tuhan yang Esa, dan betapa kerdilnya kita melihat kepada kebesaranNYa...

Sepilok, amat kena dengan namanya, saya amat senang dengan cerita kamu, seekor monyet yang naik "KOKKO"... tanpa disedari oleh kamu rupa2nya kamu ada peminat ya... selama ini mungkin kita hanya menonton di kaca2 tv, pada saya, bagi kamu..pengalaman ini amat2 bermakna.. jika dilihat.. ramai pelancong asing yang datang beribu2 km hanya untuk melihat orang utan secara fisikal.. melihat habitat dan tabiat semujadinya.. agak pemalu dan perlu suasana yang senyap untuk hadir.

adie, teruskan pengembaraan kamu, teruskan cerita kamu, teruskan usaha kamu, Insya allah.. bagi satu yang ikhlas, ada sesuatu yang menanti kamu... allahualam

jaga diri & kesihatan

IK

p/s - setahu saya berdekatan dengan sepilok ada 1 lagi tarikan fauna, spesies yang amat jarang didapati.. Proboscis Monkey

daela said...

bestnya jumpa orang hutan...comeii na???

adie-ishmael said...

aleeza=amin...moga hasrat hang tercapai.

putubambu=memang kau bersifat keibuan la Putu...suka baby.

Pinatbate=muka abang adie pun manja gak...ahaks!

Ishan=hmmm...tu la...nyesal tak beli sekoq...tapi yg kat Sabah tu tak sehebat seekor orang utan kat SP...dia pun leh buat macam2 seperti orang utan gak...ahaks!

Lin=orang utan tak hensem...abang hensem lar...matila perasan...

IK=terima kasih...ya btul...ada satu lagi spesies monyet yg kamu sebutkan itu...nanti saya buat N3 cerita tentang monyet yang hanya terdapat di Borneo itu...

adie-ishmael said...

daela=memang comey...nasib baik orang utan tu bukan orang macam kita..kalo tak, nak dukung bawa balik buat anak angkat...

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Oo, orang utan kat SP tu ka? Ermm, orang utan tu mmg terer...mcm2 aksi dia boleh buat, aksi manja ka...aksi gedik ka..aksi ngeri ka...semua dia boleh buat. memang terer la. Apa pun, mmg tabik spring kat tuan punya org utan tu merangkap jurulatih dia...krn telah berjaya melatih org utan tu sampai jadi terer mcm tu skali. Ahaks;-)

Wassalam...

CATZ said...

salam..
saya sgt teruja membaca catatan di sepilok ni..hem..jeles..
such a wonderful experience..
saya pernah pergi tmpt org utan di sarawak..di semenggoh...masa tuh belum pernah dgr perkataan blog ni..hahha.
tapi catatan di sepilok ni sgt menarik dan penuh informasi..catz sgt suka baca..mcm tgk program national geographic ni TV..
thanks for sharing ur experience..
hanya org yg mcm u je yg faham, knp nak pi tgk org utan..kenapa nak cuba food..dan mcm2 lagi..
wonderful..bukan semua org mempunyai kemampuan dari segi material dan fizikal utk dpt experience mcm ni.
saya sgt jeles.Kat malaysia pun byk sgt benda utk diterokai kan..
teruskan pengembaraan.

adie-ishmael said...

catz=terima kasih atas komen yg memberi saya semangat untuk terus berjalan di muka bumi Allah Taala ini...juga memberi semangat untuk saya rajin buat N3 dalam blog ni...

zieyza_za@yahoo.com said...

huhu...memang comey pun.,,[org sndkn]
tpi monyet dier mnakut kn ar...

DJ said...

saya baru pi gak...plg best experience masa 'diserang' org utan masa nak keluar...ranger takde plak masa tu...hahaha mmg nak nages la bila kena peluk ngn org utan!hahahaa kelakar giler bila ingat...hahahah tp masa tuh mmg sgt2 mencemaskan...hahaha