Sunday, March 22, 2009

RAINFOREST DISCOVERY CENTRE

Rainforest Discovery Centre atau disebut RDC jer adalah pusat pendidikan alam sekitar yang terletak 24 km dari bandar Sandakan. Hutan hujan di RDC ni mungkin merupakan yang paling mudah didatangi di Sabah ni...RDC bermatlamatkan untuk menimbulkan kesedaran orang awam tentang pentingnya pemuliharaan hutan hujan selain memastikan kelestarian hasil mahsul hutan untuk kegunaan masyarakat.
Sebaik sahaja kita masuk ke RDC ni,kita akan dapat melihat tasik yang nyaman ini dahulu...Sabah...bumimu kaya dengan hutan yang menjadi khazanah negara... masih dalam dewan pameran...
Di sebelah dewan pameran terdapat taman tumbuhan bernama Plant Discovery Garden.Pelbagai tumbuhan ditanam untuk tujuan pendidikan dan pembelajaran... pokok lada...pada zaman dahulu nilainya sangat tinggi...sama macam petroleum pada masa sekarang... korang pernah tengok pokok vanila? inilah rupa pokok vanila...Jabatan Pertanian sedang giat menggalakkan para petani menanam vanila untuk tujuan komersial...pokok kacip Fatimah...zoom dan baca khaziatnya...engko tak nak cuba ker Cik Kiah? Pasti laki ko senyum simpul sepanjang hari... daun teratai ni boleh menampung berat bebanan sampai 55 kg... takjub aku menghayati keindahan ciptaan Allah Taala... jambatan gantung...jalan sana,jalan sini... peluh sampai ketin...tapi badan rasa segar...
Kemudian kami jalan lagi ke canopy walkway pulak...hujan lebat...namapun hutan hujan kan...tapi tak lama...sat ja... pastu segheyat lar...sewaktu kami berjalan untuk keluar dari RDC ni,kami ternampak pokok dan buah seperti dalam gambar di atas...kulitnya keras macam buah koko...aku nak jer bawa pulang buah tu,tapi ada kawan yang melarang...katanya jarak antara Sandakan dan Langkawi agak jauh kalau ada yang minta dihantar balik ke tempat asalnya...korang faham kan maksud aku? hehehe...

17 comments:

zizan said...

wow bro...memang best ler tempat tu. memang berbaloi kalu sapa dapat p melawat sana...nasib buaya tu tak geget yer....buaya darat geget tak pa tak berbisa....

Ishan_Qureshi said...
This comment has been removed by a blog administrator.
nazzman ibrahim said...

ni la n3 yang u tulis sampai 2 hari 2 malam ekkk
hmmmmm ustaz pun percaya pada benda tahyul ke???

adie-ishmael said...

zizan=tak pa...buaya tak akan geget buaya...ops,matilah buaya darat...

ishan=terima kasih Ishan atas petua...leh amalkan nanti...

nazzman=hehehe...

Anonymous said...

IK - salam adie,

bertuah sungguh kamu dapat menghayatai alam ciptaan Yang maha Esa. kepelbagaian tunbuh2an di RDC amat enak dinikmati.. sedap mata memandang..

saya tertarik dengan pokok kaktus berbentuk kipas... amat cantik sekali. teknik foto yg kamu gunakan guna kelihatan amat santai.. seperti ada teknik yang sama seperti gambar2 kamu di langkawi. terima kasih kepada kamu dan juga jurufoto kamu.. dan ada peningkatan dalam aspek pengcahayaan dan bukaan lensa..

gambar kamu yang diambil berlatar belakang tumbuh2an amat segar sekali... amat natural.. seperti kamu bergabung bersama alam flora di situ.. saya amat takjub!

untuk pengetahuan kamu, RDC terletak dalam HUtan Sepilok... mungkin selepas ini N3 kamu... orang utan? allahualam..

teruskan penceritaan kamu.. kekalkan style kamu... saya amat suka! yang penting sekali adalah keikhlasan kamu dalam setiap penceritaan kamu membuatkan si Pembaca2 sekelian amat senang sekali..

salam ceria!

IK

p/s - sudah kamu titipkan salam saya kepada sahabat kamu yg memakai cincin yg amat jarang didapati itu... cincin itu sesungguhnya ada nilai pada pemiliknya...

Anonymous said...

itulah ciptaan allah..
cantik sgt ..
suke tgk orkid tu..
dulu zaman kecik2 selau dok kutip bunga pokok vanilla ni.. wangi sangat..

skrag ni tmpt lin pun dah pupus pokok tu..

tak tahan tu peluk buaya.. sama besar dgn abg adie... heheheh.. jgn jadik buaya darat k...

jambatan gantung.. sayupnya.. yg ni gayat sgt... boleh gegar kepala lutut...


hhhheeheh waiting for other stori telling...

adie-ishmael said...

IK=terima kasih...actly camera saya tu murah jer...malu nak cakap kat sini harganya..terlalu murah... satu lagi gambar2 ni diambil bukan nya ada pakai apa2 teknik pun...just petik jer...

Lin=ingat nak tanam pokok vanila lar kat umah di sg ptani tu...nanti tolong cari benih dia sat kat Bkt Fraser tu...

shazali said...

uhuhuhu...pi x ajak...

Anonymous said...

IK - sama2 adie. keep up the good work!

daela said...

wah...hebatnya...syoknya dapat tgk teratai tu..mcm best jer..mengenai pokok vanila tu...selalu dpt tgk seednya jer..tu pun dlm rancangan masak2 kat AFC..ha...thank sbb abg adie selalu kongsi citer kat blog..teruskan berblogging abg adie..

Aleeza Zaily said...

Banyak aku nak comment nih, tapi aku summarizekan:
1) aku tingin nak jadik boya tu lah
2) So far this is the best flora & fauna yang aku penah tengok, beside hutan Belum. Ni sbb environment dia pun kemas & cantik, tak perlu meredah hutan & calar balar. With proper tagging also... and the abiance...phew, aku pun rasa sejuk.. owh patut la, aircond ON rupanya..
3) Ah... comment from IK lagi... I loike...
4) Weh, takde bendenya nak kena pulangkan balik benda yg seumpama pisang + koko tu. Hang belah tak dengok isi dalam dia?

Anonymous said...

ok aje... nanti lin tolong carikkan.. ..

nak orkid hutan pun ada.. bnyk spesies pelik..spesies hantu bertengek pun ada...

Anonymous said...

IK - kepada Aleeza, terima kasih.

adie-ishmael said...

shazali=lenkali ajak...

daela=sama2 la daela...insya allah selagi tak bosan abang akan buat N3

aleeza=nanti kalo hang pi Sabah lagi jangan lupa pi tempat2 aku pi ni...

Lin=tq...

IK=nampaknya aleeza suka gaya ur komen...

putera said...

cantiknya flora dan fauna di sana.......best lah....

adie-ishmael said...

putera=memang cantik sesangat...

yusop said...

MMM....saya bekerja dekat sepilok B&B brhampiran dengan RDC,cuma ambil masa 5 minit saja untuke sana dari tempat keje saya...RDC adalah tempat hutan simpan yang masih terjaga keasliannya.MMMM..tindakan pemilik blog tidak membawa balik tumbuhan tadi,saya setuju sangat..mmm..bukan tahyul...tapi jangan lupa...sabah masih kuat pegangannya...apa lagi hutan...banyak misterinya kan? Pernah terjadi pengunjung dari semenanjung...tak jumpa jalan pulang,sedangkan jalan elok je....macam mana tu.....?enjoy ur trip..jangan lupa berkunjung pula ke labuk Bay,kinabantangan lodge main cruse...ke sepilok laut merentasi laut menggunakan bot laju...gomantong cave,Australian memorial,Agnes Keith house,St Michael Church,Pun Jih Shih Temple dan masjid Besar sandakan.Semua tempat mempunyai nialai sejarah semasa perang dunia...Sila la berkunjung ke sandakan....