Sewaktu pulang ke kampung baru-baru ni entah kenapa aku asyik teringin dan mengidam nak makan lokan jer...seingat aku,kali terakhir makan lokan ialah semasa aku berumur 5 atau 6 tahun...iaitu lebih kurang 32 tahun yang lalu...masa tu lokan diperolehi dari sungai belakang rumah jer...tapi apabila sungai tu dah tercemar dengan pelbagai kotoran,tiada sesiapa yang tergamak nak makan hidupan air dari sungai tu...terpaksa la cari lokan dari sungai lain yang lebih bersih dan tidak tercemar...
inilah rupa lokan(sejenis siput) yang tinggal di dalam klebog(lumpur) tepi sungai air masin berpaya bakau...lokan ni aku beli kat gerai tidak jauh dari jambatan Semeling berhampiran Sungai Merbok tu...sekilo RM2...aku beli 4kilo... setelah berbincang dan berbahas begitu begini dengan mak aku,akhirnya kata sepakat diperolehi...lokan tu akan dimasak gulai...gulai kalau di Kedah ni maksudnya kari... lokan harus dikopek untuk mendapatkankan isinya...isi lokan yang telah dibersih menanti untuk digulaikan... dah siap gulai lokan mak aku...dirampai bersama ubi mengala(kentang)...sedapnyaaa... bertambah sedap gulai lokan ni bila dimakan bersama ikan temenung bakar,ikan gelama kering digoreng garing dan ikan pekasam digoreng hancoq... tambah pula dengan ulam bunga betik jantan...mak ai... penangan gulai lokan dan lauk-lauk lain pada hari tu menyebabkan aku tibai nasi tiga(3) pinggan...belahak(sendawa) sakan aku...alhamdulillah...
Thursday, October 29, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
7 comments:
sedapnyeee. rezeki dari allah.. macam2 boleh buat kan
-lin-
hmmmm sedapnya tuh.....
tgk lokan ni..teringat pulak lala..
tapi lala org biasanya masak tumis ayaq tu.. or sweet sour sikit..
tak pernah pulak dengar lokan boleh masak gulai..
nampak sodap ni.. bila nak banjer aku makan menu ni..?
amboi sedapnya...terliur dah...
lin=ya...rezeki dari Allah
zizan=sedap...jom makan.
lokan boleh masak macam2...gulai lokan antara yang sedap...mai la sg petani nnt boleh rasa.
ashabulz=mai sp...kita makan '
salam..
biasa juga nampak org jual lokan kat kg saya tapi tak pernah makan ..macam rumit jer nak belah keluarkan isi dia tu..
bila tengok gambar ni teringin pulak nak masak gulai..bunga betik tu sedap..bagus utk awet muda..hiks..
perrghh... gulai tu mmg nampak powerrr!!!
Post a Comment