Tuesday, March 23, 2010

GULAI SEMILANG

Ikan semilang adalah ikan laut yang berjanggut dan bermisai seperti ikan keli...Masakan yang paling sesuai untuk ikan semilang ni ialah dibuat gulai,masak asam pedas dan digoreng garing-garing...Kalau sesiapa yang nak merasa keenakan gulai semilang ni,anda bolehlah berkunjung ke sebuah kedai makan yang terletak di Kg. Sungai Pial,Tg.Dawai...Orang Kedah panggil Sungai Pe(pear)...kalau tersesat jalan,tanya orang dengan sebutan tempatan...kalau sebut pial,mungkin depa tak tau...
dari Sungai Petani ambil jalan ke Semeling,pastu ke Merbok...kemudian teruskan perjalanan ke Singkir.Bila sampai pekan Singkir terus ambil jalan arah ke Tanjung Dawai...bila dah jumpa papan tanda di atas maka tak jauh dah la...jalan depan sikit lagi maka akan jumpa lah kedai yang dimaksudkan...papan tanda ni menandakan anda dah sampai ke tempat tujuan...ada juga pelanggan yang telipon tempah dulu sebelum mai makan di sini supaya tak lama menunggu..gulai semilang...hidangan istimewa kedai ni...tapi agak mahal sikit la...seekor ikan semilang yang digulaikan ni rm15...kalau abang Naim tokey kedai ni baca entry ni minta dia kurangkan sikit...kami bukannya kaya sangat...nasib baik sedap... ni pula gulai kepala tenggiri...rm12 seperiuk... kangkong goreng... kalau tak dak ulam,tak sah...pucuk tenggek burung,pucuk janggus dan timun... gulai tu dihidang dengan periuk-periuk sekali...diletak dalam lekaq lagi...
patut la...

11 comments:

daela said...

Salam abg adie, wah..sedap betul ikan semilang tu...dila klu mak masak, selalunya goreng...garing2..cicah kuah asam,cili api potong & bawang...mak aii...sedapnya...klu masak kari2 kang, lauk ikan x jalan..

Shah said...

Sedapnya semilang, apatah lagi kalau dimasak gulai dalam periuk tanah! Keli lembut pun sedap juga dimasak cara begitu. Menggoda betul tgk makanan2 sedap kat sini. Entah bila dapat merasa.

adie-ishmael said...

daela=salam dila...ya la,goreng pun sedap...garing2 perhhh

Shah=memang sedap...keli lembut tu macam man lak? ketam lembut tahu la...

PINATBATE said...

eehh..! macam berjanjilah pulak..kami pun baru lepas makan asam pedas ikan semilang..sedap!
sendiri masak..sendiri puji..;DD

adie-ishmael said...

Pinat=ikan semilang buat asam pedas pun memang sedap...macam sesuai sangat!

Shah said...

Adie, keli lembut tu isinya lebih lembut dari keli keras. Rasanya pun lebih sedap. Ibu saudara mungkin tahu. Dari segi fizikalnya, kat belakang kepada antara kepada dan badan ikan keli lembut tidak berlekuk; tidak seperti jenis keli2 lain. Tak pernah jumpa keli lembut kat pasaran, rasanya tak ada pun orang ternak keli jenis ni.

adie-ishmael said...

Shah=interesting!!!thanks 4 da info...nanti aku nak pi cari keli lembut tu...aku kalo keli ni lebih suka goreng berlada atau masak cabai...bakaq pun sedap..

PUTUBAMBU said...

sedap betul nampak gulai tu dlm periuk tanah tu...
marveles.!!

tetap le nak bergambar depan lauk yek? ekkeke

catz said...

it looks soooooo sedap lah adie!
nak seperiukkk!
hiks.
eh..semilang ikan laut eh rupanya..
hihihi. baru tau.

Anonymous said...

da penah pi mam.. sungguh sedaapppppppppppp!!!

rega mmg okay sgt sbb kualiti ada ummphhh!

xrugi pi mam sana!!!

Juadah said...

Salam.
Sya pun baru lepas pi Naim Gulai Semilang slps terbaca di blog ini. Tq. Masakan di situ memang sedap2. Jemput singgah blog sya di http://juadahmalaysia.com ada review ttng restoran ini.