Pada malam Sabtu lepas aku pegi Majlis Tilawah Alquran Peringkat Kebangsaan Kali Ke 51.Kat Dewan Wawasan (tepi lebuhraya nak ke Bukit Kayu Hitam) tu. Tahun ni Kedah jadi tuan rumah. Sebenarnya giliran Kedah ialah pada tahun lepas,tapi kerajaan negeri beri laluan kepada Melaka dulu kerana nak adakan pada tahun ni sempena sambutan jubli emas pemerintahan KDYMM Tuanku Sultan.
Tetamu yang hadir pada malam tu punya la ramai. Penuh sesak dewan tu. Ada yang terpaksa berdiri,melepok atas lantai dan bersila di lobi dewan. Kemah yang disediakan diluar juga pnuh. Nasib baik la ada screen besar kat luar tu. Dapat la makcik pakcik dan adik kakak lihat acara yang berlangsung.
Hmm...Ustaz Haji Abdullah Yahaya pun ada gak(berbaju putih dan berkaca mata). Beliau adalah sorang kawan baik aku yang veteran.Pencen pegawai penjara.Sekarang bertugas sebagai Pegawai Penyelaras Masjid Daerah Kuala Muda(kontrak). Opis dia kat Pejabat Agama Daerah Kuala Muda,Sg Petani.Dia juga adalah Imam Kariah Pokok Asam, Sg Ptani.Tuan haji Abdullah ni sangat peramah.Pertama kali aku kenal dia kami berbual2 macam 5 tahun dah kenal...Dia fasih berbahasa Inggeris dan Arab.Mempunyai anak2 perempuan yang comey2 dan anak2 lelaki yang handsome2(walaupun dia sendiri tak handsome langsung). Jangan marah ya Ustaz!!! Anak2 dia juga semuanya berjawatan tinggi.Ustaz Lah,bila nak belanja minum air kelapa muda bakar dan makan nasi di Kuala Sungai lagi???
Astaka Majlis Tilawah Peringkat Kebangsaan...rekabentuk balai besar di Alor Star...perhatikan di bumbung astaka...ada unsur tradisi negeri dipanggil potong Silang Gunting.
Johan Qari dan Qariah iaitu En Shamsul Ariffin bin Supian dan Cik Syarifah Khasif Fadzilah binti Syed Mohamad Badiuzzaman.Kedua2 qari dan qariah adalah dari Perak Darul Ridzuan.Hadiah telah disampaikan oleh Tuanku Sultan kepada qari dan Tuanku Sultanah kepada qariah. YAB Menteri Besar Kedah dan YAB Menteri Besar Perak Darul Ridzuan turut hadir.
Ustaz Haris Fadzilah(kawan aku )dari Jabatan Agama Islam Perak sedang ditemuramah oleh pemberita..tentunya mereka bertanyakan resepi2 kejayaan anak2 buah nya. Tahniah Ustaz...
Pemandangan sebahagian gerai2 jualan pada malam tu.Banyak lagi gerai yg ada. Aku amik gambar gerai abng ni jer sbb aku bli kuih dia.
Pemandangan orang ramai beransur pulang setelah majlis selesai. Pulang bersama ole2 yang dibeli dan pahala mendengar bacaan ayat2 suci Al Quran Al Karim...
itulah serba sedikit kisah di malam yang penuh keberkatan.......
Thursday, July 17, 2008
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
4 comments:
Kerajaan Pas Kelantan haramkan qariah sertai tilawah...Kerajaan Pas Kedah dan Kerajaan Pas Perak pula halalkan qariah sertai...Kerajaan PKR Selangor pula halalkan qariah sertai tilawah dan halalkan juga konsert tunjuk2 bontot n suruh orang jilat2 bontot...aduh!!! camner tu!!! Apa2 pun aku sokong Pemuda Pas yang tinggalkan konsert membantah kenaikan harga minyak itu...Puak2 sekular ni sama saja...usah dilayan!!!
anonyms= may b Tok Guru ada penjelasan n justifikasi kenapa keadaan ini berlaku... Yg penting jangan sampai mengharamkan yang halal atau menghalalkan yang haram dah la kan...HIDUP ISLAM!!!
Yang penting bagi aku....PERAK menang. Yahooo... surip
surip=Tahniah surip sbb Perak menang...
Post a Comment