Thursday, August 14, 2008

PULAU PANYEE

Selepas Pulau James Bond lawatan diteruskan ke Pulau Panyee pula...Bot meluncur laju ke Pulau Panyee.Yang berkaca mata hitam di sebelah aku tu ialah pemandu pelancong kami,Mahmud bin Abdullah atau Mus.Couple mat saleh depan aku tu nama dia Jeroen dan Martina dari Belanda(Holland).Jeroen berumur 25thn dan bekerja sebagai GM di sebuah company butang baju.Martina pula guru tadika.
Dalam perjalanan sempat aku snap2kan beberapa gambar lg...lihatlah..
Tidak lama kemudian,destinasi yg dituju pun mulai lah kelihatan dari jauh...Pulau Panyee atau dalam bahasa Thai disebut Koh Panyee.Panyee berasal dari perkataan Melayu iaitu 'Panji' sama seperti Phuket pada asalnya dari perkataan Melayu 'Bukit'.Kawasan-kawasan di sepanjang pantai barat Thailand ini asalnya ada dalam wilayah pemerintahan kerajaan Melayu.Tetapi sayang,kini berada dalam tangan bangsa asing.Sekali lagi sejarah membuktikan bahawa persengketaan,pergaduhan,perbalahan sesama bangsa sendiri dan berebut kuasa hanya akan menguntungkan orang lain.Kesilapan orang dulu-dulu ialah mereka lebih senang bekerjasama dengan bangsa asing untuk menjahanamkan saudara sebangsa dan seagama demi memuaskan hati dan rasa marah...Akhirnya,menang sorak kampung tergadai.Marah nyamuk bakar kelambu.Yang dikejar tak dapat yang dikendong berciciran.Melayu la nie pun apa kurangnya!!! Fa'tabiru ya ulil absor!!!! Alamak ada ceramah la....ahaks.
Semasa mendekati Pulau Panyee,kelihatan deretan restoran terapung...sampai juga di Pulau Panyee ni,sebelum ni dok tengok dalam Jejak Rasul TV3 jer...Aktiviti pertama kami sebaik saja sampai ke Pulau Panyee ialah menikmati makan tengahari di restoran terapung...
Lauk pauk tersedia untuk dijamah.Makan tengahari ni termasuk dalam bayaran pakage kami.Nuar ngan Bang Mie tengah dok pulun tu...!!!Ini pula rakan satu bot ngan kami.Ingatkan pasangan ni mai dari Korea ker,Hong Kong ker,Taiwan ker...Bila bual2 ngan depa, rupanya Cina Padang Lembu,Gurun...tak jauh dari rumah Nazzman.Terus cakap Kedah,tak cakap orang putih dah!!!!hehehe
Lepas makan aktiviti seterusnya ialah posing2 dan snap2 gambar di tepi restoran...Alamak!!! lepas makan, perut dan dan nampak no...Selepas kenyang dan bergambar kami menuju ke masjid.Penduduk Pulau Panyee ni 100% Muslim.Mereka bekerja sebagai nelayan,berniaga cenderamata,berniaga makanan di restoran,pemandu bot pelancong dan kerja2 yg ada sangkut paut ngan sektor pelancongan.Masjid Kariah Pulau Panyee.
Sewaktu berjalan nak ke masjid aku terjumpa dengan nenek tua ni.Walaupun terpaksa berkaki enam(kaki dia dua + empat kaki tongkat dia tu) namun dia masih tega berjalan untuk menunaikan solat zohor berjemaah di masjid. Allahu Akbar!!! Kuat sungguh iman dan semangat nenek ni.Kita yg sihat walafiat ni patut renung-renungkan. Ya Allah,kau berkati dan redhailah nenek ni.Amin....besarnya guri menyimpan air wuduk ni..Berbual-bual ngan para jemaah selepas solat zohor jamak taqdim.Nuar bual dalam bahasa Thai,aku pula bual dalam bahasa Arab ngan imam tu.Bahasa Arab dia boleh la tahan....mimbar khutbah Jumaat dihias macam hiasan katil pengantin untuk malam pertama.Betul ker kak Ja? Yer ker Putu? Ini pula kubur.Orang mati jer leh tinggal kat tanah ni.Orang hidup tinggal atas air.Tanah daratan yg seciput di pulau ni dikhaskan untuk perkuburan jer...so kalu sapa yg nak dok atas tanah,dia kena lah mati dulu....Yg lain semua tinggal dan jalankan aktiviti atas air.
Selepas solat kami jenjalan di sekitar perkampungan air di pulau ni...rumah-rumah atas air.kedai2 jual kain baju dan cenderamata.. aku singgah makan otak-otak versi Pulau Panyee...sedap sangat tapi agak pedas.Otak-otak ni dimasak secara kukus,kalo di Malaysia biasanya dibakar....tu dia....licin laik!!! tinggai ekoq ikan ja...
Kami dah gerak meninggalkan Pulau Panyee...bye...Kami dah sampai balik jeti... alhamdulillah. Jumpa dalam entry mendatang,insya Allah.

Ilalliqak...

8 comments:

Shah said...

Masa kitorang kat sini dulu, lega tul bila sampai Koh Panyee tu & dpt tahu penduduk situ semua Muslim & makanan semua halal. Kalau tidak terpaksa la menjeling aje hidangan buffet yang dah termasuk dlm pakej trip pulau tu.

kak ja said...

Salam Adie,
Bestnyer tengok gambaq2 ni.. kalau murah rezeki kja pun nak pi gak le satu ari nanti..insyaAllah, kalau badan pun sihat..

Mimbar tu mmg ala2 katil pengantin tp not my tastelah katil pengantin mcm tu... zaman dolu2 punyalah tu..

CATZ said...

bestnyaaa..
aku rasa ni restoran yg sama aku makan lunch tuh...bestkaaaaann..
food pun setappppp...

kak ja said...

Salam adie,
jemput ke 'umah' kja, collect ur award..

adie-ishmael said...

shah=agensi pelancongan kat sana actly sgt prihatin tentang makanan org Islam ni...
kak ja=kalau ada rezki apa salahnya kan...katil untuk malam pertama saya kak ja cadangkan macam mana??hehehe...tq kak ja.
catz=sedap tu no dua,yg penting halalan toiba...

PUTUBAMBU said...

wow..cantiknya pulau tu..!

best jek tgk korang jalan2 cari makan..

awek2 kat pulau tu cun2 belaka tak adie?

Anonymous said...

setahu saya pulau ni antara 2 pulau yang didiami oleh 100% orang Melayu dan terselamat dari tsunami pada Disember 2004..

Anonymous said...

En. pakai travel agent ape yer? plan nk g sana. blh bermalam ke di pulau ni?