Wednesday, January 28, 2009

ALEXANDRIA

Alhamdulillah,puji dan syukur kepada Allah yang telah mengizinkan aku sampai ke Al Iskandariah(الاسكندرية)atau Alexandria.Ianya adalah bandaraya kedua terbesar di Mesir selepas Kaherah.Juga merupakan pelabuhan utama yang mengendalikan 80% impot-ekspot Mesir.Kota ini telah diasaskan oleh Alexander The Great pada tahun 334SM.Ianya menjadi ibu negeri Mesir sehinggalah orang-orang Islam menawan Mesir dan memindahkan ibunegara Mesir ke Fustat(sekarang sebahagian dari Kaherah)pada tahun 641Masihi.Penduduk kota ini berjumlah kira-kira 4.1 juta orang... patung Alexander The Great,pengasas Alexandria... sebahagian pemandangan Perpustakaan Iskandariah,atau dalam bahasa Latin Bibliotheca Alexandrina atau Maktabah Al Iskandariah...terletak di pinggir Laut Mediterranean tidak jauh dari tapak asal perpustakaan purba zaman Romawi...pemandangan Kubu Qaitbay yang dibina oleh Sultan Al Asyraf Saifuddin Qaitbay pada tahun 1477 Masihi.Ia adalah merupakan kubu pertahanan bagi mempertahankan bandaraya Alexandria dari pengganas-pengganas Kristian Eropah di sebelah utara.Terletak di pinggir Laut Mediterranean di atas runtuhan Rumah Api Iskandariah.panjangnya bok kail depa tu... jalan-jalan makan angin tepi Laut Mediterranean ni...sejuk...walaupun sejuk,tetap nak cuba juga ice-cream buatan tempatan...gula kapas pun ada...kalau kaler merah ker,pink ker tentu lagi menarik...

7 comments:

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Ehem...wajhahu ka iskandar zulkurnain...;-)

betoi dak kaedah i'rob ni?

Zuer said...

teringat plak pada rencana kat astro. Alexanda bukan zulkarnain !!!

adie-ishmael said...

Ishan=rasanya yang lebih tepat ayat tu seharusnya berbunyi:'wajhuka kawajhi iskandar zilqarnain...'hehehe... alaisa kazalik?

zuer=abang pun dok ikuti juga rencana tu...dulu masa belajar, ustaz ramai yg cakap Alexander The Great tu bukan Zulkarnain...Zuer,sorry tak dapat beri komen semenjak Zuer tukar laman Blog tu...sorry ya.

PUTUBAMBU said...

wah.. pasal hang pakai baju belang2 menegak.. nampak le cam slim sikit..hehhehe..

tapi tetap menten hensem...

seronok berjalan ye?

daela said...

yup...ttp menten hensem gitu kan kak putu...

Anonymous said...

salam bro...mcm sedap jer aih sekeren tu...time tu sejuk ka kat sana? memang cantik la tempat ni...

adie-ishmael said...

putu=aku ni kalo pakai apa pun tak akan jadi slim dah...hehehe

daela=yer la tu...psst psst,abang hensem ek?

anonymous=sejuk tapi sedap.