Selepas meninggalkan Pantai Pasir Tengkorak,kami menuju ke Gunung Raya pula.Gunung Raya adalah merupakan puncak yang tertinggi di Langkawi.Ketinggiannya ialah 881 meter dari aras laut.Kita boleh berkereta ke puncak gunung ni...

sampai juga aku kat atas puncak Gunung Raya ni...selama ni dok tengok dari bawah jer...


kalau sesiapa yang sanggup menapak berjalan kaki untuk naik ke gunung ni, silalah mendaki melalui 'Tangga Helang Seribu Kenangan'...anda perlu gagah untuk menempuhi 4287 anak tangga bermula dari ketinggian 55 meter dari aras laut sehingga 787 meter dari aras laut...lepas tu terus menapak lagi melalui jalan bertar menuju puncak...

di puncak Gunung Raya terdapat sebuah resort dan menara tinjau...

kaunter untuk membeli tiket menaiki menara tinjau...kena bayar rm10 seorang...

lift untuk ke menara tinjau...


dah sampai di atas menara tinjau...dapat lihat pemandangan Langkawi dari atas Gunung Raya ni...cuaca agak berjerubu...maklumlah,kami datang pada musim timoq yang panas lagi kontang ini... angin di atas ni sangat kuat dan agak sejuk...

kereta kami di bawah tu...

kelihatan Sungai Ayer Hangat yang berliku-liku dan Tanjung Rhu di kejauhan sana...

Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba...



D'coconut Hill Resort...bersebelahan menara tinjau...

bangunan yang berbumbung hijau ini pula ialah Pusat Kawalan Satelit MEASAT (MEASAT Satellite Control Centre)...

pemancar telekomunikasi...

sunset...mentari sedang bergegas sembunyikan dirinya di ufuk barat...



tanah-tanah tinggi Langkawi kelihatan berbalam-balam dibiasi cahaya mentari senja...yang hujung sekali tu ialah Gunung Mat Chincang iaitu gunung kedua tertinggi di Langkawi selepas Gunung Raya...

bandar Kuah...


aku tinggalkan Gunung Raya...mungkin akan kembali lagi untuk overnite kat resortnya atau makan kat Vietnamese restaurant yang bernama 'Viet Lang' atau mungkin ke Italian restaurant yang bernama 'La Torre'...siapa tahu...