Selepas meninggalkan Pantai Pasir Tengkorak,kami menuju ke Gunung Raya pula.Gunung Raya adalah merupakan puncak yang tertinggi di Langkawi.Ketinggiannya ialah 881 meter dari aras laut.Kita boleh berkereta ke puncak gunung ni...
sampai juga aku kat atas puncak Gunung Raya ni...selama ni dok tengok dari bawah jer... kalau sesiapa yang sanggup menapak berjalan kaki untuk naik ke gunung ni, silalah mendaki melalui 'Tangga Helang Seribu Kenangan'...anda perlu gagah untuk menempuhi 4287 anak tangga bermula dari ketinggian 55 meter dari aras laut sehingga 787 meter dari aras laut...lepas tu terus menapak lagi melalui jalan bertar menuju puncak...
di puncak Gunung Raya terdapat sebuah resort dan menara tinjau...
kaunter untuk membeli tiket menaiki menara tinjau...kena bayar rm10 seorang...lift untuk ke menara tinjau... dah sampai di atas menara tinjau...dapat lihat pemandangan Langkawi dari atas Gunung Raya ni...cuaca agak berjerubu...maklumlah,kami datang pada musim timoq yang panas lagi kontang ini... angin di atas ni sangat kuat dan agak sejuk...
kereta kami di bawah tu...
kelihatan Sungai Ayer Hangat yang berliku-liku dan Tanjung Rhu di kejauhan sana... Pulau Dayang Bunting dan Pulau Tuba... D'coconut Hill Resort...bersebelahan menara tinjau... bangunan yang berbumbung hijau ini pula ialah Pusat Kawalan Satelit MEASAT (MEASAT Satellite Control Centre)... pemancar telekomunikasi...sunset...mentari sedang bergegas sembunyikan dirinya di ufuk barat... tanah-tanah tinggi Langkawi kelihatan berbalam-balam dibiasi cahaya mentari senja...yang hujung sekali tu ialah Gunung Mat Chincang iaitu gunung kedua tertinggi di Langkawi selepas Gunung Raya...bandar Kuah... aku tinggalkan Gunung Raya...mungkin akan kembali lagi untuk overnite kat resortnya atau makan kat Vietnamese restaurant yang bernama 'Viet Lang' atau mungkin ke Italian restaurant yang bernama 'La Torre'...siapa tahu...
Thursday, February 19, 2009
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
13 comments:
pernah naik gunung tu. dgn kancil jer dan time tu anak baru sorang hehehehehe.
mmg nyaman atas tu..tapi la ni x berani rasanya sejak kes tanah runtuh yg sampai sekarang mayat pemandu jengkaut tu belum jumpa lagi tu
aku ada dengar juga cerita tu casper...masa nak turun ke bawah bulu roma aku cerin ja...aku tak pernah rasa macam tu walaupun aku dah pi tempat yang lagi pedalaman di dalam hutan tebal...tapi aku tetap control brutal walaupun cuak gila dalam hati...hehehe.
nampak kurus dlm tu...
salam adie,
memang nampak best kat atas tu.. melihat keindahan ciptaan tuhan. looking forward to be there..insya allah...
plan nak try Vietnamese noodle kat satu tempat di kl...
biasala, kita berkongsi tempat yang sama...cuma dimensi yang berlainan.... cayalah... u memang brutal..hehe
IK a.k.a Chenta_Agung
cantiknye.... nanti tanye kengkawan nak gi tak?
resort dia lawa ek.. tpai bielr dengar cite mayat tak jumpa.. tak jadiklah..
Salam ABG ADIE,
Bohot2 sundar hai. Ermm, ada jumpa hantu raya tak kat atas Gunung raya tu? Ye la, kan abg panjat gunung tu waktu maghrib...;-)
Wassalam...
I dunno this place exists in Langkawi...i only know cable car..this is must visit next time i go to Langkawi..
putu=ye ker...tim kasih...walaupun hakikatnya gemuk...hehehe.
IK=vietnamese noodlekat secret recipe pun ok jugak...
anonymous=nak takut apa??jom abang adie temankan...hehehe.
ishan=tu la pasal...lain kali nak pi waktu subuh
Amar=come to my place n i will take u there...
bestnya....nnt daela dtg sana..jumpa abg adie...muleh ka????
daela=boleh sangat...mai la!
good info..
banyak kali ke langkawi, banyak kali llau ke jln masuknya..taj pernah singgah..
next time maybe nak try ke sini..
antara tempat menarik yg boleh dikunjungi...
catz=datang langkawi lain kali jangan lupa naik Gunung Raya
saya pernah naik menara ni dgn pakwe sy, time tu bnyak tempat yg dah reput , keadaan mcm membahayakan pengunjung. masa kitorang pi dah petang...seram suasananya masa nak dekat mgrib... tp sy ni ada terlebih deria boleh rasa kehadiran entiti bila didekati, sy akan rasa pening. sy rasa dia berdiri tepi sy dekat tandas yg dekat dgn swmmg pool tu, lps tu time naik ke ats merasa rasa sprti diperhatikan di spnjang tangga dan di titi reput yg pintu masuk tu dah dikunci, situ agk ramai entitinya.. sekian karangan sy hehe
Post a Comment