Sunday, February 22, 2009

HAMAM MAHSYI (حمام محشي)

Daging burung memang sedap dan menyelerakan.Kalau ke kedai nasi kandar,aku jarang melepaskan peluang untuk makan burung puyuh yang dijual di situ.Sewaktu ke Mesir baru-baru ni,aku berkesempatan merasa sejenis makanan tempatan yang dipanggil hamam mahsyi (حمام محشي).
hamam mahsyi ialah burung merpati yang disumbat nasi berempah kedalam rongga badan dan juga ruang antara kulit dan isinya lalu digoreng atau dibakar...hamam dalam bahasa Arab bermakna merpati...sedapnya...yumie yumie... bertambah enak kalau dimakan bersama kambing bakar...serta sup yang disaji dalam mug...kemudian kami pulun pula 'isy baladi(عيش بلدي)sejenis roti Arab dimakan dengan jeruk sayur-sayuran... dan keledek rebus...kurma basah sebagai pencuci mulut...dan limau...juga anggur...serta jus mangga Mesir yang manis bersari itu...alhamdulillah...kenyangnya...

11 comments:

Anonymous said...

salam adie,

bila saya tgk gambar2 masakan burung merpati, nampak sgt sedap.cuma saya belum kesempatan utk merasainya. insya allah 1 hari nanti saya akan dapat merasainya.

kamu nie nampaknya mcm suka mengembara ya. mesti banyak cerita2 menarik di kamus perjalanan kamu. "jauh perjalanan, luas pengalaman"

IK

Ishan_Qureshi said...

Salam ABG ADIE,

Apa beza ASIRBAL QOTHO & HAMAM MAHSYI? Mana lagi sedap? Tapi kan abg kan, ISH dok rasa daging rusa jantan yg kita makan tempoh hari tu lagi sedap la berbanding daging2 lain yg ada kat dunia ni;-) Ada setuju dgn pendapat ISH ni? ;-) Wassalam....

marie said...

Adie...burung puyuh goreng memang enak...suka sangat...nak-nak yg goreng rempah tu

daela said...

sedapnya...ari ni sakit tekek...bestnya kalau dapat minum jus mangga tuh...adohhaii...

adie-ishmael said...

IK=mak saya pernah masak sup merpati... yup,saya memang suka mengembara...kita semua sebenarnya adalah pengembara...kita sedang mengembara menuju alam akhirat...

ishan=sirbul qotho adalah kawanan merpati yang bisa menghilangkan rasa rindu dendam di hati manakala hamam mahsyi pula merpati yang bisa menghilangkan rasa lapar di perut...hahaha

n.m ibrahim=tepat...kita geng...merpati lak? suka tak?

daela=sakit tekak kena minum air banyak2...

Anonymous said...

salam adie..

ya. saya setuju.

IK

marie said...

Adie...merpati tak pernah try lagi sebab kat sini, mana nak dpt merpati goreng kan..tapi burung puyuh tu selalu beli kat pasar malam..sedap sungguhlah..

Anonymous said...

tapi kan adie...looking @ all those yummylicious food tu..they do have vey gut diet kan?

CATZ said...

salam adie,

wah..sedapnya tgk gambar..terliur aku petang2 mcm ni...
sedapnya.....
aku rasa the best thing bila kita pegi / mengembara ke sesuatu tempat ialah dpt mkn local food yg tak ada di tempat kita kan...kalau pi mana2 sure akan cuba mkn (if halal/cari yg halal)...
jauh berjalan..luas pemandangan kan..
hope suatu hari aku akan sampai ke Mesir..
nice ecperience kan...
so kemana seterusnya??

adie-ishmael said...

Amar=yup...betul...makanan yang agak sihat...

Catz=insya allah April nanti ke Kemboja dan Vietnam

Anonymous said...

sedap makanan kamu.. aku teruja banget!

USA