Sunday, July 12, 2009

CHU CHI TUNNEL

Pada hari berikutnya kami melawat Chu Chi Tunnel pula dengan menggunakan pakage.Pakage tu berharga USD4 seorang(tidak termasuk tiket masuk).Chu Chi (sebut 'Kuci') Tunnel adalah terowong yang digali oleh tentera Vietcong semasa mereka berperang dengan tentera Amerika suatu ketika dahulu.Terowong tersebut merupakan tempat perlindungan dan kediaman yang banyak membantu sebahagian besar tentera komunis Vietcong dalam usaha mereka mengalahkan tentera Amerika. PERHATIAN...N3 ini tidak sesekali bertujuan memaparkan kehebatan dan menyokong komunis...ini adalah kerana komunis dan Amerika tu bagi aku sama-sama jahat...macam Chin Peng tu...tapi ada jugak Melayu bengong yang sokong dan bela Chin Peng serta komunis...sepatutnya dia utamakan pembelaan terhadap janda-janda tentera dan polis yang dibunuh oleh komunis...bukannya sibuk membela si Cina pengganas itu...politik...apapun jom layan dulu lawatan aku ke sini... sengaja kami berpakat memakai baju seragam ke sini untuk lebih menghayati...lebih feelpintu masuk ke kawasan yang menempatkan terowong bawah tanah...
sedikit taklimat dari bekas pejuang komunis...menceritakan kehebatan perjuangan mereka melawan Amerika...model terowong bawah tanah yang dibina oleh pihak Vietcong...

cuba masuk...sesiapa yang rasa slim jer yang boleh cuba...jerangkap samar...terowong bawah tanah...sempit dan gelap gelemat...hanya cahaya dari kamera dan hand phone jer yang membantu...pemandu pelancong kami...dia kenalkan dirinya sebagai Mr. Lovely...asyik menerangkan berkenaan kawasan sekitar tempat ni...cara membuat kulit popia (rice paper) pun ada di sini...
di hujung lawatan kami,pihak pengurusan tempat ni telah menjamu ubi kayu rebus kepada semua pengunjung...ubi kayu rebus sememangnya adalah makanan mewah di waktu perang...
ianya menjadi nostalgia dan kenang-kenangan bagi semua orang yang pernah melalui saat-saat getir zaman peperangan...bagus betul la depa ni...kreatif...ubi kayu dicicah dengan gula yang digaul bersama kacang tanah goreng yang ditumbuk...sedap!minum pula dengan air teh kosong...kami pulun makan dan minum kerana lapar...siap minta tambah lagi...orang lain cuma rasa sikit-sikit buat syarat jer...kami bantai sungguh-sungguh...gerai cenderamata pun ada...dibuat dengan kelongsong peluru dan tin minuman...hajat hati nak beli sesuatu sebagai kenangan...tapi atas nasihat seseorang tak jadi beli untuk elakkan sebarang masalah di airport Malaysia sewaktu balik nanti... demikianlah lawatan kami ke sini...

ilalliqak...

6 comments:

daela said...

wah...segaknya pakai baju star na....mcm super star...lupakan pasal komunis punya lambang jap..akakakakaa...

shazali said...

amboi......"ang"nya sungguh striking, silau mata nih! huh..

Anonymous said...

Abg Adie,
Anh yêu Anh.....Anh nhớ anh nhiều!
Bong sra-lun bong na...bong nirk bong!
Muahhhh;-)

`GOPALAKRISHNAN MANOHARAN`

Anonymous said...

Tiếng boong boong sra- anona squamosa Decollement lun.....

tiếng boong boong nirk tiếng boong boong!

Anonymous said...

bạn là chính hãng như một du khách và cường những người khác như đi du lịch của bạn.

hy vọng bạn cũng đang có và hạnh phúc.

giữ thành tốt công việc!

cẩn thận!

"từ saigon với tình yêu"

adie-ishmael said...

daela=tapi nukan gengster tau...

shazali=la...kan selalu pakai reben...hehehe.

G'nan M'ran,1st &2nd Anonymous= tak faham...sowi...