Sunday, July 5, 2009

MENUJU HO CHI MINH CITY

Selepas melawat perkampungan orang Vietnam,kami meneruskan perjalanan menuju ke Ho Chi Minh City atau lebih dikenali dengan Saigon...perjalanan dari Can Tho ke Saigon mengambil masa empat(4) jam dengan menaiki van dan bas...
semasa dalam perjalanan terpaksa naik feri menyeberangi sungai...
feri depa ni ala-ala feri pulau pinang...boleh bawa kenderaan bagai...feri Langkawi bawa orang jer... feri sedang merapati jeti... teruskan perjalanan...lebuhraya bertol...tiada yang percuma di dunia,hatta di negara komunis sekalipun... berhenti rehat dan khidmat diri sebentar di bandar My Tho...jika sebelum ni kami menaiki van akan tetapi di sini kami bertukar menaiki bas yang di belakang aku tu untuk meneruskan perjalanan ke Saigon...Sesampai di Ho Chi Minh City(Saigon),kami mencari hotel untuk menginap...selepas mandi dan bersiap kami keluar mencari kedai makan halal untuk mengisi perut...atas cadangan rakan yang dah biasa dengan kota Saigon ni,maka kami ke restoran yang dikenali dengan nama Kedai Sulayman...dok pikiaq apa nak makan ni... antara menu yang terdapat di kedai ni... sup isi ketam atau sup cua dalam bahasa Vietnam...sup ikan...tak pasti ikan apa tapi seakan-akan ikan patin... makaroni seafood...aku punya...sedap yang amat...kalau sesiapa berkunjung ke kedai ni tolong ler cuba... nasi goreng seafood...sup kambing gaya Cham...kesedapannya hanya orang yang makan jer yang tahu... seperti biasa...kami bantai lincin liau...cerah menerang...cuci calat...mukhlisin(yang ni pinjam ayat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee)...hehehe. tokey kedai (yang beserban tu) barangkali sedang mengira keuntungan bisneznya...hehehe... selepas kekenyangan,kami bersiar-siar sekitar bandaraya Saigon ni dengan menaiki teksi...pemandu teksi ni adalah kenalan rakan kami...beliau adalah cucu kepada tuan Imam Masjid India di Saigon ni...Municipal Theatre...Ho Chi Minh City Hall... penat jenjalan...balik ke hotel...tidur...esok pagi ada lagi program lawatan...

ilalliqak...

9 comments:

pinatbate said...

Fuhh..gambar soup ikan tu nampak sungguh..aahh!!sedapnya!!

daela said...

bestnya....lagi2..

marie said...

adus..gambar macaroni and nasi goreng tu menyentap jiwa ni...seafood fresh kot kat sana ..tu yg sedap tu

Anonymous said...

Kayanya hangpa dok Hotel Sheraton..... Berapa semalam???

Art

Anonymous said...

bang.. licin tu.. baguh betul...
cantik pemandangan bgnan kala malam..


-lin-

adie-ishmael said...

pinatbate=tapi yang paling sedap makaroni seafood dia dan sup kambing...

daela=ikutilah kisah selanjutnya...

n.m.Ibrahim=tak pasti fresh ker tak...yang pasti ianya sangat enak! atau kerana kami lapar kot...

Art=semalam USD12...kami minta tawar USD8...tokey hotel tak kasi...dia setuju turunkan jadi USD10 semalam...pastu kami kongsi empat orang sebilik...so, kami bayar hotel tu just USD2.5 seorang untuk semalam...harap maklum...kalau hang nak pi sana,buat la macam apa yang kami buat ni...

lin=memang cantik...terpegun gak

CATZ said...

sheraton USD12 ?...
bior betul??
real ke??
puhhh...
penuh info entrynya..
going to ho chi minh soon..
blog ini jadi rujukan

shazali said...

eh murahnya sewa hotel tu! dok sorg or twin pon masih ok :) menu makan halal or mcmana?

anyway, tak tahan la nak gelak tgk gambar tersengih sambil memandang menu restoran. apa daaa...tgk menu pun bole senyum2 lagik, nampak sangat shot lakonan semula hahahaha

(jgn marah tuan tanah, opsss larikk)

adie-ishmael said...

catz=bukan sheraton la...hotel budget jer...tapi sangat selesa.

shazali=senyum depan rezeki bagus...tambah berkat.