Wednesday, December 31, 2008

MASJID AMRU IBN AL A'S ( جامع عمرو بن العاص)

Selepas melawat piramid dan sphinx di Giza,kami ke Masjid Amru ibn Al A's pula.Masjid ini adalah masjid yang pertama di bumi Mesir dan sudah tentunya masjid yang pertama juga di benua Afrika.Ianya dibina pada tahun 642Masihi bersamaan tahun 21 Hijriah di Fustat,nama lama bagi ibu negeri Mesir.
Masjid ini telah dibina oleh sahabat Rasulullah iaitu Amru ibn Al'As bin Wail bin Hisyam bin Suaid bin Sahm Al Qurasyi.Beliau memeluk Islam bersama dengan Khalid bin Al Walid pada tahun 8 Hijrah selepas peperangan al Ahzab.Selepas 6 bulan memeluk Islam, beliau bersama-sama Rasulullah dan para sahabat yang lain telah menawan kembali kota Makkah sewaktu peristiwa Fathul Makkah.Beliau dilantik menjadi panglima perang kerana bijak dan cekap mengatur strategi dan taktik peperangan.Beliau juga bertanggung jawab menguasai Baitul Maqdis,Jordan dan Mesir dari cengkaman Empayar Romawi.Semasa pemerintahan khalifah Umar bin al Khattab beliau dilantik menjadi gabenor Mesir tetapi dipecat pada masa pemerintahan khalifah Uthman bin Affan.Pada masa pemerintahan Muawiyah bin Abi Sufyan beliau dilantik semula menjadi gabenor Mesir.binaan yang berwarna agak gelap sedikit itu adalah lebih tua usianya dari yang berwarna cerah...
kami sempat bersolat jamak taqdim zuhur dan asar...sempat juga bersolat jenazah.Tiang-tiang masjid ni ada yang dikatakan dibawa sejauh dari India...sahn atau courtyard...kelihatan binaan berkubah di belakang aku tu ialah sebahagian dari tempat mengambil wuduk...air dan lantai kat sini tersangat sejuk...rasa macam berwuduk dengan air ais jer...maklumlah,musim sejuk... terdapat catatan dan tulisan lama di sebahagian dari tiang di dalam masjid...ada majlis ilmu dan tazkirah untuk para remaja selepas solat...tong untuk orang ramai menghulur sumbangan dikelolakan oleh biro zakat masjid ni...Antara nama lain bagi masjid ni selain dari Masjid Amru ibn Al A's ialah Taj al Jawame'(تاج الجوامع)yang beerti Mahkota Sekalian Masjid, Al Jami' Al Ateeq(الجامع العتيق) yang beerti Masjid Antik dan Masjid Ahl Ar Rayah(مسجد اهل الراية)yang beerti Masjid Pemegang Panji-panji(Mosque of Banner Holders).

Tuesday, December 30, 2008

SPHINX ( ابوالهول)

Selepas meninggalkan piramid,kami melawat Spinx pula yang terletak tidak jauh dari piramid-piramid Kufu,Khafre dan Menkaure itu.Sphinx dalam bahasa Arab dipanggil( ابوالهول)yang di dalam bahasa Inggeris membawa maksud 'The Father of Fear'.inilah Sphinx yang berlatar belakangkan Piramid Khafre.Sphinx adalah haiwan metos orang mesir purba.Berbadan singa dan berkepala manusia.Ianya dibina dengan tujuan menjadi penjaga kubur firaun(raja)yang dimakamkan di dalam piramid daripada diceroboh oleh pencuri dan penjarah.Pembinaan Sphinx ini dibuat atas arahan anak firaun Kufu iaitu Khafre yang memerintah Mesir antara tahun 2558SM hingga 2532SM.Panjangnya ialah 73.5meter dan tingginya pula 20meter.
orang ramai tidak dibenarkan terlalu menghampiri struktur Sphinx ini bagi mengelakkan kerosakan.Ianya dipagari dengan rapi dan diawasi oleh pihak keselamatan.

puing-puing binaan purba berdekatan dengan Sphinx...ramai sungguh para pelancong asing yang berkunjung ke sini...
anak-anak pelajar Mesir yang datang membuat lawatan sambil belajar kelihatan sangat teruja apabila gambar mereka diambil...sebenarnya di seluruh Mesir tidak kira kanak-kanak atau orang dewasa,mereka sangat suka dan teruja sangat kalau gambar mereka diambil...
pandangan Sphinx dari arah sisi...hidung Sphinx ini dikatakan telah dimusnahkan oleh Napoleon Bonaparte sewaktu menyerang Mesir dulu...
Sphinx dan piramid aku tinggalkan dengan pelbagai kenangan...entah bila pula agaknya aku akan berpeluang kesini lagi...wallahu a'lam.sebaik saja keluar dari kompleks piramid dan sphinx,kami terasa haus...maklumlah, kan di padang pasir gurun sahara(bukan Gurun,Kedah yer)...kalau kat Gurun,Kedah boleh minum air Sg Kunyit atau pi pekena kopi ais kat rumah Nazz! hehehe...Kami lantas ke gerai menjual minuman dan jus buah-buahan...diperah dengan mesin khas... terdapat jus mangga,pisang,oren dan delima....lihatlah mesin memerah jus yang terdapat dalam gambar tu...
buah-buahan...sedapnya...hmm...kesukaan aku,delima...dalam bahasa Arab dipanggil 'rumman'( الرمان)...
gulp...gulp...gulp...ahhhhh...hilang dahaga aku!

Monday, December 15, 2008

LAWATAN KE PIRAMID DI GIZA

Pada hari kedua di Mesir iaitu pada 25 Nov 2008 kami telah dibawa oleh al akh Hassan Hj Noh melawat piramid di Giza.Piramid di Giza adalah tarikan paling popular kerana jaraknya hanya kira-kira 25 kilometer saja dari kota raya Kaherah yang dianggarkan didiami oleh kira-kira 22 juta penduduk itu.Melawat piramid adalah menjadi cita-cita aku sejak sekian lama.

Kelihatan di belakang aku tu tiga(3) buah piramid iaitu Kufu( خوفو ), Khafre(خفرع ) dan Menkaure ( منخرع).Piramid adalah makam untuk para firaun(raja) yang memerintah Mesir purba.Piramid yang paling agung ialah Piramid Kufu iaitu yang paling kiri dalam gambar di atas,tetapi nampak lebih kecil kerana terletak lebih jauh dan di tempat yg lebih rendah.Adapun yang di tengah tu ialah Piramid Khafre manakala paling kanan adalah Piramid Menkaure.kelima-lima ahli rombongan kami dari Malaysia....

di hujung tangan aku tu ialah Piramid Khafre... Piramid yang terbesar iaitu Piramid Kufu yang siap dibina sekitar tahun 2580 SM.Arkitek piramid ni ialah Hemon,saudara lelaki Kufu.Firaun Kufu memerintah Mesir pada tahun 2606 SM hingga tahun 2583 SM.sampai juga aku ke satu-satunya dari 7(tujuh) benda ajaib di dunia yang masih wujud hingga ke hari ini.Adapun 6(enam) lagi telah musnah iaitu:
1-Taman Tergantung Babylon.
2-Berhala Zeus di Olympia.
3-Kuil Artemis.
4-Makam Maussollos.
5-Patung Raksaksa Rhodes. 6-Rumah Api Iskandariah.aku sentuh dan raba piramid ni...memang benar-benar aku berada di kaki Piramid Kufu ni...bukan mimpi!!!
tahun lepas aku berpenat lelah memanjat Tembok Besar China,tahun ni aku berpenat lelah mendaki piramid pula...alhamdulillah!

perhatikan batu-batu bongkah seberat 1 tan setiap satu disusun sebegitu rupa...takjubnya aku!!! Para pelancong mengambil kesempatan bersantai sambil bergambar di atas piramid tu... untuk menambah pengalaman,aku cuba menaiki unta yg terdapat tidak jauh dari piramid tu dengan bayaran 10 pounds=rm6.50...
semasa unta tu nak berdiri aku rasa macam nak tertomoih...sempat la juga bertakbir Allahu Akbar dua tiga kali...cuak aku dibuatnya...aku dan khadam aku...Suwailim si khadam bertopi merah yang sentiasa tersenyum manis melayan karenah aku menaiki unta... pengalaman pertama kali menaiki unta... syok!!!
aku ingat nak beli ler sekoq unta dan bawa balik Langkawi...boleh buat meniaga...sapa-sapa nak naik unta,bayar kat aku rm10.00 seminit...pokcik kaya!!!!...malangnya tak mendapat kelulusan Jabatan Haiwan Mesir...
ada juga pondok tourism police... terdapat juga gerai-gerai cenderamata untuk pelancong...
hmm... sesuatu sangat depa ni...
piramid kami tinggalkan dengan seribu satu macam iktibar...Allah sengaja kekalkan warisan firaun untuk kita sama-sama kita tatapi dan fikirkan tentang nasib yang menimpa kaum yang menderhakai Allah dan kufur tidak tahu bersyukur...Allahu Akbar!