Saturday, April 25, 2009

RONDA-RONDA PHNOM PENH

Selepas melawat genocide musuem di Toul Sleng perut kami terasa amat lapar.Makanan halal di Phnom Penh ni tidaklah semudah di Langkawi.Ada terdapat di tempat-tempat tertentu saja.Namun tidaklah sesukar seperti yang digambarkan sebelum berkunjung ke sini.Kita tidak akan kelaparan mahupun kebuluran.Paling mudah,buah-buahan dijual merata-rata. untuk mengisi perut yang lapar, kami telah ke Malaysia Restaurant...tuan punya restoran ni berbangsa Cham manakala suaminya berasal dari Kelang,Selangor...
aku pulun nasi dengan penuh keberahiannya...lapaq...sup ayam ala Cham...hmm...'mengi'!...maksudnya sedap dalam bahasa Cham...kenyang dah... Daulat Tuanku!!!...potret Raja dan Permaisuri Malaysia...hari ini adalah hari terakhir Pak Lah jadi Perdana Menteri Malaysia...Terima Kasih Pak Lah...apabila kita berada di luar negara,rasa cinta kasih dan semangat patriotik akan bertambah menebal...Raja Kemboja yang baru dan yang lama...Kemboja tidak ada permaisuri kerana rajanya belum bercadang nak menikah...
Selepas makan kami ke Central Market pula...dalam perjalanan sempat bergambar di monumen kemerdekaan... Monumen Kemerdekaan(Vimean Ekareach)dibina pada tahun 1958 tidak lama selepas Kemboja merdeka dari penjajahan Peranchis...di Central Market terdapat pelbagai barang dan selalu dikunjungi pelawat dari Malaysia...gambar ni dirakam sewaktu kami berada di bahagian jualan batu permata...pasar awam yang terletak bersebelahan Central Market...pasar dalam bahasa Kemboja disebut 'psar'...ikan bujuk salai...kali terakhir aku makan ikan bujuk ni sewaktu aku berumr 14 tahun di rumah nenek aku...tak pasti sama ada ikan bujuk ni masih wujud di Sungai Muda...minta Azhar tolong bagi tau sat...rumah hang kan tepi tebing Sg. Muda...sejenis lagi ikan seperti ikan bujuk ni ialah ikan selat...juga banyak terdapat dalam Sg Muda suatu waktu dahulu...sekarang tidak pasti... sejenis sulur keladi...dimasak sebagai sayur... bunga hidup...cantik gubahan dia orang...biasanya untuk upacara keagamaan...buah 'kha'...rasanya manis macam timun betik...siapa yang pernah makan timun betik tau la macam mana rasanya... seterusnya kami ke Samdech Sothearos Boulevard yang terletak tidak jauh dari Sungai Tonle Sap...sebenarnya Phnom Penh terletak tidak jauh dari pertemuan tiga sungai utama iaitu Sg.Tonle Sap,Sg.Bassac dan Sg Mekong...kebetulan pada petang itu para penganut Buddha sedang melakukan upacara keagamaan di sebuah kuil kecil di tepi sungai berkenaan...penganut Buddha akan membeli burung kecik itu(dipanggil burung cak tuli kalau kat Kedah)lalu melepaskannya sambil membaca mentera atau doa tertentu...ianya melambangkan penyucian dosa...dosa dibebaskan dari diri bersama bebasnya burung tersebut...aku pula membeli dan melepaskan burung itu sekadar suka-suka tanpa ada kepercayaan seperti mereka...
biji bunga teratai...pengalaman pertama makan biji teratai walaupun ianya banyak di tempat sendiri...mak aku cakap kalau yang tua lebih sedap...malam melabuhkan tirainya...makanan eksotik masyarakat Kemboja juga dijual di kawasan ni...pelbagai serangga,reptilia,amfibia dan burung... keridik(cengkerik)goreng...katak sawah digoreng rangup,garing dan rapuh...hehehe.ular air pangang pun ada tu nampaknya...sedap ker?
Perut kami mula lapar melihatkan pelbagai makanan yang dijual tapi tak dapat menikmatinya kerana tidak halal...kalau halal, pastinya kami makan licin...siap tapau lagi agaknya...hehehe.Kami berjalan menuju ke restoran halal untuk menikmati makan malam.nama restoran ni Halal Restaurant...letaknya bertentangan dengan Malaysia Restaurant yang kami makan tengah hari tadi...restoran ni lebih kecil tetapi lebih bersih...roti peranchis bersama sosej dan sayuran...sate daging kat sini sedap...tapi yang lebih sedap lagi ialah sate hati lembu...kalau kesini jangan lupa pesan tau...
siem riep fish soup...sedap...ada kelainan pada rasanya...

Thursday, April 23, 2009

NERAKA DUNIA DI TOUL SLENG

Selepas menziarahi istana Raja Kemboja, kami ke muzium pembunuhan beramai-ramai yang terletak di Toul Sleng.Kem penyiksaan ini diwujudkan oleh Regim Khmer Rouge sebaik saja mereka mengambil alih pemerintahan Kemboja.Sesiapa sahaja yang disyaki musuh akan ditahan dan disiksa di kem ini bagi mendapat maklumat dan juga pengakuan... >
kem penyiksaan dan pembunuhan ini asalnya adalah sebuah sekolah menengah... katil yang sama... para tahanan akan diambil gambar terlebih dahulu sebaik saja ditempatkan di sini...anak-anak kecil yang comel tidak ketinggalan turut dibantai dan disembelih oleh tentera Khmer Rouge...kesian mereka dan keluarga mereka...alat untuk memasung kaki para tahanan supaya tidak dapat melarikan diri...tengkorak dan tulang manusia disusun rapi...bukti betapa rapinya rancangan penjahat membunuh sesama manusia...antara tokoh-tokoh politik yang kononnya selalu memperjuangkan keadilan dan kesamarataan untuk rakyat...apabila berkuasa, rakyatlah yang pertama menjadi mangsa mereka...siram kepala dengan air panas...tentera Khmer Rouge...ramai juga yang berusia muda seawal 14 dan 15 tahun...fikiran mereka telah diasak serta diracuni dengan ideologi Regime Khmer Rouge sehingga sanggup membunuh ibu-bapa sendiri jika tidak sebulu dengan pandangan dan pemikiran mereka...tengkorak mangsa-mangsa pembunuhan disusun membentuk peta negara Kemboja...

terdapat banyak lagi pusat penyiksaan seumpama ini di seluruh Kemboja...lebih kurang 5ooooo hingga 2juta orang rakyat Kemboja yang mati sewaktu Khmer Rouge berkuasa...