Wednesday, February 17, 2010

TEMPAT MENARIK SEKITAR SONGKHLA

Selepas menikmati makan tengahari,kami berjalan lagi.Khao Tang Kuan adalah tempat yang seterusnya...
Khao Tang Kuan atau Bukit Tang Kuan ni adalah antara tempat kunjungan orang ramai untuk melihat panorama bandar Songkhla dari arah atas.Setiap pengunjung akan dikenakan THB30 atau lebih kurang RM3 untuk bayaran naik ke atas bukit tu...
beratur untuk naik lift ke atas Bukit Tang Kuan... lift bergerak ke atas...ala-ala keretapi Bukit Bendera...tapi 3 minit dah sampai... keluar dari lift... bandar Songkhla ni terletak di antara dua perairan...di sebelah kiri ialah laut Teluk Siam.... manakala di sebelah kanannya pula Tasik Songkhla yang luas saujana mata memandang... terdapat sebuah kuil Buddha yang dikunjungi oleh penganutnya...tempat ni tak jauh dengan Konsul Jeneral Malaysia...feri meningkalkan jeti...teruskan perjalanan...naik feri menyeberangi Tasik Songkhla ke destinasi selanjutnya...tambang rm3...patung kepala naga di pertemuan jalur sempit antara Tasik Songkhla dan laut Teluk Siam... menyeberangi Jambatan Tinsulanonda...mengambil sempena nama bekas Perdana Menteri Thailand General Prem Tinsulanonda(sebut Tinsulanon)...beliau berasal dari Songkhla... kemudian kami singgah di Folklore Museum yang terletak di atas sebuah bukit di sebuah pulau dalam Tasik Songkhla ni...apa yang menarik di muzium ni ialah mereka memasang lagu-lagu Melayu Malaysia...rasa cerin bulu roma bila mendengar irama lagu sekapur sirih di sebuah muzium di negara gajah putih ni...

jambatan Tinsulanonda dari atas muzium... namun yang paling unik di muzium ni adalah koleksi kukoq nyok( kukur kelapa)...jom tengok... Orang Thai ni memang seni...

Monday, February 8, 2010

KERABU TELUR BELANGKAS

Selepas penat berjalan ke sana sini,perut pun mulalah berkeroncong minta diisi...Terlanjur berada di kawasan pantai,semestinya makanan laut lah yang menjadi menu pilihan... Aminah Seafood...kedai makan pilihan kami pada tengahari tu...pilih dulu lauk-pauk untuk dimasak...ni la dia kerabu telur belangkas...dalam bahasa Thai disebut 'yum kai maengda talay...yum=kerabu,kai=telur,maengda talay=belangkas...memang dah lama rancang nak makan kerabu ni sejak di Malaysia lagi...termakbul jua akhirnya...selak sayuran dan mangga muda tu maka akan kelihatanlah telur belangkas yang amat lazat...'aroi mark mark' (sedap sangat sangat)...kaeng som(kari masam)...kaeng=kari, som=masam...antara masakan Thai yang paling pedas...kami pesan kaeng som ikan siakap masak dengan umbut kelapa...sesiapa yang tak suka atau tak tahan pedas jangan makan kaeng som...di Bangkok atau di bahagian tengah Thailand kaeng som dikenali dengan nama kaeng lueang(kari kuning), lueang=kuning... ketam nipah goreng serbuk kari...pun sedap juga...sup siput...tak pasti nama siput ni...yang pasti bukan siput khinzir...nasib baik cengkerang dia tak leh makan...kalau tak, harus dah licin...gitu gitu ja...tak la sedap sangat... sotong goreng biasa tapi rasa dia unik...daging masak merah... sayur campur goreng...THB1400 untuk 4 orang makan termasuk minuman...hmm tak la murah...terima kasih Zan kerana belanja kami makan tengah hari tu...alhamdulillah...nanti aku belanja hang pulak...