Tuesday, May 25, 2010

JALAN-JALAN KE ENGLAND DAN GERMANY

Pada 10 hingga 21 April lalu,aku telah berkesempatan ke England,United Kingdom dan Berlin,Germany...jom layan gambar-gambar yang sempat dirakamkan sepanjang berada di sana...10/04/2010,jam 15.35...perjalanan bermula dari LCCT ke London-Stansted...RM1600 pergi-balik termasuk makanan dalam pesawat...percutian keluarga...ada yang pertama kali naik pesawat nihhh...13 jam...hmm...agak mencemuihkan...jauh juga perjalanan kami ni...Add Image11/04/2010...sempat berkunjung ke Emirates Stadium...minat la juga Arsenal ni walaupun tak sekuat pasukan bola sepak Kedah Darul Aman...ada ler beli serba sedikit cenderamata kat sini...mug and baju...teruskan perjalanan ke Oxford University...berhenti minum kopi panas kat R&R dulu jap...minum dan makan yang halal jer la...
dah sampai di Oxford...gereja kat Oxford University...sekitar taman kat Oxford University...anak saudara...Shamel Elham...4 tahun...Oxford adalah sebuah bandar yang penuh dengan universiti...pelbagai pusat pendidikan tinggi ada di sini...kagum dengan tradisi keilmuan di bandar ni sejak ratusan tahun dahulu...moga suatu hari nanti akan wujud suasana ini di tanah air kita...insya Allah...

Monday, May 24, 2010

LOK LOK a.k.a CHELOR CHELOR

Lok lok adalah sejenis makanan macam yong tau fu.Ianya sangat terkenal di Pulau Pinang...Katanya berasal dari bahasa Hokien yang bermaksud celor celor...banyaknya!!!tapi jangan gusar...anda perlu bayar yang dimakan sahaja...yang tak makan tak dikira...bahan-bahan ni semua kena celoq dalam air panas yang mendidih di tengah-tengah meja tu...air tu jangan la pula dihirup...air panas biasa jer...bukannya sup macam steamboat...harga satu lidi/cucuk= RM1 dan RM2...ada yang lebih bergantung kepada warna yang ditanda dihujung lidi tu...selepas diceloq,cicah pula dengan kuah...ada dua jenis kuah kat sini...kuah kacang dan cili...sedap la jugak...lokasi yang selalu aku makan ialah di medan selera berdekatan Balai Polis Dato Keramat, Pulau Pinang...tuan punya kedai ni Majid namanya...