Saturday, January 30, 2010

PULUT AYAM

Sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Songkhla yang terletak kira-kira 25km ke utara Hatyai kami sempat bersarapan pulut ayam dulu. Kami beli di pasar pagi yang terletak tidak jauh dari hotel.Pulut ayam adalah antara makanan wajib kalau ke Thailand selain pulut mempelam.Kalau kita ke Thailand tapi tak makan pulut rasa macam kurang lengkap jer percutian kita tu.Pulut memberi kekuatan tenaga kepada kita untuk bergerak ke sana sini semasa bercuti. Sebaliknya ia juga boleh membuatkan kita mengantuk kalau tidak ada sebarang aktiviti lasak yang kita lakukan...
ayam digoreng dengan rempah khas...kat Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam pun ada dijual...cuba ler tanya rempah pulut ayam kepada penjual...pulut ayam tu juga dimakan bersama dengan sos, sos mae pranom namanya...ada dijual dalam botol...kat pasaraya Malaysia pun boleh kita dapati...
pulut ditabur bawang dan bumbu goreng... lazat...selepas sarapan barulah kami check out dan gerak ke destinasi seterusnya dengan penuh semangat dan bertenaga...

Monday, January 25, 2010

THALAT NAM KLONG HAE,HATYAI

Hatyai adalah bandar terbesar di selatan Thailand dan keempat terbesar di seluruh Thailand. Terletak di dalam Changwat (Wilayah) Songkhla. Sebutan yang betul ialah Hat- Yai,tetapi entah kenapa orang Malaysia sering menyebut Hat-Nyai...Ianya sering dikunjungi terutama oleh rakyat Malaysia dan Singapura dengan 1001 tujuan yang hanya diketahui oleh empunya diri. Buruk atau baik tujuan kunjungan tersebut biarlah mereka dan Tuhan mereka sahaja yang tahu. Bagi aku pula lawatan ke sana baru-baru ni adalah kali yang ketujuh. Gembira sebab ada destinasi baru yang belum pernah dikunjungi,salah satunya ialah pasar terapung atau dalam bahasa Thai dikenali sebagai thalat nam Klong Hae. Thalat=pasar...nam=air atau terjemahan harfiahnya pasar air. Klong Hae(sebut hair) ialah nama sungai. Sebelum ni aku tidak pernah tahu bahawa pasar terapung juga ada di Hatyai. Pernah kunjungi pasar terapung di Damnoen Saduak tidak jauh dari Bangkok suatu ketika dahulu.
Perjalanan dari pintu sempadan Malaysia-Thai di Bukit Kayu Hitam,Kedah ke Hatyai mengambil masa lebih kurang sejam sejauh 60km. Melintasi Ban Prik,Sadao,Klong Nge dan beberapa pekan kecil yang lain lagi. Ala-ala jarak Sungai Petani ke Penang jer. Berkereta sendiri memudahkan perjalanan dan menyenangkan ke lokasi yang telah dirancang.
Sesampai di Hatyai kami bertiga memilih Hotel Diamond Plaza.Harganya cuma THB890 sebilik dan kami minta extra bed THB200,jadi kami kongsi lebih kurang RM36 seorang...berbaloi. Hotelnya bersih,biliknya besar dan kemudahannya lengkap.
Selepas khidmat diri dan berehat-rehat kami keluar makan di salah sebuah restoran yang telah lama beroperasi di Hatyai ni dan sangat terkenal di kalangan pelancong Malaysia.Nama restoran tu ialah Restoran Hamid. Sejak kali pertama ke Hatyai,restoran ni telah pun wujud dan sentiasa dipenuhi pelanggan. Rasanya pemilik restoran ni telah jadi kaya raya hasil untung perniagaannya yang disumbangkan oleh pelancong dari negara kita.Selepas makan,kami balik ke hotel menanti kedatangan seorang lagi rakan orang tempatan untuk ke Pasar Terapung Klong Hae atau Thalat Nam Klong Hae.Khabarnya pasar terapung ni lebih meriah pada waktu malam kerana memang konsepnya sebagai pasar malam.Kebanyakan jualan makanan adalah di atas sampan yang berada di dalam sungai dan pembeli pula memesan di tebing sungai.Barang-barang yang bukan berbentuk makanan kebanyakannya ada dijual di daratan...

majoriti peniaga di pasar terapung ni adalah Muslim,makanya kita dapat membeli pelbagai makanan tanpa ragu-ragu lagi akan kehalalannya...tudung dan cara pakaian mereka amat memudahkan kita membezakan antara Muslim dan bukan Muslim...inilah salah satu hikmah kenapa umat Islam diwajibkan mengenakan pakaian yang beridentitikan Islam supaya jatidiri kita terserlah biar di mana pun kita berada di muka bumi ini...kuihnya manis...penjualnya pun manis...setuju?ramai sungguh pengunjung ke sini...meriah... pelanggan memesan makanan di tebing sungai...penjual di dalam sampan...salah satu keunikan di sini ialah air minuman dijual di dalam buluh dan tembikar dengan pelbagai bentuk...kelihatan penjual sedang memasukkan kelapa dan laici ais yang kami pesan ke dalam batang buluh... air diisi dalam buluh...makanan dalam daun pisang... hilang dahaga...makanan yang berkuah diisi dalam bekas dari tempurung kelapa...mee hijau yang penuh berisi daging ayam... kueh telur puyuh... pemandangan deretan perahu yang terapung di tebing sungai...gambar diambil dari atas jambatan yang merintangi Sungai Klong Hae... setelah kekenyangan kami pun pulang ke hotel dengan penuh kepuasan...jom kita pi lagi...

Thursday, January 14, 2010

IPOH DAN KAWASAN SEWAKTU DENGANNYA

Ipoh adalah ibu negeri Perak Darul Ridzuan,terletak di dalam Lembah Kinta.Keadaannya sama seperti Kuala Lumpur iaitu ibu negara Malysia yang terletak di dalam Lembah Kelang.Kedua-dua bandaraya ini dibangunkan rentetan penemuan bijih timah yang merupakan hasil galian yang sangat bernilai pada waktu itu.Pada zaman kegemilangannya,Lembah Kinta adalah kawasan pengeluaran bijih timah yang terbesar di dunia. Penjajah Inggeris dengan rakusnya telah menjajah dan menjarah bumi Lembah Kinta untuk mendapatkan bijih timah lalu dibawa ke negara mereka.Tiada apa-apa yang ditinggalkan untuk anak watan. Sebaliknya mereka(penjajah Inggeris) telah membawa masuk pendatang berbangsa Cina sebagai pelombong bagi mengaut serta mengikis hasil galian di kawasan tersebut.Maka tidak hairanlah pada masa sekarang bangsa Cina adalah penduduk majoriti di Ipoh yang merupakan anak cucu para pelombong berkenaan...
terlanjur ke Ipoh,tak patut rasanya kalau tak singgah melawat Warisan Kapal Korek Bijih Timah yang terletak di Jalan Tg. Tualang, Batu Gajah. Inilah satu-satunya kapal korek yang masih ada di negara kita. bayaran masuk ke sini ialah RM5...tetapi pada hari kunjungan aku tu, tak dibuka atas faktor keselamatan kerana pada sebelah malam tadi hujan lebat yang menyebabkan paras air naik... melihat kapal korek ni,teringat pelajaran ilmu alam masa sekolah rendah dulu...harap-harap kapal korek ni akan terus kekal supaya dapat dilihat oleh generasi mendatang... kemudian lajak ke Parit...inilah kali pertama aku ke sana...rakyat Perak Darul Ridzuan memang ramai sampai dalam Parit pun depa berumah tangga...gurauan yang selalu kita dengar... sebahagian dari pekan Parit...Masjid Parit la...bukan Parit Masjid...Parit terletak di tebing Sungai Perak...
Jambatan Cempakasari yang menghubungkan pekan Parit dengan Blanja. Panjang 378 meter dan lebar 3.4 meter...ia merupakan jambatan untuk penunggang motorsikal dan pejalan kaki sahaja...asalnya cuma jambatan kayu,tetapi telah dihanyutkan oleh arus deras pada tahun 1996. Mula dibina pada 13 Mac 2008 dan siap pada 18 Oktober 2009... ditengah-tengah Sungai Perak ni terdapat pulau yang bernama Pulau Cempakasari...sebelum bertolak balik singgah dulu di kebun limau bali kat Tambun...beli buah limau bali sebagai ole-ole mak ai!!!...rumah tokey limau bali...

Tuesday, January 5, 2010

HOSPITAL BAHAGIA ULU KINTA

Hospital bahagia ialah istilah yang digunakan untuk merujuk kepada hospital bagi merawat pesakit mental.Kalau dalam bahasa yang lebih kasar kita panggil hospital gila...Salah sebuah hospital mental yang tertua di negara kita ialah Hospital Bahagia Ulu Kinta, Perak Darul Ridzuan.Adakalanya ia juga dipanggil hospital gila Tg. Rambutan,kerana terletak di pekan kecil Tg.Rambutan...aku secara peribadinya telah lama teringin untuk melawat hospital ni kerana ianya sering menjadi buah mulut dan bahan gurauan orang-orang di sebelah utara ni...kalu orang di sebelah selatan mungkin mereka sering mendengar Hospital Bahagia Tampoi,di Johor...teringin nak lihat sendiri bagaimana rupanya hospital yang tersohor itu...sewaktu ke Ipoh baru-baru ni,aku mengajak rakan yang merupakan orang tempatan untuk melihat-lihat di dalam kawasan hospital ni...
kami ambil pas lawatan dulu...supaya tidak dicap sebagai penceroboh...hospital ni rupa-rupanya tersangat la luas...kami ambil keputusan untuk melawat sebahagian kecil jer kerana kekangan masa...banyak lagi tempat lain yang nak dilawati...marilah kita lihat sebahagian pemandangan di dalam hospital ni sebagai gambaran selayang pandang kepada kita...selepas beberapa ketika berpusing-pusing dalam kawasan hospital ni,kami pun keluar la dengan puas hati...so lepas ni tak dak sapa lagi buleh bekunun pasai hospital ni kat aku...mengkalu ada sapa-sapa teringin nak mai dok sini, sila la mai...ramai kawan-kawan dok menanti...hehehe. stesen keretapi Tg Rambutan terletak tidak jauh dari pintu masuk hospital ni...
aku suka sangat bangunan stesen keretapi ni...klasik...agaknya suatu ketika dahulu ramai pesakit mental yang datang untuk mendapat rawatan kesini menggunakan perkhidmatan keretapi melalui stesen ni...di kala sistem perhubungan tidak sebaik zaman sekarang ini... tentu meriahkan pada masa tu...agaknya la...