Sunday, March 29, 2009

HARI-HARI TERAKHIR DI SANDAKAN

Sebelum berangkat pulang ke Langkawi aku sempat ke beberapa tempat lagi.Antaranya Pusat Perlindungan Monyet Belanda(Proboscis Monkey) di Teluk Labuk.Selain orang utan,monyet belanda adalah antara spesies monyet yang hanya terdapat di Pulau Borneo.Pusat ini diurus oleh pihak swasta...
tempat ni agak kedalam...tapi berbaloi kalau korang datang... oleh kerana ianya diuruskan oleh pihak swasta, harga tiket pun boleh tahan la juga...bukan pemegang MyKad dewasa=RM60, bawah 18 tahun RM30...pemegang MyKad dewasa=RM15, bawah 18 tahun=RM10...camera RM10... menanti waktu petugas memberi monyet belanda makan...



selepas berada di Labuk Bay kami ke kuil Buddha Puu Jih Syh lak...kebebasan agama di Malaysia ni sentiasa terjamin, tak seperti yang selalu ditohmahkan oleh sesetengah orang kafir dan orang-orang Islam yang bengong lagi bertaraf kuda kayu serta boneka plastik kepada si kafir lahanat yang sering menggambarkan mereka ditindas oleh pemerintah...malah keadaan mereka di sini lebih baik dari di China dan di India lagi...kalau hangpa tak puas hati,nyah ler berambus balik ke China atau India...baru hangpa tau dan rasakan...aku dah berjalan ke merata negara...tak dak negara yang lebih bagus dari Malaysia tanah airku ini...aiyyo emo sakan...!!hahaha...




Thursday, March 26, 2009

AKTIVITI LUAR JANGKA

Sepanjang 6 hari di Sandakan pelbagai aktiviti percutian telah dilalui.Bagi mereka yang telah mengikuti pengalaman aku di sana, tentu dapat memahami betapa seronoknya percutian itu. Selain menjayakan aktiviti yang telah dirancang dari awal sebelum sampai ke Sandakan lagi, terdapat juga aktiviti yang aku lalui tanpa dirancang atau direncanakan...
tidak jauh dari hotel aku,terdapat sebuah padang awam...kebetulan semasa aku di Sandakan diadakan Program Merakyatkan Seni Budaya anjuran Kementerian Perpaduan, Kebudayaan, Kesenian dan Warisan Malaysia. Aku ke situ untuk melihat persembahan kebudayaan dan kesenian masyarakat tempatan yang diadakan selama 2 hari...
dapatlah tengok juga persembahan kebudayaan penduduk Sandakan... bilangan penduduk bukan warganegara ramainya...majoriti dari Filipina...
Pada malam tersebut juruacara majlis ada membuat pengumuman bahawa esok pagi jam 7 akan diadakan senamrobik di padang tu... maka pagi-pagi lagi aku bangun dan menuju ke padang untuk sama-sama bersenam dengan masyarakat tempatan...aku call ASM untuk datang sama ke sini...


dah selesai...dah cooling down pun...segar badan...bersurai...
terima kasih cikgu senamrobik...
selepas bersenam balik ke bilik hotel...bilik aku tingkat dua color pink yang terselak curtain itu...
pemandangan dari atas bilik aku... selepas mandi dan bersiap-siap aku turun ke tamu pula...sama macam nat atau pasar minggu kat tempat aku tu...hmmm...pucuk paku midin...kesukaan ayah aku...kalau masak kuahnya akan jadi kemerah-merahan...ada juga kat sini rupanya...ayya! attak jual hanjeng juga ma...
besarnya labi-labi ni...sedap ker?
kat tamu pun ada juga pemeriksaan kesihatan...pemeriksaan tekanan darah dan kandungan gula dalam darah untuk penyakit kencing manis...pemeriksaan kencing masin ada tak?
periksa tekanan darah RM1.00...

owh!!! kena cucuk untuk ambil darah...tak sakit pun...rasa macam kena sunat jer...periksa kandungan gula dalam darah kena RM5.00... La...aku sorang jer Melayu...! Muka dan pakaian serta penampilan orang-orang kat sini semuanya lebih Melayu dari aku,tapi depa bukan Melayu...hahaha...zoom dan baca la di ruangan bangsa depa tu...tekanan darah aku 130/70 dan gula pula 5.1, sihat ke aku ni? Sapa-sapa yang tau tolong habaq mai sat...mai! mai! mai!...Pakcik,makcik,abang,adik dan kakak...jangan takut...mai la periksa kesihatan...

Tuesday, March 24, 2009

PUSAT PEMULIHAN ORANG UTAN SEPILOK

Selepas mengunjungi RDC kami meneruskan lawatan ke Pusat Pemulihan Orang Utan Sepilok (PPOUS)pula yang terletak tidak berapa jauh dengan RDC tu. PPOUS dibuka semenjak tahun 1964 lagi. Ianya ditadbir oleh Jabatan Hidupan Liar Sabah dan Kementerian Pelancongan Malaysia.Luas pusat ini termasuk hutan simpannya ialah 4294 hektar.Sehingga kini terdapat 300 ekor orang utan yang hidup di sini.Objektif utama pusat ni ditubuhkan adalah untuk menyelamatkan anak-anak orang utan yang terpisah dari ibunya supaya dapat membesar dan meneruskan kelangsungan hidup.Namun sejak kebelakangan ini objektif tersebut telah dikembangkan kepada pendidikan konservasi,penyelidikan dan kebajikan orang utan dan juga binatang-binatang lain yang terancam seperti badak sumbu.Jom kita lihat bingkisan dari PPOUS ni...layan...

nak masuk kena beli tiket dulu...pemegang MyKad dewasa=RM5, bawah 18 tahun=RM2. Bukan pemegang MyKad dewasa=RM30, bawah 18 tahun=RM15. Bayaran camera=RM10...Aktiviti yang paling menarik kat PPOUS ni ialah acara memberi orang utan makan(orang utan feeding). untuk ke tempat jamuan orang utan(istilah aku) dibina jambatan kayu sebegini bagi memudahkan pelancong...kalau tak, terpaksa ler derma darah kepada pacat...betul tak Ishan...hehehe. ada anak sungai lagi...rasa tenang jiwa aku... sewaktu berjalan ke tempat orang utan diberi makan, kita akan disambut oleh beberapa kumpulan monyet ni...monyet2 ni seakan telah tahu bila masuk waktu makanan hendak diberi...aksi2 depa ni sangat mencuit hati...mat saleh dan pelancong asing suka benar...semasa aku dok ralit berjalan tetiba salah seekor monyet jantan yang usia agak remaja telah naik atas belakang aku dengan aksi kokko(orang Kedah tau la)...aku punya la terkejut tapi berjaya maintain cool sambil menerima tepukan dari para pelancong...hehehe...aku ralat sedikit kerana tak sempat nak rakam aksi kejadian tersebut kerana ianya berlaku secara spontan jer... akhirnya...sampai juga...
orang ramai menanti kemunculan orang utan dengan penuh kesabaran...ramai pelancong asing yang sanggup datang jauh beribu kilometer semata-mata nak menyaksikan dan alami sendiri pengalaman melihat orang utan...ada yang beberapa kali dah masuk ke sini...aku sendiri ditertawakan oleh beberapa rakan tatkala aku menceritakan bahawa aku telah ke tempat orang utan...mereka merasakan tiada apa yang istimewa dan perlu dibanggakan dengan orang utan...aku abaikan jer tertawa mereka kerana hanya orang yang berfikiran dan berperasaan seperti aku jer yang faham erti pengalaman ini...hehehe. dah dibagi tahu awal-awal sebelum masuk ke sini agar jangan buat bising...nanti orang utan takut nak datang makan...tapi ada yang tak bertamadun dan tak sekolah...terpaksa petugas naikkan tanda amaran tu...tapi masih ada juga yang buat bising...orang macam tu patut dicincang-cincang jer kasi makan orang utan...aku dapati ramai juga petugas kat sini terdiri dari orang putih...tempat santapan orang utan... petugas membawa makanan orang utan dah sampai...pisang untuk orang utan...tebu untuk monyet-monyet kepoh yang menyibuk nak mencuri makanan orang utan... tu dia...VIP yang ditunggu-tunggu dah sampai ke majlis santapan... petugas sedang menjamu orang utan... perhatikanlah gelagat monyet-monyet di bawah pelantar tu yang sedang sibuk bertungkus lumus mencuri makanan orang utan...

selepas kenyang orang utan tu pun pulanglah ke habitatnya...hehehe...tak banyak orang utan yang datang kerana sebelum kami masuk ke tempat ni hujan telah turun dengan lebatnya... sewaktu kami berjalan keluar dari hutan ni,kami ternampak seekor anak orang utan sedang berehat atas sarangnya...kesejukan barangkali...Selamat tinggal Pusat Pemulihan Orang utan Sepilok...!!!Terima kasih atas segala pengalaman yang diberi...