Monday, August 17, 2009

MASAK-MASAK HUJUNG MINGGU

Memasak bukanlah hobi atau minat aku,tapi kalau makan tu akulah juaranya.Selalunya makan kedai jer...lebih mudah dan ekonomik...maklumlah hidup sebatang karah di bumi Langkawi ni...Entah macam mana tetiba hujung minggu lepas teringin pula nak masak...jom tengok masakan aku...menu pertama ialah Ikan Gerut Tiga Rasa...semua pekakas ni kena ditumbuk tapi janganlah sampai terlalu laik pula...boleh juga diblend tapi rasa kurang kaw...
nilah rupanya ikan gerut yang akan ditigarasakan oleh aku nanti...telah dikatam(dipotong) oleh penjual kat pasar tu...aku terlupa nak pesan supaya jangan dikatam dulu...
kuah tiga rasa aku...untuk memantapkan lagi rasa kuah tiga rasa ni,jangan sesekali lupa masukkan bawang putih jeruk...tumbuk dan masak bersama kuah... isi ikan tu aku susun balik...siap dah Ikan Gerut Tiga Rasa...Menu kedua pula ialah Retak Seribu Masak Cabai...ini la siput retak seribu...orang Kuala Lumpur panggil lala...kalau di Kedah lala tu merujuk kepada sejenis lagi siput laut lain yang kecil,leper dan isinya amat kecik...tumisan cabai bersama lain-lain bahan...pastu campakkan retak seribu ke dalam cabai itu dan gaulkan...tu dia...Retak Seribu Masak Cabai katernyer...Menu ketiga...Kailan Goreng Bersama Ikan Cermin Kering...Kailan...hmm...orang tua-tua di tempat aku dulu panggil sayur kana...tak tau la macam mana tetiba semua orang panggil kailan sekarang ni...dulu-dulu sayur ni murah dan orang Melayu di tempat aku tak suka makan sangat...Cina jer yang gemar...seperti melukut tepi gantang jer sayur ni masa tu...tapi sejak gerai-gerai tomyam tumbuh melata di negara kita,sayur ini jadi gah dan meletop pula...sering menjadi menu tempahan kalau bertandang ke kedai tomyam Mek Pattani...goreng batang kailan dulu pastu masukkan ikan cermin kering...ikan tu elok juga kalau digoreng garing dulu sebelum digoreng ngan kailan...Kailan Goreng Bersama Ikan Cermin Kering... dah siap semuanya...pulun makan tak panggung kepala...kalau mak mertua lalu depan batang hidung pun tak nampak...ada ker mak mertua kaedahnya?
Selamat Berpuasa Ramadhan kepada sekalian umat Islam...

Thursday, August 13, 2009

RIMBA HERBA PERLIS

Antara tempat lain yang kami sempat kunjungi di Perlis ialah Rimba Herba Perlis yang terletak di tengah perjalanan ke Rekreasi Bukit Ayer...di sini kita akan dapat temui pelbagai tumbuhan dan herba yang mempunyai nilai perubatan...ianya telah lama digunakan oleh nenek moyang kita sejak zaman berzaman sehingga ke hari ini...kita akan dapat mengenali bermacam-macam tumbuhan dan herba dengan pelbagai nama yang unik...
bayaran masuk ke sini cuma RM1(sehinggit) jer...lebih murah dari bayaran masuk tandas kat KLCC tu...nenek aku pula dia orang bagi free jer masuk...yang pastinya, ilmu dan maklumat yang diperolehi di sini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit... suasana hijau redup dan bersih serta kemas boleh tenangkan jiwa raga... anak buah aku pun riang ria kesana sini dalam taman herba ni...jom kita kenali pula nama-nama tumbuhan yang berkhasiat di sini...
tumbuhan yang tersenarai di atas ni adalah untuk menambahkan/meningkatkan/menguatkan tenaga batin lelaki...kita selalu disyorkan tongkat ali jer...sebenarnya banyak lagi tumbuhan yang mempunyai khasiat yang sama...so,guys yang ada masalah lemah tenaga batin boleh la cari tumbuhan yang berkenaan...cuba la try...bayangkan...parang pun boleh patah kalau ditetak 'anu' korang...hmm...power tu...!!!hehehe.kalau perjalanan darah dah lancar, harus la yang tua pun jadi galak... alhamdulillah...dapat tambah ilmu dan maklumat...dapat tenangkan fikiran...dapat menghayati ciptaan Allah Taala...

Tuesday, August 11, 2009

MEMPELAM HARUMANIS DI PERLIS

Baru-baru ni aku dan keluarga jalan-jalan sekitar Perlis...Walaupun cinonet,Perlis sebenarnya memiliki banyak tempat-tempat yang boleh dijelajahi terutama bagi mereka yang sukakan pemandangan dan alam semulajadi yang cantik...sebetulnya ini bukanlah kali pertama kami sekeluarga ke Perlis...namun setiap kali ke Perlis,ada saja perkara baru yang ditemui dan dipelajari...antara tempat menarik yang kami sempat kunjungi kali ini ialah Padang Besar,Empangan Timah Tasoh,Muzium Kayang,Ladang Mempelam Harumanis di Bukit Bintang,Taman Herba,Pusat Rekreasi Bukit Ayer dan bermalam di Kuala Perlis sambil menikmati makanan lautnya...Jom layan Perlis...
kami pi ke Pusat Pertanian Bukit Bintang...kat sini ada ladang mempelam harumanis...kali kedua aku ke sini...tahun lepas pi ngan kawan-kawan dari Kuala Lumpur...tahun ni bawa keluarga...
kalau lalu jalan ni dan nampak gambar di atas tu alamatnya dah sampai... jangan terlajak pulak...ada replika harumanis bersaiz besar juga...
pohon-pohon mempelam...buah dibalut supaya terselamat dari serangga perosak.... bersebelahan ladang ada bangunan yang menjual pulut mempelam...berhawa dingin lagi...pulut mempelam harumanis...sedapnya... minum pulak jus harumanis...mak ai...boleh lupa nama sendiri...hehehe adik aku dan keluarganya... mak dan tok... anak penakan... musim mempelam harumanis tahun depan Insya Allah aku mai lagi...