Thursday, September 25, 2008

RUMAH AKU DI PULAU LANGKAWI

23hb September 2008 adalah tarikh mula aku masuk ke kuaters kerajaan bertempat di Apartment KCS,Kuah,Langkawi.Rumah aku ni boleh la tahan juga.Tingkat satu jer...tak la penat sangat aku nak menapak.Ada 4(empat) bilik tidur,1 bilik stor,ruang tamu yg selesa,ruang makan,dapur yg luas,3 bilik air beserta 3 tandas...Penghuni sebelum aku ni,nampaknya kurang menjaga kemudahan-kemudahan yg disediakan oleh Kerajaan di dalam rumah ini...begini la tabiat orang kita...tidak menghargai kemudahan yg diberi oleh Kerajaan yg sentiasa perihatin dengan kebajikan kakitangannya...kalau bab kutuk,komplen itu ini,tak puas hati yg itu yg ini,depa pandai la...Segala kemudahan2 yg disediakan oleh pihak Kerajaan itu sepatutnya dijaga,dipelihara,diuruskan dan dikawalselia dengan penuh amanah dan rasa tanggungjawab seolah-olah semuanya itu adalah harta kita atau harta mak bapak kita! Alamak,sempat pula tazkirah zohor tengah2 hari ni...hehehe.
Jom kita lihat,sebahagian gambar2 rumah aku yg sempat diambil buat tatapan bersama...aku tak dapat ambil banyak2 sebab penat menyapu,mencuci,menyental tandas dan segala galanya lah secara berseorangan...nasib orang bujang...
sebahagian dari pemandangan master bedroom...inilah bilik aku...baru lepas menyapu...pasni kena mop pula!!!adoi...bilik anak-anak aku...anak?bila masa aku beranak...aku masih teruna lagiiiii...sinki di ruang dapur
dapur gaspeti ais dan rice cooker pun ada gak...adusssss...ada lagi jamban yg belum disental...tandas ni letaknya di sebelah dapur...tandas bilik aku dah settle...banyaknya tandas,jenuh nanti aku nak melabur...ruang makan...ada meja makan la! tempat untuk diletakkan tv aku...ruang istirehat dan santai...perabot dia bukan taste aku...pemandangan dalam bilik stor...Ya Allah,penghuni yg lepas ni tak pernah cuci ker...jenuh aku nak kena bersihkan nanti...
Apa-apa pun,Alhamdulillah,syukur pada Allah Taala dan terima kasih kepada kerajaan kerana telah memberi aku menumpang berteduh dari panas dan hujan di bumi Langkawi ini...Alhamdulillah.

Wednesday, September 24, 2008

BERBUKA PUASA BERSAMA ANAK- ANAK PEKAK

Khamis lepas,aku,mak aku,adik perempuan aku dan suaminya beserta anak-anak mereka telah membuat sedikit sedekah atau jamuan berbuka puasa bersama anak-anak kurang bernasib baik bertempat di Asrama Sekolah Rendah Pendidikan Khas,Sungai Petani,Kedah.Atas hikmah yg hanya diketahui oleh Allah Subhanahu Wataala,ditakdirkan anak-anak ini dilahirkan pekak dan bisu...syukur kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.Bulan Ramadhan ni disamping kita berpuasa,Allah Taala juga mahukan kita sentiasa insaf dan turut merasai kekurangan dan pengalaman insan-insan yg kurang bernasib baik.Itulah sebahagian hikmah puasa diwajibkan kepada kita.Itulah cantiknya agama Islam kita.

Jamuan pada petang tersebut telah disponsor oleh adik perempuan aku...Antara menu makanan yg disediakan ialah nasi tomato,ayam masak merah,kurma daging,dan jelatah.Kuih muih(kami beli)pun ada dan tidak ketinggalan bubur jagung(aku yg suruh mak aku buat sebab aku minat gila bubur jagung) serta dadih. Selepas masak2 di rumah,segala makanan tersebut kami bawa ke asrama berkenaan.Jom kita lihat serba sedikit apa yg sempat aku rakamkan pada petang itu...
hmm..wardenku,ibubapaku...untuk makluman,ada juga sebahagian ibu-bapa yg hantar anak-anak mereka ke sini bukan kerana bertujuan mendapatkan didikan yg sempurna,sebaliknya hanya kerana kecacatan anak2 mereka yg dianggap bebanan bagi mereka. Mereka tak datang menjenguk dan tak pernah mahu mengambil tahu keadaan anak2 mereka.Mereka serahkan 100% untuk kerajaan bela dan jaga budak2 malang tu...nasib baik kerajaan Malaysia ni antara yg terbaik di dunia.( walaupun sering dikutuk dan dimaki hamun diblog2 dan dipentas2 ceramah politik, oleh mereka yg tak pernah tahu bersyukur akan nikmat Allah!!) Bahkan ada diantara ibubapa yg tidak suka apabila anak-anak mereka diberi kebenaran pulang sebulan sekali berjumpa keluarga.Bagi mereka lebih elok kalau anak2 cacat mereka itu tinggal selama-lamanya di situ atau mati jer...Anak-anak kat sini sangat dahagakan kasih sayang terutama dari mereka yg lebih tua dari mereka...para pekerja dan pengasuh sedang menyiapkan hidangan untuk iftar jamaie(buka puasa beramai ramai) kami di situ...ini pemandangan di dewan makan asrama. air sirap dan teh susu panas pun disediakan oleh mak aku...oops,sorry la mak...cheq gatai tangan pi tambah gula pula dalam teh susu tu,terus jadi manih melecaih...anak2 OKU ni sedang menanti waktu berbuka dengan penuh kesabaran...ada juga antara mereka yg bukan Muslim.pekerja dewan makan...manisnya tukang cedok lauk tu...patut la nasi yg aku makan petang tu rasa bertambah sedap....suasana sebelum berbuka...meja tempat aku makan...mak aku dan cucunya,Syamil Elham... bubur jagung...aku dedikasikan pic ni khas untuk diri aku,peminat bubur jagung!
mak aku bersama anak2 OKU...mak aku ni jenis ratu air mata...tengok budak2 tu jer dia dah mula keluar air mata dan air hidung...sedih dan sayu katanya.aksi-aksi yg menggambarkan betapa anak-anak ini sangat teruja apabila gambar2 mereka diambil... sebelum pulang beredar meninggalkan asrama tersebut,kami sempat memberi duit raya dalam sampul hijau(chehpau)kepada anak2 asrama tersebut... kelihatan adik ipar aku dan mak aku sedang menyampaikan duit raya....

ilalliqak...

Wednesday, September 17, 2008

JOM SAHUR MAKAN OAT

Oat adalah bijirin yang amat baik untuk memberi tenaga di sepanjang hari berpuasa.Korang patut cuba sahur dengan oat ni.Nak masak apa dan nak makan macam mana terpulanglah kepada korang...Kata orang,oat juga boleh bantu menyerap lemak2 dan kolestrol dalam tubuh kita. Alamak!!fakta ker auta ni? Sapa leh jawab? Tok(nenek) aku selalu cerita tentang kegemaran ayah mertuanya(moyang aku@bapa tok wan aku)yg suka sangat makan oat dengan sup ayam setiap malam....Aku tak pasti macam mana rupa sup ayam + oat yang dimakan oleh moyang aku tu,tapi aku tunjukkan di sini rupa sup ayam + oat yang aku masak untuk aku bersahur...jom lihat..heheheserai dikatok-katok (orang Kuala Lumpur cakap dititik) Kenapa pula dititik yer...heran aku?,setahu aku yang dititik tu air jer kan?daun limau purut... serai dan daun limau purut untuk hilangkan bau hanyir ayam dan membangkitkan aroma yg menyelerakan...oat...serbuk rempah sup...isi ayam...air untuk mereneh sup...tak payahla guna mineral water...botol tu hiasan jer...
bahan2 tadi korang rebuskan sekaligus dalam periuk...kalau dapat periuk tanah macam aku punya ni lagi bagus kerana lebih sedap...inilah hasilnya...sup ayam + oat...aku suka yang pekat tak berkuah,so aku letakkan sedikit jer air...kalo nak yang banyak kuah masukkanlah air banyak sikit...