Wednesday, July 15, 2009

WAR REMNANTS MUSEUM

Selepas melawat Chu Chi Tunnel kami bertolak balik ke bandaraya Saigon yang terletak kira-kira 70km ke selatan.Van memberhentikan kami betul-betul di hadapan War Remnants Museum yang merupakan muzium peringatan perang antara Vietcong dengan Amerika suatu ketika dahulu.Jom lihat apa yang ada di muzium ni...

tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke sini... kelengkapan perang Amerika yang dirampas...cenderamata Amerika untuk rakyat Vietnam...selepas beberapa ketika berada di muzium ni,perut kami mula berkeroncong minta diisi... maklum ler,cuma ubi kayu rebus jer yang dimakan hari ni...kami pun bergegas mencari kedai makan halal...sekali lagi kami mengunjungi Kedai Sulayman dengan menaiki teksi...
Kedai Sulayman terletak tidak jauh dari masjid ini...kami singgah solat zuhur dan asar secara jamak taakhir dulu sebelum makan... sampai di Kedai Sulayman kami ternampak kakak ni sedang berniaga cucur udang dan popia versi Vietnam di tepi kaki lima kedai tersebut...kami pesan sepinggan untuk makan dalam Kedai Sulayman...dimasak dalam acuan macam kita buat kuih cara kat Malaysia... cucur udang ni dimakan bersama sos cili dan ditabur daun kemangi...orang Vietnam memang gemar makan daun kemangi sebagai ulam... hmmm...asyiknya makan... popia Vietnam...kalau di Malaysia aku lebih suka popia basah...popia di sini memang sesuai dengan selera aku...kuah dia pun sedap...nampak tak udang dalam popia tu?lazat...sup kambing...dimakan bersama sayuran dan ulaman...boleh dimakan mentah atau dicelur dalam kuah sup tu...sangat sedap... kangkong goreng...telur dadar... rendang kambing...nasi putih...seperti biasa...

ilalliqak...

Sunday, July 12, 2009

CHU CHI TUNNEL

Pada hari berikutnya kami melawat Chu Chi Tunnel pula dengan menggunakan pakage.Pakage tu berharga USD4 seorang(tidak termasuk tiket masuk).Chu Chi (sebut 'Kuci') Tunnel adalah terowong yang digali oleh tentera Vietcong semasa mereka berperang dengan tentera Amerika suatu ketika dahulu.Terowong tersebut merupakan tempat perlindungan dan kediaman yang banyak membantu sebahagian besar tentera komunis Vietcong dalam usaha mereka mengalahkan tentera Amerika. PERHATIAN...N3 ini tidak sesekali bertujuan memaparkan kehebatan dan menyokong komunis...ini adalah kerana komunis dan Amerika tu bagi aku sama-sama jahat...macam Chin Peng tu...tapi ada jugak Melayu bengong yang sokong dan bela Chin Peng serta komunis...sepatutnya dia utamakan pembelaan terhadap janda-janda tentera dan polis yang dibunuh oleh komunis...bukannya sibuk membela si Cina pengganas itu...politik...apapun jom layan dulu lawatan aku ke sini... sengaja kami berpakat memakai baju seragam ke sini untuk lebih menghayati...lebih feelpintu masuk ke kawasan yang menempatkan terowong bawah tanah...
sedikit taklimat dari bekas pejuang komunis...menceritakan kehebatan perjuangan mereka melawan Amerika...model terowong bawah tanah yang dibina oleh pihak Vietcong...

cuba masuk...sesiapa yang rasa slim jer yang boleh cuba...jerangkap samar...terowong bawah tanah...sempit dan gelap gelemat...hanya cahaya dari kamera dan hand phone jer yang membantu...pemandu pelancong kami...dia kenalkan dirinya sebagai Mr. Lovely...asyik menerangkan berkenaan kawasan sekitar tempat ni...cara membuat kulit popia (rice paper) pun ada di sini...
di hujung lawatan kami,pihak pengurusan tempat ni telah menjamu ubi kayu rebus kepada semua pengunjung...ubi kayu rebus sememangnya adalah makanan mewah di waktu perang...
ianya menjadi nostalgia dan kenang-kenangan bagi semua orang yang pernah melalui saat-saat getir zaman peperangan...bagus betul la depa ni...kreatif...ubi kayu dicicah dengan gula yang digaul bersama kacang tanah goreng yang ditumbuk...sedap!minum pula dengan air teh kosong...kami pulun makan dan minum kerana lapar...siap minta tambah lagi...orang lain cuma rasa sikit-sikit buat syarat jer...kami bantai sungguh-sungguh...gerai cenderamata pun ada...dibuat dengan kelongsong peluru dan tin minuman...hajat hati nak beli sesuatu sebagai kenangan...tapi atas nasihat seseorang tak jadi beli untuk elakkan sebarang masalah di airport Malaysia sewaktu balik nanti... demikianlah lawatan kami ke sini...

ilalliqak...

Sunday, July 5, 2009

MENUJU HO CHI MINH CITY

Selepas melawat perkampungan orang Vietnam,kami meneruskan perjalanan menuju ke Ho Chi Minh City atau lebih dikenali dengan Saigon...perjalanan dari Can Tho ke Saigon mengambil masa empat(4) jam dengan menaiki van dan bas...
semasa dalam perjalanan terpaksa naik feri menyeberangi sungai...
feri depa ni ala-ala feri pulau pinang...boleh bawa kenderaan bagai...feri Langkawi bawa orang jer... feri sedang merapati jeti... teruskan perjalanan...lebuhraya bertol...tiada yang percuma di dunia,hatta di negara komunis sekalipun... berhenti rehat dan khidmat diri sebentar di bandar My Tho...jika sebelum ni kami menaiki van akan tetapi di sini kami bertukar menaiki bas yang di belakang aku tu untuk meneruskan perjalanan ke Saigon...Sesampai di Ho Chi Minh City(Saigon),kami mencari hotel untuk menginap...selepas mandi dan bersiap kami keluar mencari kedai makan halal untuk mengisi perut...atas cadangan rakan yang dah biasa dengan kota Saigon ni,maka kami ke restoran yang dikenali dengan nama Kedai Sulayman...dok pikiaq apa nak makan ni... antara menu yang terdapat di kedai ni... sup isi ketam atau sup cua dalam bahasa Vietnam...sup ikan...tak pasti ikan apa tapi seakan-akan ikan patin... makaroni seafood...aku punya...sedap yang amat...kalau sesiapa berkunjung ke kedai ni tolong ler cuba... nasi goreng seafood...sup kambing gaya Cham...kesedapannya hanya orang yang makan jer yang tahu... seperti biasa...kami bantai lincin liau...cerah menerang...cuci calat...mukhlisin(yang ni pinjam ayat Allahyarham Tan Sri P.Ramlee)...hehehe. tokey kedai (yang beserban tu) barangkali sedang mengira keuntungan bisneznya...hehehe... selepas kekenyangan,kami bersiar-siar sekitar bandaraya Saigon ni dengan menaiki teksi...pemandu teksi ni adalah kenalan rakan kami...beliau adalah cucu kepada tuan Imam Masjid India di Saigon ni...Municipal Theatre...Ho Chi Minh City Hall... penat jenjalan...balik ke hotel...tidur...esok pagi ada lagi program lawatan...

ilalliqak...

Saturday, June 20, 2009

RONDA-RONDA KAMPUNG VIETNAM.

Selepas melawat pasar terapung Cai Rang,kami dibawa melawat perkampungan orang Vietnam sambil melihat aktiviti kehidupan mereka...ternyata pihak pengendali urusan pelancongan di Vietnam bijak mengambil peluang memanupulasikan kehidupan di kampung sebagai produk pelancongan yang menarik terutama kepada pelancong Barat dan pelancong yang meminati budaya dan alam sekitar seperti aku ni...
jenjalan masuk kampung orang...tapi kami bukan ler macam kiasan rusa masuk kampung... suasana kampung dan rumah-rumah orang Vietnam...terletak di Delta Mekong,makanya di mana-mana jua kita akan dapati ada sungai yang berselirat...
cari siput...kalau masak sayur batang keladi ngan siput ni sedap sangat...makan pula ngan nasi ulam... jemerang jambatan kera(monkey bridge)...gelaran masyarakat tempatan untuk jambatan yang menyeberangi anak sungai...kemudian kami dibawa melawat kilang padi...hmm...kat Kedah pun belambak kilang padi...tapi seumur hidup aku, tak pernah pun pi melawat atau masuk kilang padi...hehehe padi dibawa dengan perahu dan bot untuk diproses di kilang ni... kuatnya...!!!beratnya...!!!

kami juga dibawa melawat kilang membuat bihun dan kotiau atau dikenali dengan vietnamese noodle dalam bahasa Inggeris...Vietnamese noodle memang lazat...sesiapa yang pernah makan kat secret recipe tentu faham kata-kata aku ni...vietnamese noodle yang telah siap untuk dipasarkan...industri kampung...kalau kat tempat kita macam IKS gitu...bersebelahan kilang ni terdapat kandang babi...barangkali sisa-sisa bihun dan kotiau yang rosak boleh dijamu kepada babi-babi ni...lihat ler anak-anak babi yang tomey-tomey tu...pink color lagi...hehehe...babi juga adalah makhluk Allah Subhanahu Wataala...ianya diciptakan oleh Allah dengan pelbagai hikmah...salah satu peranannya adalah memakan segala kotoran di bumi ini...macam ikan majlis bandaran yang kita bela dalam akuarium tu,kita bela untuk cuci dan bersihkan akuarium dari kotoran dan kumbahan ikan-ikan lain supaya akuarium sentiasa kelihatan bersih...babi pun Allah Taala cipta untuk tujuan seumpama itu juga...hanya manusia bodoh bengong jer yang jadikan ianya sebagai sumber protine...namun bahaya dan kesan daripada memakan babi diabaikan...sehingga kesaat ini satu persatu penyakit yang berpunca dari babi dikesan,namun manusia bodoh terus memakan juga makhluk Allah Taala terkotor ini...
di belakang kilang pula ada jamban...dibuat di atas kolam ikan peliharaan...najis yang dilepas akan menjadi santapan ikan-ikan di dalam kolam...hehehe...

ilalliqak...

Sunday, June 7, 2009

PASAR TERAPUNG CAI RANG

05-04-2009...awal-awal pagi lagi kami dengan penuh keterujaan telah bersiap untuk ke pasar terapung Cai Rang di bandar Can Tho ni...
menanti ketibaan bot untuk ke Cai Rang... bot-bot yang akan membawa para pelancong ke pasar terapung...dalam bot dah...
sebahagian bandar Can Tho dari atas bot di dalam sungai... kagum aku melihat pelbagai aktiviti jual-beli dilakukan di tengah-tengah sungai...pasar terapung di sini berlainan sedikit dengan pasar terapung di Damnoen Saduak,Thailand yang pernah aku lawati sebelum ini...pasar terapung di sini menjual barangan dengan skala yang lebih besar iaitu jualan secara pukal atau borong(wholesale) dan ada juga secara runcit manakala di Damnoen Saduak jualan secara runcit sahaja... kagum dengan semangat orang Vietnam mencari rezeki...rajin...berdikari...tekun meneruskan kelangsungan hidup mereka...kat Malaysia bagaimana?hmm...biasanya kerajaan yang akan dipersalahkan kalau kita hidup miskin dan melarat...!!!

ilalliqak...

Wednesday, June 3, 2009

KE CAN THO PULA

Selepas melawat perkampungan Cham di Chau Doc,kami ke bandar Can Tho pula dengan menaiki van yang disediakan oleh agensi.Perjalanan dari Chau Doc ke Can Tho(sebutan Kan Te)memakan masa dua (2) jam.Sesampai di hotel kami berehat-rehat sambil memikirkan apa yang kami harus lakukan pada petang tu sementara menanti program ke pasar terapung esok paginya...cadangan paling ekstrim adalah meninggalkan saja bandar Can Tho dan terus ke Ho Chi Minh City...cadangan tu ditolak...syukur...Selepas mandi dan bersiap-siap kami keluar jalan-jalan sekitar bandar Can Tho yang terletak di Delta Mekong ini...
jalan-jalan di tepi tebingan sungai... restoran @ bar atas kapal...beroperasi waktu malam jer...kami naik atas kapal ni sebab nak ambil tahu apa yang ada dalamnya...
arak yang dijeruk bersama pelbagai haiwan... arak bersama ular tedung sela...arak bersama kaki beruang...arak bersama ular tedung sela dan burung gut-gut...orang kapiaq ni makan dan minum macam-macam no...katanya semua ramuan ini untuk kekuatan tenaga batin kaum lelaki...hmm...nampaknya di mana-mana pun lelaki adalah kaum yang lemah sehingga memerlukan ini semua...hehehe.. santai-santai sambil minum teh bersama bayu petang...rokok tu abaikan...bukan aku punya... main dam vietnam lak...gadis-gadis Vietnam dengan pakaian kebangsaan mereka...bapa kemerdekaan Vietnam...Ho Chi Minh.selepas bersiar-siar di tepian sungai kami ke supermarket untuk membeli makanan...inilah antara makan yg sempat dibeli...mee maggi tu aku bawa dari Malaysia...kami dapat tidur lena tanpa rasa lapar...esok pagi nak bangun awal melawat pasar terapung pula...

ilalliqak...

Thursday, May 28, 2009

LAWATAN KE PERKAMPUNGAN ORANG CHAM

04-04-09...seawal 6.00am kami sudah bangun bersiap untuk meneruskan lawatan.Pada hari ni kami akan melawat perkampungan masyarakat Islam Cham dan melihat kehidupan mereka.Kami juga telah memesan kepada Mak Ngah untuk tapau nasi dan hantar ke hotel... awal-awal pagi lagi Pak Ngah telah sampai dari rumahnya ke hotel bersama nasi bungkus yang telah kami pesan itu...daging bakar,daging masak kicap ,telur,jeruk sayuran dan cabai melaka...yum yum yum...
jeruk sayur-sayuran...tipikal makanan Vietnam... daging bakar...sedap amat sangat...percayalah... pulun...sebenarnya nasi ni Mak Ngah sediakan untuk kami makan tengahari nanti sewaktu dalam perjalanan...tapi dek kerana lauk pauknya nampak sangat menggoda jiwa, aku tak dapat menahan nafsu makan lagi,pagi-pagi sebelum keluar hotel aku dah bantai... selepas makan nasi kami turun ke lobi untuk check out...di lobi kami dijamu roti dan kopi 'o' pula...sarapan termasuk dalam pakage kami...kenyang sampai ke malam ler nampaknya... kemudian kami gerak ke jeti menuju destinasi...life jacket disediakan... dalam perjalanan terserempak dengan bebudak sekolah sedang beraktiviti...semacam merentas desa gitu...ada ramai gak yang berkaki ayam atas tar... dah sampai pangkalan...di sudut sebelah kiri tu adalah perkampungan yang bakal kami lawati... bot kami bergerak meninggalkan pangkalan itu... rumah dalam bot dan perahu...jalan menuju ke perkampungan Cham Muslim...dah sampai...tidak jauh dari pangkalan... rumah-rumah orang Cham...rumah adalah syurga kita di dunia ini...biar macam mana sekalipun rupanya... pemandu pelancong sedang menceritakan paras air banjir mengikut tahun berlaku seperti yang ditandakan di tiang rumah tu...patut ler tiang rumah depa tinggi-tinggi...gadis Cham sedang menenun...kain yang telah siap ditenun...buatan tangan...halus...cantik...yang berminat pasti beli...berniaga di bawah rumah...rajin...Islam amat menggalakkan umatnya berniaga...tuntutan agama...fardhu kifayah... sebahagian pemandangan kampung... kuih untuk sarapan pagi...dijual di sepanjang jalan kampung...lebih kurang macam baulu...sayangnya aku terlupa nak tanya nama kuih ni...barangkali Anuar boleh tolong tanyakan isterinya...di mana ada umat Islam pasti ada masjid...alhamdulillah...

kubur depa...hmm...melawat sampai ke kubur no...ingat mati...cukuplah mati sebagai penasihat terbaik untuk diri kita...bahasa Melayu digunakan untuk tulisan di batu nisan...ada dalam rumi dan ada dalam jawi...bahasa Melayu mempunyai kedudukan yang tinggi sebagai 'bahasa agama' di kalangan masyarakat Cham...bagaimana pula kita menilai bahasa kita sendiri di Malaysia ni?tabik tok wan...anak cucu tumpang lalu...tok wan berehat-rehat sambil melihat gelagat para pelawat masuk kampungnya... selesai sudah aktiviti lawatan kami di Chau Doc...kami akan bergerak ke bandar lain pula...
ilalliqak...