Thursday, July 31, 2008

EKSPO RAKYAT

Bersempena Sambutan Jubli Emas Pemerintahan Tuanku Sultan Kedah,pelbagai acara diadakan bagi memeriahkan sambutan tersebut...salah satu daripadanya ialah Ekspo Rakyat yang diadakan di perkarangan Stadium Sultan Abdul Halim,Suka Menanti,Alor Star. Aku dan rakan2 sepejabat meluangkan masa ke situ semasa waktu rehat pejabat tempoh hari untuk mengambil tahu apa yang ada kat situ...

hmm...masa Umno dulu Motto Negeri ialah KEDAH GEMILANG, la ni di bawah PAS tukar kepada KEDAH SEJAHTERA pulak(huruf jawi warna hijau tu)...

time kami pi tu punya la panas...maklum la tengah2 rembang...orang tak ramai,petang baru ramai...aku dah pi sebelum ni lepas time kerja tapi manusia terlalu ramai,payah nak parking...tak jadi singgah...terus balik!
pintu masuk stadium tertutup...PINK COLOR lagi!!hehehe Antara gerai2 pameran yang ada di situ...

bila sampai kat gerai PDRM,aku tertarik ngan paparan dia orang...Elakkan diri dari menjadi mangsa ROGOL!!! Antara cadangan yang diberi ialah: 1)JANGAN BERPAKAIAN MENJOLOK MATA. 2)JANGAN BUAT AKSI SEKSI. 3)PAKAI PAKAIAN YANG SOPAN 4)SEPERTI DIA...!!!???hmm, apa komen korang? hehehe
anak buaya ni aku nampak kat gerai jual ikan hiasan..may be sebagai daya tarikan kot, aku pulak muatkan di sini bukan ada apa2 tujuan atau nak candek(kenakan) sesiapa!! hehehe
pameran ternakan kambing juga diadakan...Kerajaan Negeri Kedah Darul Aman bercadang untuk menjadikan Kedah sebagai negeri pengeluar kambing terbesar di Malaysia... semua kaum di Malaysia makan daging kambing... Alhamdulillah, bagus sangat hasrat tu! Semoga berjaya...amin. Bukannya macam sebuah negeri tu, ada ker patut Menteri Besar dia nak jadikan negeri dia pengeluar BABI terbesar di Asia Tenggara...!!! BENGONG!!!!

wow!!!,kereta pun depa ada jual jugak ka kat ekspo ni??!!
budak-budak oooiii...kecik2 hampa naik motor nie,besaq2 jangan hampa dok galak merempit sudah la!!!

jalan punya jalan...perut pun minta diisi, kami singgah makan nasi dengan lauknya macam di bawah ni
ikan ketuka dan ikan temenung bakar...ada sambal dicurah atasnya...
kerang bakar...
masak cabai siput retak seribu...

Tuesday, July 29, 2008

MEE SOTONG

Mee udang adalah antara makanan kegemaran aku. Kalo aku jalan2 tempat yang ada jual mee udang,tak sah kalo aku tak pesan sepinggan.Lepas makan mee udang barulah aku pesan makanan lain pula...matilah perut guni padi!!! Tapi mee sotong,ini lah pengalaman pertama aku makan...Laksa sotong aku pernah rasa kat simpang tiga Maklom, jalan nak ke Sg Puyu tu...Dalam N3 lepas ada cerita tentang mee udang. Dalam N3 ni aku nak citer pasal MEE SOTONG lak.Sedap sangat,tapi entah kenapa,pic yang aku ambik ni menampakkan seolah olah mee tu tak sedap langsung...entah lah...kena sumpahan kawan baik aku barangkali sbb tak hajak dia...oops!Lokasi kedai mee sotong ni kat food court dekat Fort Cornwallis,Penang(Padang Kota Lama).Oleh kerana penjual dia mamak,maka mee dia pun pastilah mamak's style...


tu dia...HAMEED 'PATA' katanyer...nama dah membayangkan penjual dia tu mamak totok(tulen)...(Melayu=HAMID....Mamak=HAMEED)...Hahaha...Matilah aku kena maki hamun ngan PAS...Persatuan Anakmamak Semalaya!!!!





perhatikan...ais kacang(ABC) dihidangkan dalam mangkuk dan camca tin kalis karat(stainless steel)...ayyo!!! Mamak sangat kan...






korang perhatikan sambal sotong yang dihiris hiris diatas mee tu...sedap sangat..aku pesan mee sotong rebus.korang tau tak,mamak ni masak cepat sangat...tak lama macam sesetengah kedai tu. punya nak cepat dan kalut, sampai dia tertumpah kuah mee sotong atas kasut aku. pastu dengan selamba jer dia tengok tanpa minta maaf apa2 pun...



ni pulak mee sotong goreng...kawan aku punya...aku cilok dia punya sikit untuk amik tau sedap ke tak...memang maveles!!! rasa marah akibat kuah tertumpah atas kasut hilang begitu saja...harga mee ni ikut suka mamak tu nak letakkan berapa sebab dia dah tulis kat papan iklan dia tu...HARGA RM3.50 HINGGA RM5.00... Hmmm...lain kali nak datang makan lagi lah kat sini!!!

Saturday, July 26, 2008

GERHANA MATAHARI


Untuk makluman semua,insya Allah pada 1 Ogos 2008 bersamaan 29 Rejab 1429 ni diramalkan akan berlaku gerhana matahari(solar eclipse)mulai jam 5.16 petang di negeri Kedah...di tempat2 lain aku tak tau la.Tetapi bukannya gerhana penuh,gerhana sebahagian sahaja. Sumber maklumat ni aku perolehi dari sahabat aku Haji Abdul Majid bin Haji Abdul Wahid As-Saadi.Dia adalah seorang ahli falak(astronomer)terkenal di negeri Kedah ni.Sangat pakar dalam ilmu fizik juga dan merupakan salah seorang ahli Persatuan Astronomy Antarabangsa.Mendapat pendidikan di USA.Dia juga terlibat secara langsung dalam membantu Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Kedah menyediakan takwim hijriah,menyediakan jadual waktu sembahyang,jadual imsak dan berbuka puasa,urusan mencerap hilal(anak bulan)dan lain-lain urusan yang berkenaan dengan ilmu falak(astronomy).
Aku sempat berbual-bual dengan dia membicarakan serba sedikit tentang gerhana matahari yang bakal berlaku itu.Menurut beliau semua ciptaan Allah di angkasa tidak statik,sebaliknya berdasarkan kajian saintifik,semua benda-benda yang dicipta oleh Allah itu bergerak di atas jalan atau landasannya tersendiri.Ini menepati seperti yang dinyatakan oleh Allah dalam Surah Yunus ayat 5 yang bermaksud:
"Dialah yang telah menjadikan matahari bersinar-sinar(terang benderang)dan bulan bercahaya dan Dialah yang telah menentukankan perjalanan tiap-tiap satu itu beredar pada tempat-tempat peredarannya masing-masing supaya kamu dapat mengetahui bilangan tahun dan kiraan masa.Allah tidak menjadikan semuanya itu melainkan dengan adanya faedah dan gunanya yang sebenar.Allah menjelaskan tanda-tanda kekuasaannya satu persatu bagi kaum yang berminat mahu mengetahui(hikmah sesuatu yang telah dijadikannya)"

Menariknya,matahari,bumi,bulan,bintang dan sebagainya itu bergerak dalam pusingan jam sama seperti tawaf mengelilingi kaabah di Baitullahilharam.Oleh kerana semua ini bergerak pada kelajuan dan jalan(orbit)yang tak sama,maka ada kalanya terjadilah keadaan di mana ketiga tiga objek(matahari,bulan dan bumi)berada dalam satu garisan dan yang tengah akan melindungi cahaya.Menurut beliau lagi,dalam hal gerhana matahari,bulan berada di tengah antara matahari dan bumi,maka terlindunglah cahaya matahari untuk sampai ke bumi dan gelaplah permukaan bumi.Inilah yang dinamakan gerhana matahari(solar eclipse).
Gerhana matahari ini tidak akan terjadi selain dari penghujung bulan qamari.Pada masa inilah berlakunya ijtimak antara matahari dan bulan.Dalam satu tahun gerhana matahari akan berlaku di dalam dunia ni tidak kurang dari 2(dua) kali dan tak akan lebih dari 3(tiga) kali.Maksudnya,kadang2 dalam setahun berlaku dua kali dan kadang2 dalam setahun berlaku tiga kali.
Satu perkara yang harus diberi perhatian ialah gerhana matahari mahupun gerhana bulan bukannya suatu kejadian yang terjadi tidak semena mena.Ianya terjadi berulang ulang sejak zaman dahulu kala lagi.Ianya bukanlah suatu kejadian pelik atau aneh,sebaliknya adalah merupakan kejadian biasa yang akan berlaku dari masa kesemasa.Pakar-pakar ahli falak dapat mengetahui tarikh akan berlaku gerhana di masa hadapan mengikut kiraan kiraan tertentu biarpun ratusan tahun lagi di masa hadapan.Kejadian gerhana ini tidak ada kena mengena dengan sebarang petanda buruk,malapetaka ataupun apa2 kepercayaan karut,khurafat atau yang tidak munasabah.Namun manusia sejak dahulu kala sering mengaitkan gerhana dengan pelbagai kepercayaan karut dan tidak wajar.Sebagai Muslim kita tidak harus terikut-ikut dengan kepercayaan seumpama ini kerana agama kita Islam amat menentang keras sebarang kepercayaan yang palsu,sesat,khurafat,tidak logik dan karut marut.

Sembahyang Sunat Gerhana Matahari
Gerhana matahari adalah merupakan tanda kekuasaan Allah yang menciptakan setiap kejadian dan peristiwa.Dalam Islam apabila berlaku gerhana matahari atau bulan kita digalakkan(disunatkan)melakukan solat sunat gerhana bulan di masjid secara berjamaah. Jumlah rakaatnya ialah dua rakaat tetapi istimewanya dalam setiap rakaat ada dua kali rukuk(sembahyang biasa satu kali rukuk saja).Maksudnya bila kita rukuk kemudian bangun iktidal kemudian rukuk pula kali kedua dan bangun iktidal kemudian baru lah sujud. sama juga dalam rakaat kedua nanti.Kemudian selesai sembahyang ada khutbah pula seperti sembahyang hari raya.Ini berdasarkan sabda Nabi Muhammad yang berbunyi:
"Dari Abu Bakrah R.A katanya:Pada suatu hari kami berada di sisi Rasulullah S.A.W lalu berlaku gerhana matahari;(melihat yang demikian)Rasulullah S.A.W pun bangun menyeret kain selempangnya hingga masuk ke masjid lalu mengerjakan sembahyang dua rakaat dengan menjadi imam kami sehinggalah habis kejadian gerhana matahari(setelah selesai sembahyang dan bedoa,baginda berkhutbah antara lain) baginda bersabda:"sesungguhnya matahari dan bulan adalah dari tanda2 kekuasaan Allah,kedua duanya tidak gerhana disebabkan kematian seseorang(sebagaimana yang disangka oleh kaum jahiliah);oleh itu,apabila kamu melihat(kejadian gerhana yang merupakan salah satu)tanda kekuasaan Allah,hendaklah kamu sembahyang dan berdoa sehingga selesai kejadian gerhana yang kamu hadapi itu."(Hadis riwayat Al Imam Al Bukhari).
Hadis tadi menerangkan bahawa orang Islam disyariatkan mengerjakan sembahyang gerhana.Oleh kerana secara kebetulan pada hari berlakunya gerhana matahari itu putera(anak lelaki) nabi kita yang bernama Ibrahim yang berusia setahun lapan bulan meninggal dunia,dan oleh kerana ada orang yang mengatakan berlakunya gerhana matahari pada hari itu disebabkan kematian anak lelaki Nabi iaitu Ibrahim,maka Rasulullah menolak dengan tegasnya kepercayaan itu dengan menegaskan dalam khutbahnya:"Bahawa matahari dan bulan tidak gerhana disebabkan kematian seseorang dan tidak juga kerana kelahiran seseorang".Ibrahim adalah anak Nabi Muhammad dengan Mariah Al Qibtiyah iatu seorang perempuan berbangsa Qibti(bangsa asal Mesir sama seperti bangsa para Firaun)beragama Kristian Coptic.Beliau memeluk Islam semasa berkahwin dengan Nabi Muhammad.
Baginda juga menegaskan bahawa matahari dan bulan hanyalah diantara makhluk2 yang diciptakan Allah,pencipta seluruh alam dan dialah menentukan peredarannya. Jelasnya apabila peredaran bumi dan bulan sampai pada satu peringkat yang tertentu,berlakulah gerhana matahari dan apabila sampai ke satu peringkat yang lain pula berlakulah gerhana bulan sebagaimana yang sedia diketahui dalam ilmu falak(astronomy).
Para ahli ilmu falak telah cuba mengkaji peristiwa gerhana matahariyang pernah berlaku pada hari kematian anak Nabi Muhammad iaitu yang bernama Ibrahim tersebut.Dengan kepakaran mereka dan bantuan pengiraan komputer pada zaman kini,mereka telah berjaya mengesan dan mengenal pasti bahawa peristiwa gerhana yang berlaku.

bersamaan dengan hari kematian Ibrahim itu ialah pada 27 Januari 632 masihi. Gerhana tersebut telah bermula dari jam 7.24 pagi dan gerhana penuh pada jam 8.37 pagi manakala berakhir pada jam 10.04pagi. Di Latitud 150 dan 20oU. Matahari di Madinah pada hari itu terlindung sebanyak 97 peratus.Gerhana pada hari tersebut bermula di Sudan dan melalui Semenanjung Arab dan berakhir di negeri China.
Itulah serba sedikit tentang gerhana matahari.Kepada sesiapa yang berminat untuk mengetahui dengan lebih lanjut lagi bolehlah menghubungi terus sahabat aku iaitu Tuan Haji Abdul Majid bin Abdul Wahid As-Saadi di talian 04-7338110(no hpn aku tak boleh beri...sorry).Beliau juga bersedia untuk mengajar ilmu falak kepada sesiapa sahaja yang betul2 berminat tidak kira Muslim atau Non Muslim dengan secara percuma. Diulangi yer...PERCUMA!!!Beliau telah beberapa kali menawarkan diri untuk mengajar dan memperturunkan ilmunya kepada aku,tapi kekangan waktu dan yang lebih utama lagi disebabkan matematik aku terlalu lemah aku hanya mampu mengucapkan terima kasih ja la pada dia....


PERHATIAN:Gerhana Bulan juga akan turut berlaku dalam bulan Ogos nanti iaitu pada tarikh 17 Ogos 2008 mulai jam 3.35 pagi sampai jam 6.44 pagi.

Thursday, July 24, 2008

PAGI YANG MENGGERAMKAN...

Jumaat: 18-Julai-2008
Masa : 9.30am
Lokasi: Rumah aku (Taman Kelisa Ria)

Bangun pagi...joging!

Mandi.

Bersiap untuk ke sarapan.

ALAMAK!!!KERETA TAK LEH START! ROSAK LA PULAK!!!

Call ayah minta dia bawa pomen...

Perut lapar sangat2 sbb malam tadi tak makan apa2...

Buka peti ais...apa pun tak dak! Ayam ada la... Maka terhasillah makanan
di bawah ini....


limau nipis(kasturi)

lada hitam(ditumbuk@dikatok2)
ayam(brand tu sekadar hiasan)

sediakan juga periuk pengukus(periuk ni aku beli kat makchik orang Pattani, Thailand)




Hasilnya...



Aku makan dengan penuh berahinya...untuk hilangkan rasa laparku...lepas makan berehat rehat sehinggalah ayah bagi tau aku upah baiki kereta RM600(ENAM RATUS HENGGETTTTT)...Kalo lah ayah aku bagi tau sebelum aku makan,nescaya ayam seenak yang aku masak tu harus aku tak lalu!!

mee udang part ii


hmm...tu dia, mee udang aku dah sampai...



malu-malu plak mak aku ni


bila dah sampai...apa lagi...ayah pun pulun lah dengan penuh berahinya...
Tok ooii...jangan la dok ralit kelaih udang tu ja...makan la mee tu sama...

nampaknya mak dan ayah dah kenyang tu...jom la beransur...
lepas kenyang makan kami pun pulang lah dengan penuh keriangan....hehehe otw pulang singgah snap pic sawpad(istilah abang beruangmadu)yang sedang dituai oleh jentuai...

korang nampak tak jentuai sedang bekerja di tengah sawah padi tu???
lokasi sawah padi ni kat Kg.Permatang Pasir(kampung Dato' K)



Wednesday, July 23, 2008

MEE UDANG LAGI

Sabtu lepas mak & ayah aku ajak pi pekena mee udang kat Pulau Sayak nun... Aku ni selalu jer sibuk.Jarang dapat bawa depa pi bejalan...Lebih kurang pukul 5pm kami bertolak lah ke destinasi yang ditetapkan,namun sampai dipertengahan jalan otw nak pi Pulau Sayak tu aku nampak ada satu kedai jual mee udang. Actly kedai tu aku pernah pi makan cuma lokasi dia dah beralih ke seberang sebelah kiri jalan...tak jadi pi Pulau Sayak,kami makan kat kedai tu ja...

Ni bukan Kedai Pak Ngah Mee Udang kat Sg dua tu ek..nama ja sama, lokasi lain.

Sampai jer mak,ayah dan tok(nenek) aku terus celapak masuk kat anjung tepi sungai. Angin kat situ bertiup sepoi2 bahasa...sedap dan ralit jer rasanya
Sebenarnya kedai ni tepi tebing Sungai Muda,lokasi nya tepi jalan antara Kg. Alor Jawi dan pekan Kota Kuala Muda.

Pondok tempat nelayan dan peraih ikan berehat...bestnya kalo dapat tido kat situ.

Tebing seberang sebelah sana sungai tu adalah Daerah Seberang Perai Utara, Pulau Pinang...Sg Muda menjadi sempadan antara negeri Kedah Darul Aman dan Pulau Pinang...

Kat situ juga ada aktiviti menternak ikan siakap dalam sangkar














Jalan punya jalan sambil ambil gambar lupa mee udang dah sampai...jumpa dalam n3 berikutnya...

ilalliqak...