Thursday, October 30, 2008

SUP GAMAT

Seperti yang dijanjikan dalam N3 bertajuk 'Kerabu Bronok' yang lalu,dalam N3 kali ni aku akan paparkan satu lagi makanan istimewa dan exotic penduduk-penduduk Langkawi ni iaitu sup gamat.Baru-baru ni aku sempat merasa sup gamat buat pertama kali dalam hidup aku di Kota Mahsuri (kampung Mahsuri).Sebelum aku tunjukkan rupa sup gamat tu,moleklah kiranya kita lihat dulu rupa gamat di habitatnya iaitu dalam laut.Gamat dan bronok adalah dua jenis hidupan laut yang banyak terdapat di persekitaran Pulau Langkawi ni...




inilah rupa gamat yang masih hidup di dalam laut...

ini pula rupa gamat yang telah dikeringkan untuk tujuan perubatan tradisional Melayu...pelbagai jenis ubatan tradisi dapat dihasilkan daripada gamat seperti air gamat untuk luka2 dalaman tubuh,lelah atau penat...minyak gamat pula untuk luka2 luar tubuh dan sebagai minyak urutan...balm gamat untuk sapuan dikulit dan lain-lain lagi... tu dia...sup gamat yang diminta dah sampai...harga dia boleh tahan la jugak mahainya...semangkok rm5...tapi khasiatnya...hmm...hanya orang yg makan jer yang tahu...hehehe!

hmm...yum yum....sedapnya...!!!ada sesiapa nak cuba...???jom kita pi pekena kat sini...jom lar!!!

Sunday, October 26, 2008

MUZIUM KOTA KAYANG

Salah satu tempat yang paling aku suka lawati ialah muzium...Kalau aku jalan ke mana-mana pun tak kira dalam ataupun luar negara,muzium adalah salah satu destinasi yang aku pasti kunjungi.Banyak perkara yg dapat kita pelajari di dalam muzium terutama bagi mereka yg mencintai sejarah...Generasi sekarang kurang jati diri dan lemah semangat kebangsaan dan patriotisme kerana kebanyakkan daripada mereka tidak minat bahkan benci pelajaran sejarah, walhal belajar sejarah adalah sebahagian kewajiban dalam agama secara fardhu kifayah...kalau tak, masakan Allah Taala mengungkapkan pelbagai cerita umat-umat terdahulu di dalam Al Quran untuk dijadikan iktibar dan peringatan kepada kita sepanjang zaman...tetapi seperti biasa,...manusia sentiasa tidak pernah mahu belajar dari sejarah dan akhirnya mereka mengulangi kesilapan datok nenek mereka terdahulu...
Baru-baru ni sementara menanti feri untuk pulang ke Langkawi,aku sempat mengunjungi Muzium Kota Kayang yg terletak lebih kurang 6km dari jeti Kuala Perlis.Kota Kayang ialah sebuah kota yang telah dibina oleh Sultan Kedah yg ke 15 iaitu Sultan Dhiauddin Al Mukarram Syah I (1661-1687) sebagai ibu negeri Kedah Darul Aman.Pada waktu itu,Perlis adalah sebahagian dari negeri Kedah Darul Aman.Jom kita lihat sebahagian gambar muzium berkenaan yg sempat aku rakamkan dalam waktu yang terhad...




hadapan muzium...pintu masuk muzium...



sebahagian bahan pameran kat muzium ni...yg banyak lagi tu kalau nak tau kena mai lawat sendiri...

Thursday, October 23, 2008

HAH!!! APA DAH JADI NI???

Pada hari Ahad lepas aku pulang ke tanah besar kerana ada urusan di Penjara Pokok Sena,Kedah.Sebaik saja selesai urusan di penjara aku terus pulang ke rumah di Taman Kelisa Ria,Sungai Petani.Sebaik jer sampai ke rumah aku terkejut dan terkedu!!!! Halaman rumah aku dah jadi hutan rimba ala-ala hutan dara Taman Negara kat Pahang nun...Korang lihatlah sendiri!!!
laman di tepi rumah...ini di belakang rumah...entah macam mana la pulak tetiba ada pokok rozell hidup subur cenggitu!!! wah! bila masa pula ada kawasan berpaya dalam laman aku ni...ini pula pemandangan di depan rumah...Nazz...pi la tolong bersihkan rumah aku...nanti aku upah makan kerabu bronok dan sup gamat!!!tu dia....anak pokok anggur aku...dah membesar dan subur walaupun berjauhan ngan tuannya...tak sangka no!!! Terima kasih kepada Pak Tam yg bagi biji benih anggur ni untuk aku semai....Lepas ni aku akan jadi tokey anggur la pulak...boleh eksport ke Peranchis!!!

Wednesday, October 22, 2008

AWANA PORTO MALAI

Pagi tadi telah diadakan Persidangan Bagi Sistem Perakaunan Berkomputer Standard Kerajaan Negeri (SPEKS) di Awana Porto Malai,Tanjung Malai,Langkawi.Aku telah menghadiri majlis perasmian persidangan tersebut sebagai tetamu jemputan.Awana Porto Malai ni adalah merupakan hotel yg dibina di tepi laut yg sangat cantik pemandangannya lagi mententeramkan jiwa.Pengurusannya adalah sama dengan Awana Kijal di Trengganu tu...Selain Pantai Tg. Rhu,Awana Porto Malai ni adalah antara tempat kesukaan aku untuk mencari kedamaian dan ketenangan hati serta perasaan...jom layan!
bangunan pentadbiran dan pengurusan hotel ni...laluan masuk...lobi hotel... bilik-bilik penginapan di bahagian atas...kalau dapat santai kat balkoni tu kan best...syoknya kalau dapat bermalas-malasan atas kerusi menyuloq tu!!!
sambil lihat dan perhatikan laut dan pulau-pulau...hmmmm...damainya!kemudahan untuk rekreasi juga turut disediakan...lain-lain kemudahan dan perkhidmatan yg tersedia...mini marina pun ada di sini...
nak balik Taman Kelisa Ria,Sungai Petani berapa km yer????