Wednesday, July 22, 2009

HARI TERAKHIR DI VIETNAM

Pada hari terakhir di Vietnam kami telah berkunjung ke salah sebuah penempatan masyarakat Islam Vietnam yang rata-rata berbangsa Cham,terletak di persekitaran Masjid Jamiul Anwar...
di masjid ini juga terdapat sebuah sekolah pengajian Islam yang dinamakan Madrasah Al-Nur...semoga Nur Islam akan terus menyinari masyarakat di sini...amin...berbual-bual dengan sebahagian penduduk di penempatan ini...ada yang boleh berbahasa Melayu dengan pelat Vietnam... di mana ada masjid biasanya akan kedapatan gerai atau kedai makanan halal yang berdekatan dengannya...Vietnamese noodle lagi...kemudian kami berziarah ke sebuah lagi penempatan Muslim berdekatan surau Jamiul Mubarak...bersilaturrahim sesama Islam...suatu ibadah dan merupakan tuntutan agama...tapi heran juga dengan sebahagian orang Islam yang sengaja mencipta seribu satu alasan dan justifikasi untuk tidak mahu berbaik-baik dengan sesama Muslim...dengan orang kafir boleh pulak...heran bin ajaib... bersama qari yang pernah mewakili Vietnam di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur pada tahun 2008...kemudian kami ke Cho Ben Thanh @ Pasar Ben Thanh...Cho=pasar...pasar ni menjual segala macam jenis barang...bak kata orang tua-tua,mak dan ayah jer yang tak dak dijual di sini...lain semua ada...pakaian,makanan,cenderamata,perhiasan dan pelbagai benda lagi lah...ianya menjadi destinasi wajib pelancong yang datang ke Saigon ni...kalau tak ke sini ibarat belum sampai ke Saigon la gamaknya...sebagai peminat kopi,aku tak ketinggalan membeli kopi Vietnam untuk dibawa pulang...kopi Vietnam sedap dan wangi...bila dibancuh ianya tidak terlalu hitam pekat tapi rasanya keras...selepas berjalan ke sana sini di kota Saigon ni,kami singgah solat zohor dan asar secara jamak taakhir di Masjid Musulmane...masjid ini dibina oleh orang India Muslim yang berhijrah untuk menjalankan perniagaan di kota ini... CARI=KARI...ANDO=INDIA...CARI ANDO=KARI INDIA...hehehe... nasi dengan kari kambing...makanan terakhir di Vietnam sebelum bertolak balik ke Malaysia... bergambar bersama seorang muallafah berbangsa Peranchis yang singgah solat dan makan di masjid ini...bersuamikan orang Vietnam yang juga seorang muallaf...beliau dalam pengembaraan untuk mencari bahan bagi menyiapkan bukunya tentang Islam dan umat Islam...meninggalkan masjid untuk menuju ke lapangan terbang... kalau tak delayed bukannya Air Asia...sabor jer ler...nasib baik ada Air Asia,kalau tak jangan harap la orang marhaen macam aku ni nak merasa ke luar negara...
Sekianlah...tamat!

Wednesday, July 15, 2009

WAR REMNANTS MUSEUM

Selepas melawat Chu Chi Tunnel kami bertolak balik ke bandaraya Saigon yang terletak kira-kira 70km ke selatan.Van memberhentikan kami betul-betul di hadapan War Remnants Museum yang merupakan muzium peringatan perang antara Vietcong dengan Amerika suatu ketika dahulu.Jom lihat apa yang ada di muzium ni...

tiada sebarang bayaran dikenakan untuk masuk ke sini... kelengkapan perang Amerika yang dirampas...cenderamata Amerika untuk rakyat Vietnam...selepas beberapa ketika berada di muzium ni,perut kami mula berkeroncong minta diisi... maklum ler,cuma ubi kayu rebus jer yang dimakan hari ni...kami pun bergegas mencari kedai makan halal...sekali lagi kami mengunjungi Kedai Sulayman dengan menaiki teksi...
Kedai Sulayman terletak tidak jauh dari masjid ini...kami singgah solat zuhur dan asar secara jamak taakhir dulu sebelum makan... sampai di Kedai Sulayman kami ternampak kakak ni sedang berniaga cucur udang dan popia versi Vietnam di tepi kaki lima kedai tersebut...kami pesan sepinggan untuk makan dalam Kedai Sulayman...dimasak dalam acuan macam kita buat kuih cara kat Malaysia... cucur udang ni dimakan bersama sos cili dan ditabur daun kemangi...orang Vietnam memang gemar makan daun kemangi sebagai ulam... hmmm...asyiknya makan... popia Vietnam...kalau di Malaysia aku lebih suka popia basah...popia di sini memang sesuai dengan selera aku...kuah dia pun sedap...nampak tak udang dalam popia tu?lazat...sup kambing...dimakan bersama sayuran dan ulaman...boleh dimakan mentah atau dicelur dalam kuah sup tu...sangat sedap... kangkong goreng...telur dadar... rendang kambing...nasi putih...seperti biasa...

ilalliqak...