Monday, December 15, 2008

LAWATAN KE PIRAMID DI GIZA

Pada hari kedua di Mesir iaitu pada 25 Nov 2008 kami telah dibawa oleh al akh Hassan Hj Noh melawat piramid di Giza.Piramid di Giza adalah tarikan paling popular kerana jaraknya hanya kira-kira 25 kilometer saja dari kota raya Kaherah yang dianggarkan didiami oleh kira-kira 22 juta penduduk itu.Melawat piramid adalah menjadi cita-cita aku sejak sekian lama.

Kelihatan di belakang aku tu tiga(3) buah piramid iaitu Kufu( خوفو ), Khafre(خفرع ) dan Menkaure ( منخرع).Piramid adalah makam untuk para firaun(raja) yang memerintah Mesir purba.Piramid yang paling agung ialah Piramid Kufu iaitu yang paling kiri dalam gambar di atas,tetapi nampak lebih kecil kerana terletak lebih jauh dan di tempat yg lebih rendah.Adapun yang di tengah tu ialah Piramid Khafre manakala paling kanan adalah Piramid Menkaure.kelima-lima ahli rombongan kami dari Malaysia....

di hujung tangan aku tu ialah Piramid Khafre... Piramid yang terbesar iaitu Piramid Kufu yang siap dibina sekitar tahun 2580 SM.Arkitek piramid ni ialah Hemon,saudara lelaki Kufu.Firaun Kufu memerintah Mesir pada tahun 2606 SM hingga tahun 2583 SM.sampai juga aku ke satu-satunya dari 7(tujuh) benda ajaib di dunia yang masih wujud hingga ke hari ini.Adapun 6(enam) lagi telah musnah iaitu:
1-Taman Tergantung Babylon.
2-Berhala Zeus di Olympia.
3-Kuil Artemis.
4-Makam Maussollos.
5-Patung Raksaksa Rhodes. 6-Rumah Api Iskandariah.aku sentuh dan raba piramid ni...memang benar-benar aku berada di kaki Piramid Kufu ni...bukan mimpi!!!
tahun lepas aku berpenat lelah memanjat Tembok Besar China,tahun ni aku berpenat lelah mendaki piramid pula...alhamdulillah!

perhatikan batu-batu bongkah seberat 1 tan setiap satu disusun sebegitu rupa...takjubnya aku!!! Para pelancong mengambil kesempatan bersantai sambil bergambar di atas piramid tu... untuk menambah pengalaman,aku cuba menaiki unta yg terdapat tidak jauh dari piramid tu dengan bayaran 10 pounds=rm6.50...
semasa unta tu nak berdiri aku rasa macam nak tertomoih...sempat la juga bertakbir Allahu Akbar dua tiga kali...cuak aku dibuatnya...aku dan khadam aku...Suwailim si khadam bertopi merah yang sentiasa tersenyum manis melayan karenah aku menaiki unta... pengalaman pertama kali menaiki unta... syok!!!
aku ingat nak beli ler sekoq unta dan bawa balik Langkawi...boleh buat meniaga...sapa-sapa nak naik unta,bayar kat aku rm10.00 seminit...pokcik kaya!!!!...malangnya tak mendapat kelulusan Jabatan Haiwan Mesir...
ada juga pondok tourism police... terdapat juga gerai-gerai cenderamata untuk pelancong...
hmm... sesuatu sangat depa ni...
piramid kami tinggalkan dengan seribu satu macam iktibar...Allah sengaja kekalkan warisan firaun untuk kita sama-sama kita tatapi dan fikirkan tentang nasib yang menimpa kaum yang menderhakai Allah dan kufur tidak tahu bersyukur...Allahu Akbar!

20 comments:

Zuer said...

ermmm teringat citer the Mummy.....hehhehe

Ishan_Qureshi said...

Salam ADIE BHAIYYA,

Arre bhaiyya...bohot-bohot happy ho tum...! Bestnya jadi pegawai tinggi mcm abg ni...asyik melancong je kan! Takde buah tangan dari Mesir ke..huhu! Kot-kot la nak hadiahkan piramid giza sebijik...takde pun...huhuhu! ISH ni entah bila la boleh pi melancong. Asyik terperap dlm stor je. Nak buat camne kan, sekolah tak tinggi...dpt jadi jaga stor pun syukur alhamdulillah. Nak pi Mesir tak mampu...so, cuma dpt imagine yang dinding-dinding stor tu adalah dinding-dinding piramid. Huhuhu...sadisnya hati ini:-(

rosesNtheboyz said...

salaam

bestnya... entah bilalah saya nak dapat pi ke sana...

apa apa pun... kalau senang mai singgah kat umah saya

www.cabai-kering.blogspot.com

wassalam...

kak ja said...

Nak piiii!!! Nak piiiii!!!!

DarcyDiaries said...

Heheh...
happening...jalan aja! ;-)

arsaili said...

salam,,,wahhhh tak abis lagi tour..seronok sey

Aleeza Zaily said...

errr... tangan tu, mmg tangan hang ker? scary siot! sooo hairy... {jangan marah ha... nanti kena juai}

daela said...

ya ALLAH...seronoknya...daela tau bertapa seronoknya....hiks...bestnya...bilalah nak p sana nih??haiz...belom ada rezeki nmpknya..

adie-ishmael said...

zuer=tu la...best...pi la sana.

ishan=tu la...mak hantar pi mengaji dulu tu,cheq tuang sekolah pi terebey burung chak tuli...rasakan,jadi penjaga store jer la ishan..hahaha...kekwatnya!!!

rosesntheboyz=selamat datang ke umah saya...saya pun dah lawat umah awak.

kak ja=bila kakja nak pi?...bg tau ya.

darcydiaries=ada la cikit2 jer...

aleeza zaily=tangan aku la...nak buat macam mana...dah species berbulu...oooops.

daela=jom kita pi lagi,ada banyak lagi tempat2 yg tak sempat pi lawat ...

adie-ishmael said...

arsaili=salam...nak habiskan cuti tahun...heheheh. tahun depan jalan lagi,insya Allah...dah ada dalam list tempat2 yg akan dikunjungi...hehehe

Casper a.k.a wifee en.atan said...

erkk adie...
tangan sapa yg berbulu itu??

lariiiiiiiiiiiiiiii

daela said...

abang adie...nk...ikkkkuuutttttt....dengarlah jeritan hati ini...hiks!!!!

cae said...

ni lah yg i suka baca ur entry.. penuh dengan pic n byk ilmu dr blog ni.. tima kasih.. i pun akan buat menda yg sama... rasa dan pegang batu kat piramid tuh.. tp idak ler meraba2... meraba2 dlm gelap aje... teringin nak g jugak.. cuaca dia panas kering ke bro?

adie-ishmael said...

casper=tangan aku ler...tangan orang jantan,biasa ler ada bulu panjang sikit dari bulu tangan korang orang pompuan...eh,orang pompuan ada ker bulu tangan?

daela=lain kali pi sana abang bawa daela sama,kay...

cae=meraba apa la gamaknya dalam gelap tu ya...hehehe.cuaca masa pi itu hari musim sejuk...so,tak ler rasa panas sangat...kat piramid tu rasa macam kat malaysia jer suhunya...tapi pagi and petang agak sejuk...malam lagi ler...seminggu tu mandi sekali jer,air paip dia sejuk macam ais...tapi tak berbau busuk...cuaca sejuk kering...

arsaili said...

Salam Maal Hijrah, May Allah crown us with the best of iman, health, wealth and peace of mind in the New Year.
# busy ker bro tak update nih

adie-ishmael said...

salam tahun baru hijrah juga buat arsaili...memang bz...nak bernafas pun tak sempat...

N.M.Ibrahim said...

waaa...bilalah den nak merasa pegang piramid ni...

Ishan_Qureshi said...

Adaab ADIE bhaiyya,

Naya saal mubarak (hepi niew yier)!
मेरे दिल की यह दुआ है कभी दूर तू न जाए...! Mere dil ki yeh dua hai kabhi dur tu na jaaye...!

jordan shoes said...

cool blog

maicher said...

After reading the information, I may have different views, but I do think this is good BLOG!
runescape powerleveling