Tuesday, April 14, 2009

ISTANA RAJA NORODOM SIHAMONI

Pada hari kedua di Phnom Penh kami telah melawat istana Raja Kemboja yang bernama Norodom Sihamoni. Preah Borom Reach Vang Chatomuk Mongkul atau The Royal Palace in Phnom Penh dibina asalnya pada tahun 1434.Ianya dibangunkan semula pada tahun 1866.Istana ini berkeluasan 435x421 meter persegi...
di hadapan pavilion tempat raja berdiri pada hari kebesaran atau upacara rasmi... di kebanyakan ibu negara dalam dunia ni ada satu kawasan tumpuan umum lapang yang merpati akan bertandang menyerikan kawasan tersebut sambil makan bijirin yang ditabur pelancong...senario ni ada tak kat Dataran Merdeka,Kuala Lumpur?kalau ada bagus...kalau tiada,kenapa tidak cuba diwujudkan... pengawal pintu istana...alamak! ketotnya dia... biarlah aku yang bertubuh sasa ni yang mengambil alih tugas mengawal istana...tak payah pakai senapang pun orang jahat dah kecut...hehehe. sila baca dulu ya...nanti kena potong kepala tak leh balik Malaysia...pakaian gundik raja... Ahad kena pakai color merah,Isnin oren,Selasa ungu dan begitulah selanjutnya...tempat simpan abu mayat raja yg dah mati...berhala lembu ni pernah dicuri oleh Kerajaan Siam...tapi diambil balik oleh Kerajaan Kemboja...Raja Kemboja sekarang...Preah Karuna Preah Bat Samdech Preah Baromneath Norodom Sihamoni Nai Preah Reacheanachakr Kampuchea yang maksudnya Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni Raja Pemerintah Kerajaan Kemboja...Norodom Sihamoni diputerakan pada 14 Mei 1953. Beliau adalah putera sulung Raja Norodom Sihanouk dan Permaisuri Norodom Monineath.Beliau dinamakan Sihamoni hasil gabungan nama ayahnya Sihanouk dan ibunya Monineath.Menggantikan ayahandanya menjadi raja setelah Sihanouk turun tahta.Masih bujang...Kemboja dulu adalah sebahagian dari Empayar Khmer...perhatikan Kerajaan Melayu Champa dalam peta tu...ianya hancur musnah kerana perpecahan,perebutan kuasa dan wujudnya penderhaka sebangsa yang sanggup bekerja sama dengan bangsa asing Daiviet(Vietnam) di utara untuk menakluk negeri sendiri...akhirnya Champa runtuh dan bangsa Vietnam menguasai Champa...kita harus belajar sesuatu dari episod sedih bangsa Melayu Champa itu...

16 comments:

Anonymous said...

hahaahah...
dah agak abg adie mesti buat posting pertapaan lagi.. kali ni pertapaan dalam bilik guard..

adalah bang tmpt merpati banyak ni kat kl.. kat batu caves..
baru gi minggu lepas..


-lin-

zizan said...

memanng cantik kan istana ni. banyak eleman diperbuat dari emas dan perak...lantai kat dalam tu dibuat dari perak/aluminium....

daela said...

amboi abg adie...beria2 baring kat atas tilam tu yer...???tu tilam KHAS tuk raja2 sana ker???

Anonymous said...

yeke.. mesti cantik sangat...
kat luar pun dah nampk ciri kekayaan nya.. berbalut emas...
rekaan senibina luar amat cantik.. amat tradi... kalo buat replika istana ni sebgai kraftangan mesti ramai beli .. compare kalo magnetic kat peti ais je..

lantai pun perak...apatah lagi bumbung nye..

-lin-

PUTUBAMBU said...

uish...jauh perjalanan tu..

dapat awek kemboja tak? hehhee...

N.M.Ibrahim said...

adie...seronoknye dpt jalan-jalan kenal negara org ni...

hai ada hati ye nak jadi pengawal istana tu..before apply kerja tu, pastikan belajar cakap kemboja dulu ye...

tu yg kuning2 kat istana tu...emas ke..kalau emas..kayenye raja depa..

Anonymous said...

IK - salam adie,

selamat kembali saya titipkan kepada kamu... penceritaan, penjelajahan, explorasi fisikal dan mental kamu... adunan dan terjemahan kamu membuatkan saya terpanggil untuk menyusuri halaman blog yang ada sejuta satu rasa.

kemboja, jika dilihat dari pandangan kasar, hanyalah sebuah negara yang masih lagi menyusun matlamat dan visi negara. dari pemerhatian saya dan penjelahan kamu, dilihat dari aspek budaya masyarakat tempatan, terdapat persamaan yang ketara dari aspek senibina sesebuah bangunan. Ciri-ciri kemewahan dimasukkan bagi mencerminkan kebesaran dan kekayaan.

adie, saya yakin, bagi setiap penceritaan kamu penuh dengan makna, sepertimana maksud sekeping foto yang ada sejuta rasa dan makna.

bila mana terlihat burung2 merpati, memori terimbas ketika memberi gandum kpd burung2 merpati semasa berada di satu tempat yang suci.

lin, ada satu tempat di mana saya tenang melihat burung2 merpati... jannat al-Baqi.

sampai ketemu lagi (voyez-vous bientôt) faites attention (jaga diri)teruskan penceritaan kamu.. saya suka..

saudara adie (bagi renungan bersama)

Barangsiapa dalam urusan keduniaan memandang kepada orang-orang yang lebih rendah, dan dalam urusan agama memandang kepada yang lebih tinggi, maka dia tergolong bersama orang-orang yang sabar dan bersyukur.

amin.

IK

adie-ishmael said...

Lin=posing sikit2 ja...ada ek... tapi tak nak pi batu cave...busukkkkkkkk

zizan=yup...cantik...orang dulu2 memang berseni bila buat bangunan...orang sekarang hanya memberi pertmbangan kewpada cost jer...

daela=nak mati!!!...tu bukan tilam raja la...tilam tu adalah tilam hamba abdi kot...heheheh...

putu=aku taste awek Melayu jer Putu...hehehe...

nm ibrahim=pengawal tak perlu cakap...perlu kegagahan jer...hehehe...emas ker? saya tak pikir bgitu kot...

Ik=terima kasih IK...merci!

Anonymous said...

wah... begitu hebat ulasan dari IK... anda benar-benar meniat isejarah...

mane gambo lagi... nak buat conclusion to this place sebb nak booking tiket fligh... takde lah bang.. gurau je...

IK.. jannat al-Baqi?...
ya allah .. teringin sangat ke tempt itu.. dan mengerjakan umrah...jom buat umrah trip?

batu caves mmg busuk... gi lah pagi-pagi.. taklah busuk sgt.. tapi kalo tengahari ..mmg lah dh start macam2 bau ada.. beruk pun adaaaaaaaaaa.... takutttttttttttttt...

-lin-

Casper a.k.a wifee en.atan said...

best nya adiee.

aku nak bg cadangan..apa kata lepas habih n3 kemboja trip ni..hang buat lak satu list baper kos perbelanjaan ke sana. Senang la nak buat reference

Anonymous said...

betul kak...
setuju..setuju..setuju..

manggis boy said...

ik - SAYA TELAH MEMBALAS E-MAIL ANDA

DarcyDiaries said...

Hi..
duk baring2 atas katil, pastuh ambik gambaq ngan gundik2 yan colourful..

Kang nanti ada yang mai "ikut balik" ke Langkawi...hhiiiiiiiiiiIIiiiee (gelak pontianak skit..)

Nice pics..

cae said...

cantik gambar2 tu..
uish!! nama depa pjg betul..
patutnya.. yg berdua tu jadi pengawal.. hehehe..

adie-ishmael said...

casper=nanti aku try buatkan untuk tatapan hang

darcy=ada baca2 dulu sebelum baring tuh...

cae=kan...makasih

shazali said...

baru terperasan...

"biarlah aku yang bertubuh sasa ni yang mengambil alih tugas mengawal istana...tak payah pakai senapang pun orang jahat dah kecut...hehehe"



larriiikkkkkk !!!!!! :)