Wednesday, July 22, 2009

HARI TERAKHIR DI VIETNAM

Pada hari terakhir di Vietnam kami telah berkunjung ke salah sebuah penempatan masyarakat Islam Vietnam yang rata-rata berbangsa Cham,terletak di persekitaran Masjid Jamiul Anwar...
di masjid ini juga terdapat sebuah sekolah pengajian Islam yang dinamakan Madrasah Al-Nur...semoga Nur Islam akan terus menyinari masyarakat di sini...amin...berbual-bual dengan sebahagian penduduk di penempatan ini...ada yang boleh berbahasa Melayu dengan pelat Vietnam... di mana ada masjid biasanya akan kedapatan gerai atau kedai makanan halal yang berdekatan dengannya...Vietnamese noodle lagi...kemudian kami berziarah ke sebuah lagi penempatan Muslim berdekatan surau Jamiul Mubarak...bersilaturrahim sesama Islam...suatu ibadah dan merupakan tuntutan agama...tapi heran juga dengan sebahagian orang Islam yang sengaja mencipta seribu satu alasan dan justifikasi untuk tidak mahu berbaik-baik dengan sesama Muslim...dengan orang kafir boleh pulak...heran bin ajaib... bersama qari yang pernah mewakili Vietnam di Majlis Tilawah Al-Quran Peringkat Antarabangsa di Kuala Lumpur pada tahun 2008...kemudian kami ke Cho Ben Thanh @ Pasar Ben Thanh...Cho=pasar...pasar ni menjual segala macam jenis barang...bak kata orang tua-tua,mak dan ayah jer yang tak dak dijual di sini...lain semua ada...pakaian,makanan,cenderamata,perhiasan dan pelbagai benda lagi lah...ianya menjadi destinasi wajib pelancong yang datang ke Saigon ni...kalau tak ke sini ibarat belum sampai ke Saigon la gamaknya...sebagai peminat kopi,aku tak ketinggalan membeli kopi Vietnam untuk dibawa pulang...kopi Vietnam sedap dan wangi...bila dibancuh ianya tidak terlalu hitam pekat tapi rasanya keras...selepas berjalan ke sana sini di kota Saigon ni,kami singgah solat zohor dan asar secara jamak taakhir di Masjid Musulmane...masjid ini dibina oleh orang India Muslim yang berhijrah untuk menjalankan perniagaan di kota ini... CARI=KARI...ANDO=INDIA...CARI ANDO=KARI INDIA...hehehe... nasi dengan kari kambing...makanan terakhir di Vietnam sebelum bertolak balik ke Malaysia... bergambar bersama seorang muallafah berbangsa Peranchis yang singgah solat dan makan di masjid ini...bersuamikan orang Vietnam yang juga seorang muallaf...beliau dalam pengembaraan untuk mencari bahan bagi menyiapkan bukunya tentang Islam dan umat Islam...meninggalkan masjid untuk menuju ke lapangan terbang... kalau tak delayed bukannya Air Asia...sabor jer ler...nasib baik ada Air Asia,kalau tak jangan harap la orang marhaen macam aku ni nak merasa ke luar negara...
Sekianlah...tamat!

10 comments:

arsaili said...

salam..wahhh seronok berjalan ni..mencipta seribu pengalaman baru....

Anonymous said...

Next trip ke mana????

PINATBATE said...

yer lah..lepas ni nak gi mana pulak..?

walaupun ada Air Asia..belum merasa jugak orang marhaen macam daku menengok negara orang...

shazali said...

very nice journey.

i hope one day i'll feel the experience...that money can't buy.

:)

(so notty aa?)

adie-ishmael said...

Arsaili=salam...berjalan melihat tempat orang...sambil belajar erti kesyukuran kerana dilahirkan di Malaysia...

Anonymous=Insya Allah...ke tempat yang lebih jauh sikit...kalo umur panjang...tiket dah beli...

Pinatbate=nanti tengok N3 mendatang...hehehe.

Shazali=Tq...insya allah boleh...amin.

Shah said...

Menarik la tengok entry2 vietnam ko ni. Dulu2 plan tahun depan nak gi sana tapi ni dah pindah borneo ni kena tunda la dulu plan tu nampaknye. Nanti bila nak pegi boleh la dapatkan tips dari kau.

adie-ishmael said...

shah=Selamat berhijrah ke North Borneo...boleh...no hal.

mohad said...

cantik permandangan vietnam ya...

adie-ishmael said...

ijad=ya...cantik...bergantung macam mana kita menilai kecantikan itu...

Unknown said...

air asia ok la. takde la slalu dia delay.