Wednesday, October 21, 2009

PERJUMPAAN BEKAS PELAJAR AL-IRSYAD 1984/88.

Pada 21-09-2009(hari raya kedua)aku telah hadir ke perjumpaan bekas pelajar Sekolah Menengah Kebangsaan Agama Al-Irsyad(SMKAAI),Pokok Sena,Kepala Batas,Seberang Perai Utara,Pulau Pinang.Perjumpaan kali ini telah diadakan di Kelab Cinta Sayang,Sungai Petani,Kedah...Ianya melibatkan pelajar-pelajar tingkatan satu seisi 1984 hingga tingkatan lima seisi 1988...Sebenarnya aku hanya sempat belajar di sekolah tersebut hingga ke tingkatan tiga sahaja,kemudian aku menyambung pelajaran ke Kolej Islam Klang,Selangor pada tahun 1987...hubungan dengan kawan-kawan di SMKAAI terus terjalin hingga ke hari ini...alhamdulillah...Walaupun tidak berapa ramai yang dapat hadir ke perjumpaan pada kali ini,tapi ianya sangat bermakna kerana dapat berkongsi kembali cerita-cerita lama sewaktu di bangku/kerusi sekolah dulu...

sebahagian rakan-rakan yang hadir...ayah-ayah dan mak-mak orang kebanyakannya...khabarnya empat orang dalam gambar ni masih lagi 'eligible bachelors'...siapakah mereka??? Aku terkilan benar sebab gambar2 lain semuanya terdelete dan yang ada satu ni pun agak kabur...

6 comments:

CATZ said...

salam,
sempena syawal yg baru lalu ni, ramai ye yg berpeluang buat gathering dgn rakan sekolah...
seronok kann...muka pun dah lain..anak oso dah deret2..
teringat cerita masa budak2 duk sekolah dulu oso gelak2 kan..
hem...saya seumur hidup belum pernah join gathering macam ni..
jumpa2 2-3 org pernah lah...malu gitu..

adie-ishmael said...

catz...kalo pi gathering ni bagi yang single penat sangat nak jawab soalan bila lagi nak kawin...sebab tu ada kawan saya yang tak berani nak hadir ke reunion atau gathering macam ni...

DarcyDiaries said...

i don't really like reunion :-)

shazali said...

apa2 pun, baju tuan tanah sungguh stylo :)

adie-ishmael said...

darcy=catz! kan aku dah kata...

shazali=stylo kah???

PUTUBAMBU said...

macam tau2 je salah sorang daripada eligible bachelors tu..hehehe