Khao Tang Kuan atau Bukit Tang Kuan ni adalah antara tempat kunjungan orang ramai untuk melihat panorama bandar Songkhla dari arah atas.Setiap pengunjung akan dikenakan THB30 atau lebih kurang RM3 untuk bayaran naik ke atas bukit tu...
beratur untuk naik lift ke atas Bukit Tang Kuan...
lift bergerak ke atas...ala-ala keretapi Bukit Bendera...tapi 3 minit dah sampai...
keluar dari lift...




bandar Songkhla ni terletak di antara dua perairan...di sebelah kiri ialah laut Teluk Siam....
manakala di sebelah kanannya pula Tasik Songkhla yang luas saujana mata memandang...
terdapat sebuah kuil Buddha yang dikunjungi oleh penganutnya...
tempat ni tak jauh dengan Konsul Jeneral Malaysia...

feri meningkalkan jeti...teruskan perjalanan...naik feri menyeberangi Tasik Songkhla ke destinasi selanjutnya...tambang rm3...
patung kepala naga di pertemuan jalur sempit antara Tasik Songkhla dan laut Teluk Siam...
menyeberangi Jambatan Tinsulanonda...mengambil sempena nama bekas Perdana Menteri Thailand General Prem Tinsulanonda(sebut Tinsulanon)...beliau berasal dari Songkhla...
kemudian kami singgah di Folklore Museum yang terletak di atas sebuah bukit di sebuah pulau dalam Tasik Songkhla ni...apa yang menarik di muzium ni ialah mereka memasang lagu-lagu Melayu Malaysia...rasa cerin bulu roma bila mendengar irama lagu sekapur sirih di sebuah muzium di negara gajah putih ni...












jambatan Tinsulanonda dari atas muzium... namun yang paling unik di muzium ni adalah koleksi kukoq nyok( kukur kelapa)...jom tengok...










Orang Thai ni memang seni...















