Baru-baru ni seorang kawan orang tempatan telah menghantar sejenis makanan untuk aku di rumah. LAKTUT namanya...Laktut adalah rumpai laut dan ianya sangat terkenal di Langkawi...sesiapa yang tak tahu laktut maka dia bukanlah anak jati Langkawi...
inilah rupanya laktut...sejenis rumpai laut...makanan istemewa orang Langkawi.
dah lama benar nak merasa laktut ni,alhamdulillah,sampai juga hajat untuk makan buat pertama kali...kata orang laktut ni bertambah sedap kalau dimakan ngan sambal kerisik...tapi yang dalam gambar ni sambal belacan biasa jer...may be orang yang bagi ni tak sempat nak buat kot agaknya... laktut banyak terdapat pada musim kemarau iaitu antara bulan Januari sampai awal April...kalau di Kedah ni orang panggil musim timoq...
makan pula ngan asam pedas ikan temenung(kembung)...mak ai!!!...susah nak cerita lah...
sedap...lazat...dua pinggan nasi licin dibedal...terima kasih kepada yang sudi menghantar makanan ni untuk aku...
















