Showing posts with label MAKANAN. Show all posts
Showing posts with label MAKANAN. Show all posts

Monday, May 24, 2010

LOK LOK a.k.a CHELOR CHELOR

Lok lok adalah sejenis makanan macam yong tau fu.Ianya sangat terkenal di Pulau Pinang...Katanya berasal dari bahasa Hokien yang bermaksud celor celor...banyaknya!!!tapi jangan gusar...anda perlu bayar yang dimakan sahaja...yang tak makan tak dikira...bahan-bahan ni semua kena celoq dalam air panas yang mendidih di tengah-tengah meja tu...air tu jangan la pula dihirup...air panas biasa jer...bukannya sup macam steamboat...harga satu lidi/cucuk= RM1 dan RM2...ada yang lebih bergantung kepada warna yang ditanda dihujung lidi tu...selepas diceloq,cicah pula dengan kuah...ada dua jenis kuah kat sini...kuah kacang dan cili...sedap la jugak...lokasi yang selalu aku makan ialah di medan selera berdekatan Balai Polis Dato Keramat, Pulau Pinang...tuan punya kedai ni Majid namanya...

Tuesday, March 23, 2010

GULAI SEMILANG

Ikan semilang adalah ikan laut yang berjanggut dan bermisai seperti ikan keli...Masakan yang paling sesuai untuk ikan semilang ni ialah dibuat gulai,masak asam pedas dan digoreng garing-garing...Kalau sesiapa yang nak merasa keenakan gulai semilang ni,anda bolehlah berkunjung ke sebuah kedai makan yang terletak di Kg. Sungai Pial,Tg.Dawai...Orang Kedah panggil Sungai Pe(pear)...kalau tersesat jalan,tanya orang dengan sebutan tempatan...kalau sebut pial,mungkin depa tak tau...
dari Sungai Petani ambil jalan ke Semeling,pastu ke Merbok...kemudian teruskan perjalanan ke Singkir.Bila sampai pekan Singkir terus ambil jalan arah ke Tanjung Dawai...bila dah jumpa papan tanda di atas maka tak jauh dah la...jalan depan sikit lagi maka akan jumpa lah kedai yang dimaksudkan...papan tanda ni menandakan anda dah sampai ke tempat tujuan...ada juga pelanggan yang telipon tempah dulu sebelum mai makan di sini supaya tak lama menunggu..gulai semilang...hidangan istimewa kedai ni...tapi agak mahal sikit la...seekor ikan semilang yang digulaikan ni rm15...kalau abang Naim tokey kedai ni baca entry ni minta dia kurangkan sikit...kami bukannya kaya sangat...nasib baik sedap... ni pula gulai kepala tenggiri...rm12 seperiuk... kangkong goreng... kalau tak dak ulam,tak sah...pucuk tenggek burung,pucuk janggus dan timun... gulai tu dihidang dengan periuk-periuk sekali...diletak dalam lekaq lagi...
patut la...

Saturday, January 30, 2010

PULUT AYAM

Sebelum meneruskan perjalanan ke bandar Songkhla yang terletak kira-kira 25km ke utara Hatyai kami sempat bersarapan pulut ayam dulu. Kami beli di pasar pagi yang terletak tidak jauh dari hotel.Pulut ayam adalah antara makanan wajib kalau ke Thailand selain pulut mempelam.Kalau kita ke Thailand tapi tak makan pulut rasa macam kurang lengkap jer percutian kita tu.Pulut memberi kekuatan tenaga kepada kita untuk bergerak ke sana sini semasa bercuti. Sebaliknya ia juga boleh membuatkan kita mengantuk kalau tidak ada sebarang aktiviti lasak yang kita lakukan...
ayam digoreng dengan rempah khas...kat Padang Besar atau Bukit Kayu Hitam pun ada dijual...cuba ler tanya rempah pulut ayam kepada penjual...pulut ayam tu juga dimakan bersama dengan sos, sos mae pranom namanya...ada dijual dalam botol...kat pasaraya Malaysia pun boleh kita dapati...
pulut ditabur bawang dan bumbu goreng... lazat...selepas sarapan barulah kami check out dan gerak ke destinasi seterusnya dengan penuh semangat dan bertenaga...

Wednesday, December 2, 2009

SATE KERBAU

Kerbau adalah haiwan yang banyak diternak di Langkawi.Kalau kenduri-kendara khabarnya orang Langkawi lebih gemar menumbangkan kerbau berbanding lembu. Sewaktu menjelang hari raya haji baru ni,aku dan geng pejabat telah berpakat membeli seekor kerbau untuk disembelih bagi membuat persiapan menyambut hari raya.
inilah kerbau betina dara...masih belum disentuh oleh mana-mana kerbau jantan...kerbau ni menurut penjualnya berasal dari Pulau Tuba...kami beli dengan harga RM22oo termasuk upah sembelih dan lapah serta memotong... kerja-kerja menumbang dan menyembelih siap dilakukan dalam beberapa minit saja...almaklumlah,depa ni pakar-pakar belaka...daging kerbau tu aku bawa balik ke kampung di Sungai Petani...sepanjang empat hari di kampung,mak aku masak macam-macam dengan daging tu...nasi daging kerbau cicah air asam,bihun sup kerbau,rendang kerbau,mee rebus daging kerbau dan yang paling istimewa ialah sate kerbau... kerja-kerja mencucuk sate...daging tu diperap dengan rempah ratus dulu...renyah juga rupanya... dah siap cucuk...nak bakaq sate kena la pelekat(nyalakan)api dulu... ni nak tolong ka nak menyibuk??? kerja-kerja membakar sate...perlukan kemahiran juga...yang tak perlukan apa-apa kemahiran ialah makan...sedap la sate kerbau ni...

Wednesday, November 4, 2009

GULAI ITIK

Baru-baru ni salah seorang kawan aku telah mengajak ke Yan untuk menikmati gulai itik yang sangat tersohor di daerah tersebut. Beliau nampaknya bersungguh-sungguh mempromosi gulai itik berkenaan sejak sekian lama.Kedai gulai itik ni terletak di kawasan sawah padi tepi jalan kat Titi Serong,Yan,Kedah. Alhamdulillah akhirnya hajat beliau untuk belanja aku tu telah dimakbulkan Allah Taala...Terima kasih daun keladi,lain kali belanja lagi...
tu dia...gulai itik...likat @pekat...quek quek quek...

selain gulai,itik goreng pun ada...yum yum yum...
pajeri rebung pun lazat...ulam daun selom dan timun...
dan semestinya tidak ketinggalan...sambai belacan cabai melaka(cili padi)... makan tepi sawah memang bertambah-tambah selera...kat kedai ni juga kita boleh duduk bersila,tapi kami memilih duduk di atas kerusi kerana lebih selesa...kalau duduk bersila nanti tak boleh makan banyak...sangkut perut...(hanya orang berperut comel jer memahami)...

Thursday, October 29, 2009

GULAI LOKAN

Sewaktu pulang ke kampung baru-baru ni entah kenapa aku asyik teringin dan mengidam nak makan lokan jer...seingat aku,kali terakhir makan lokan ialah semasa aku berumur 5 atau 6 tahun...iaitu lebih kurang 32 tahun yang lalu...masa tu lokan diperolehi dari sungai belakang rumah jer...tapi apabila sungai tu dah tercemar dengan pelbagai kotoran,tiada sesiapa yang tergamak nak makan hidupan air dari sungai tu...terpaksa la cari lokan dari sungai lain yang lebih bersih dan tidak tercemar...
inilah rupa lokan(sejenis siput) yang tinggal di dalam klebog(lumpur) tepi sungai air masin berpaya bakau...lokan ni aku beli kat gerai tidak jauh dari jambatan Semeling berhampiran Sungai Merbok tu...sekilo RM2...aku beli 4kilo... setelah berbincang dan berbahas begitu begini dengan mak aku,akhirnya kata sepakat diperolehi...lokan tu akan dimasak gulai...gulai kalau di Kedah ni maksudnya kari... lokan harus dikopek untuk mendapatkankan isinya...isi lokan yang telah dibersih menanti untuk digulaikan... dah siap gulai lokan mak aku...dirampai bersama ubi mengala(kentang)...sedapnyaaa... bertambah sedap gulai lokan ni bila dimakan bersama ikan temenung bakar,ikan gelama kering digoreng garing dan ikan pekasam digoreng hancoq... tambah pula dengan ulam bunga betik jantan...mak ai... penangan gulai lokan dan lauk-lauk lain pada hari tu menyebabkan aku tibai nasi tiga(3) pinggan...belahak(sendawa) sakan aku...alhamdulillah...