Thursday, April 23, 2009

NERAKA DUNIA DI TOUL SLENG

Selepas menziarahi istana Raja Kemboja, kami ke muzium pembunuhan beramai-ramai yang terletak di Toul Sleng.Kem penyiksaan ini diwujudkan oleh Regim Khmer Rouge sebaik saja mereka mengambil alih pemerintahan Kemboja.Sesiapa sahaja yang disyaki musuh akan ditahan dan disiksa di kem ini bagi mendapat maklumat dan juga pengakuan... >
kem penyiksaan dan pembunuhan ini asalnya adalah sebuah sekolah menengah... katil yang sama... para tahanan akan diambil gambar terlebih dahulu sebaik saja ditempatkan di sini...anak-anak kecil yang comel tidak ketinggalan turut dibantai dan disembelih oleh tentera Khmer Rouge...kesian mereka dan keluarga mereka...alat untuk memasung kaki para tahanan supaya tidak dapat melarikan diri...tengkorak dan tulang manusia disusun rapi...bukti betapa rapinya rancangan penjahat membunuh sesama manusia...antara tokoh-tokoh politik yang kononnya selalu memperjuangkan keadilan dan kesamarataan untuk rakyat...apabila berkuasa, rakyatlah yang pertama menjadi mangsa mereka...siram kepala dengan air panas...tentera Khmer Rouge...ramai juga yang berusia muda seawal 14 dan 15 tahun...fikiran mereka telah diasak serta diracuni dengan ideologi Regime Khmer Rouge sehingga sanggup membunuh ibu-bapa sendiri jika tidak sebulu dengan pandangan dan pemikiran mereka...tengkorak mangsa-mangsa pembunuhan disusun membentuk peta negara Kemboja...

terdapat banyak lagi pusat penyiksaan seumpama ini di seluruh Kemboja...lebih kurang 5ooooo hingga 2juta orang rakyat Kemboja yang mati sewaktu Khmer Rouge berkuasa...