Saturday, May 16, 2009

MASUK VIETNAM

Selepas selesai urusan di pos imigresen,kami meneruskan perjalanan masuk ke Vietnam.Aktiviti pertama ialah menyusuri perkampungan tepi sungai untuk melihat kehidupan desa di Vietnam...
bot yang mengambil kami di sempadan Vietnam-Kemboja... bot bergerak meninggalkan pos sempadan... melihat rumah-rumah di pinggir sungai ni menimbulkan rasa syukur yang amat sangat menjadi anak Malaysia... anak-anak keriangan bermain sambil melambai-lambai kepada kami... menikmati pemandangan di kiri dan kanan tebing sungai...santai...stesen minyak terapung... setelah 2 setengah jam berada dalam bot, kami menghampiri bandar Chau Doc... dah sampai di jeti bandar Chau Doc...kami akan bermalam di sini semalam sebelum meneruskan perjalanan... bilik penginapan kami...termasuk dalam pakage...satu bilik untuk dua orang...duit Vietnam... 2000(dua ribu)dong=5(lima)kupang=50(lima puluh)sen...sebahagian pemandangan bandar Chau Doc dari atas hotel kami... selepas berehat sebentar di hotel,kami menaiki feri menuju ke kampung bapa mertua Anuar yang terletak tidak jauh dari bandar Chau Doc ni...bapa mertua Anuar sudah lama berhijrah ke Malaysia dan sekarang tinggal di Parit Buntar,Perak...saudara-mara isterinya masih ramai di situ...rumah mak sedara isteri Anuar... Anuar dan sepupu isterinya Awie...Awie fasih berbahasa Melayu kerana pernah tinggal 19 tahun di Malaysia... kami dijamu dengan kuey teow sup ala Vietnam yang paling meletop lagi merecik-recik...dok teringat lagi keenakannya sampai saat ini...slurppppp...
seperti biasa la...licin... dari kiri,Awie,Mak Ngah,Anuar dan Pak Ngah...terima kasih Mak Ngah kerana menjamu kami kuey teow sup yang lazat itu...Mak Ngah hanya boleh bercakap beberapa patah bahasa Melayu...Awie yang menjadi penterjemah...Pak Ngah pula boleh berbahasa Inggeris...katanya pernah bekerja dengan askar Amerika sewaktu Amerika berpengkalan di Vietnam Selatan sebelum dikalahkan oleh tentera Vietcong dari utara... bergambar kenangan ngan Mak Ngah dan Pak Ngah sekeluarga...

bersambung...ilalliqak...

Thursday, May 7, 2009

HARI TERAKHIR DI KEMBOJA

Kami berada di Kemboja tidak lama,cuma dua malam sahaja...perancangan awal untuk ke wilayah Kg. Cham tidak kesampaian kerana kekangan masa dan sebab teknikal yang lain.Namun rasanya banyak juga tempat yang menarik kami sudah kunjungi di Phnom Penh ni.Apa yang lebih penting kami sudah dapat menghayati sendiri budaya dan tatacara kehidupan masyarakat di Kemboja khususnya di ibunegaranya ini.Selepas berada di Kemboja,kami meneruskan perjalanan menyeberang ke Vietnam pula...

bergambar depan pejabat agensi pelancongan yang akan membawa kami ke Saigon(Ho Chi Minh City)Vietnam...di belakang tu ialah hotel penginapan kami pada malam kedua...malam pertama di Puncak Hotel.Dari kiri Azhar,Sam,Anuar,aku dan Manzur(orang Cham)...hotel ni lebih murah dari hotel puncak...USD10 jer,lebih kurang RM36 sebilik...ada aircond...kami ambil dua bilik untuk lima orang...bilik dia pun selesa...terletak tidak berapa jauh dari hotel puncak yang lebih mahal itu...kami ambil pakage dari company ni untuk 3 hari 2 malam...harganya USD40 seorang...meliputi tambang kenderaan,hotel,tempat-tempat lawatan dan juga sarapan...tak der ler murah sangat tapi berbaloi... menunggu ketibaan van untuk memulakan perjalanan. bersama minah-minah saleh dalam van...mereka ni dari pelbagai negara... nasib baik la kami dibawa dengan van yang selesa lagi berhawa dingin...kalau la depa bagi naik kenderaan macam ni,mau kematu pungkoq aku...mahu tercabut urat kentut dan tulang temulang aku agaknya... jika kita bermusafir cara buat kopi yang paling mudah ialah seperti yang ditunjukkan di atas ni... masukkan kopi dalam air mineral,kocak-kocak,tonggeng-tonggeng atas bawah dan minum... roti pula dah jadi bentuk macam ni...tak der lagi rupa bentuk asalnya...tak kisah,janji perut kami kenyang untuk meneruskan perjalanan yang jauh...lebih kurang sejam perjalanan dengan van dari Phnom Penh,kami sampai di tebing Sungai Mekong yang terletak di Neak Luong...bot telah sedia menanti kami untuk membawa ke sempadan Kemboja-Vietnam...dalam bot menuju ke sempadan... luasnya Sg. Mekong ni...tengok la...ada beberapa buah kapal boleh bersaing mudik ke hulu membawa barangan...perkampungan di tebing sungai... tanaman yang subur juga kelihatan...setelah 2(dua) jam berada di dalam bot,kami sampai di sempadanKemboja-Vietnam...

Add Image cop passport dulu sebelum tinggalkan Kemboja... pos tempat cop passport...sederhana jer saiznya... selepas cop passport naik bot semula untuk ke sempadan...dari jauh kelihatan pagar sempadan Kemboja-Vietnam...sebelah kanan pokok kelapa ialah Kemboja manakala sebelah kiri adalah Vietnam...juga kelihatan bendera Vietnam...sampai pula di pos imigresen Vietnam...lebih besar...cantik dan menarik...barang-barang dan beg kami terpaksa dipunggah untuk dimuat ke bot lain...bot dari kemboja akan kembali bersama penumpang yang mahu ke sana...kami akan menaiki bot baru milik orang Vietnam untuk meneruskan perjalanan yang masih jauh...
tulisan vietnam...
Yang tengah tu ialah Ketua Pengarah Jabatan Imigresen Vietnam bersama anak-anak buahnya...ngeh ngeh ngeh...

bersambung...ilalliqak...