di hadapan pavilion tempat raja berdiri pada hari kebesaran atau upacara rasmi...

di kebanyakan ibu negara dalam dunia ni ada satu kawasan tumpuan umum lapang yang merpati akan bertandang menyerikan kawasan tersebut sambil makan bijirin yang ditabur pelancong...senario ni ada tak kat Dataran Merdeka,Kuala Lumpur?kalau ada bagus...kalau tiada,kenapa tidak cuba diwujudkan...
pengawal pintu istana...alamak! ketotnya dia...
biarlah aku yang bertubuh sasa ni yang mengambil alih tugas mengawal istana...tak payah pakai senapang pun orang jahat dah kecut...hehehe.
sila baca dulu ya...nanti kena potong kepala tak leh balik Malaysia...








pakaian gundik raja... Ahad kena pakai color merah,Isnin oren,Selasa ungu dan begitulah selanjutnya...
tempat simpan abu mayat raja yg dah mati...
berhala lembu ni pernah dicuri oleh Kerajaan Siam...tapi diambil balik oleh Kerajaan Kemboja...



Raja Kemboja sekarang...Preah Karuna Preah Bat Samdech Preah Baromneath Norodom Sihamoni Nai Preah Reacheanachakr Kampuchea yang maksudnya Yang Maha Mulia Raja Norodom Sihamoni Raja Pemerintah Kerajaan Kemboja...Norodom Sihamoni diputerakan pada 14 Mei 1953. Beliau adalah putera sulung Raja Norodom Sihanouk dan Permaisuri Norodom Monineath.Beliau dinamakan Sihamoni hasil gabungan nama ayahnya Sihanouk dan ibunya Monineath.Menggantikan ayahandanya menjadi raja setelah Sihanouk turun tahta.Masih bujang...






Kemboja dulu adalah sebahagian dari Empayar Khmer...perhatikan Kerajaan Melayu Champa dalam peta tu...ianya hancur musnah kerana perpecahan,perebutan kuasa dan wujudnya penderhaka sebangsa yang sanggup bekerja sama dengan bangsa asing Daiviet(Vietnam) di utara untuk menakluk negeri sendiri...akhirnya Champa runtuh dan bangsa Vietnam menguasai Champa...kita harus belajar sesuatu dari episod sedih bangsa Melayu Champa itu...
