Thursday, April 23, 2009

NERAKA DUNIA DI TOUL SLENG

Selepas menziarahi istana Raja Kemboja, kami ke muzium pembunuhan beramai-ramai yang terletak di Toul Sleng.Kem penyiksaan ini diwujudkan oleh Regim Khmer Rouge sebaik saja mereka mengambil alih pemerintahan Kemboja.Sesiapa sahaja yang disyaki musuh akan ditahan dan disiksa di kem ini bagi mendapat maklumat dan juga pengakuan... >
kem penyiksaan dan pembunuhan ini asalnya adalah sebuah sekolah menengah... katil yang sama... para tahanan akan diambil gambar terlebih dahulu sebaik saja ditempatkan di sini...anak-anak kecil yang comel tidak ketinggalan turut dibantai dan disembelih oleh tentera Khmer Rouge...kesian mereka dan keluarga mereka...alat untuk memasung kaki para tahanan supaya tidak dapat melarikan diri...tengkorak dan tulang manusia disusun rapi...bukti betapa rapinya rancangan penjahat membunuh sesama manusia...antara tokoh-tokoh politik yang kononnya selalu memperjuangkan keadilan dan kesamarataan untuk rakyat...apabila berkuasa, rakyatlah yang pertama menjadi mangsa mereka...siram kepala dengan air panas...tentera Khmer Rouge...ramai juga yang berusia muda seawal 14 dan 15 tahun...fikiran mereka telah diasak serta diracuni dengan ideologi Regime Khmer Rouge sehingga sanggup membunuh ibu-bapa sendiri jika tidak sebulu dengan pandangan dan pemikiran mereka...tengkorak mangsa-mangsa pembunuhan disusun membentuk peta negara Kemboja...

terdapat banyak lagi pusat penyiksaan seumpama ini di seluruh Kemboja...lebih kurang 5ooooo hingga 2juta orang rakyat Kemboja yang mati sewaktu Khmer Rouge berkuasa...

10 comments:

Anonymous said...

lama menunngu ceritara seterusnya..
samapi komen kat first day ke kembojia pun dah panjang....
heheheeh

aduhai.... kesiannya..
apelah jahat komunis kan.. yg sedih kanak-kanak pun di bunuh..

tak seram ke masuk tmpt tu ?
bnyk nye tengkorak... kalo lin 5 minit je cukup dah...
seram...

marie said...

hish..kejam sungguh manusia ni..skrg ni semua dah tua2, bila msuk court mulalah buat muka kesian..time dia buat kat org dlu, kemain lah angkuhnya...tapi mana2 yg terlepas tu, takpelah ada balasannya nnt di sana

daela said...

hadoihhh...mengucap panjang baca blog abg adie ari ni..jahatnya komunis tu kan???kejam3x..

lg 1,dila mmg x berani g tmpt yg ada korak2 live mcm ni...seram..hikss..

Madam Casper said...

ishh
sian nya mangsa2 tu kan? nak2 budak2 kecik..
kejamla pol pot ni. Pol Pot dah arwah kan..la ni tgh dok bicara si DUCH tu ja kan???

shazali said...

bagi yang dah pernah ke sana, membaca cerita Toul Sleng di sini mungkin tak sama dengan pengalaman melihat sendiri bekas Neraka Dunia ni di depan mata....sungguh mengerikan!

I've been there before..dan itulah yg saya rasa. Kalau rakan2 semua ada kesempatan, berkunjunglah ke sana dan sama2 muhasabah diri...

PUTUBAMBU said...

ishh..semuanya 'No'..

parah gitu..!

DarcyDiaries said...

Ermm..

Tak bawak balik "badi" ka bang?
Hati2 k? Heheheh

P/S: Bukan main banyak "NO" laa..hehe

PINATBATE said...

seram..
benci...
hairan..
ini manusia ker binatang?
kejam..zalim..

CATZ said...

uh...sadisnya...aku yg baca ni turut stress..sedihnya buleh bunuh-bunuh mcm tuh je..kejammmm....kejamm..
aku harap satu hari nanti aku akan sampai ke sini utk menyaksikan sendiri tempat ni..
mungkin boleh menitiskan air mata..
mmmmm..

adie-ishmael said...

Lin=ya...kisah mereka menjadi pengajaran kepada kita...syukur dapat hidup di bumi aman damai seperti Malaysia...sesiapa yg tak suka Malaysia silalah berhijrah ke negara lain...hehehe.

N.M Ibrahim=sebelum mendapat kuasa Khmer Rouge sering mendakwa kerajaan kemboja tidak adil,korup dan macam2 lagi lah...tapi bila mereka ambil alih kuasa,lihatlah sendiri apa yg mereka lakukan pada rakyat...iktibar pada kita.

daela=kena berani...jangan takut...

casper=aku doakan penjenayah tu akan dibalas dengan balasan yg adil dan wajar...

shazali=dah pegi yer...tentu kita boleh faham betapa besarnya nikmat keamanan...

putu=tu la... segalanya 'no'...macam ni teruk la no...hehehe

darcy=kita ada baca2 la sebelum masuk situ...hehehe...kekwat!

pinatbate=manusia adakalanya lebih kejam dari binatang...

catz=tu la catz...rasanya catz yg bersifat keibuan ni kalo pi situ basah baju dengan air mata...