Thursday, August 13, 2009

RIMBA HERBA PERLIS

Antara tempat lain yang kami sempat kunjungi di Perlis ialah Rimba Herba Perlis yang terletak di tengah perjalanan ke Rekreasi Bukit Ayer...di sini kita akan dapat temui pelbagai tumbuhan dan herba yang mempunyai nilai perubatan...ianya telah lama digunakan oleh nenek moyang kita sejak zaman berzaman sehingga ke hari ini...kita akan dapat mengenali bermacam-macam tumbuhan dan herba dengan pelbagai nama yang unik...
bayaran masuk ke sini cuma RM1(sehinggit) jer...lebih murah dari bayaran masuk tandas kat KLCC tu...nenek aku pula dia orang bagi free jer masuk...yang pastinya, ilmu dan maklumat yang diperolehi di sini tidak dapat dinilai dengan wang ringgit... suasana hijau redup dan bersih serta kemas boleh tenangkan jiwa raga... anak buah aku pun riang ria kesana sini dalam taman herba ni...jom kita kenali pula nama-nama tumbuhan yang berkhasiat di sini...
tumbuhan yang tersenarai di atas ni adalah untuk menambahkan/meningkatkan/menguatkan tenaga batin lelaki...kita selalu disyorkan tongkat ali jer...sebenarnya banyak lagi tumbuhan yang mempunyai khasiat yang sama...so,guys yang ada masalah lemah tenaga batin boleh la cari tumbuhan yang berkenaan...cuba la try...bayangkan...parang pun boleh patah kalau ditetak 'anu' korang...hmm...power tu...!!!hehehe.kalau perjalanan darah dah lancar, harus la yang tua pun jadi galak... alhamdulillah...dapat tambah ilmu dan maklumat...dapat tenangkan fikiran...dapat menghayati ciptaan Allah Taala...

5 comments:

xan said...

memang elok laa kalau jaga tempat tempat mcm ni.. tapi orang kita nii bila dapat tempat yang elok sikit.. depa dok pulun nak bagi kotoq ..tu yg tak beghapa nak syok sikit

adie-ishmael said...

xan=betul tu...orang kita dah berpelajrn tinggi tapi sikap mereka seolah-olah tidak bertamadun...

IT'S ABOUT LIFE AND MONEY said...

salam....
nak tgk blog saya....sila kan...tak canggih mcm abg adie...disbbkan slalu tgk blog marina dan abg adie..dulu ishan. tp ishan dan tk tau nape tk jd blogger lg

adie-ishmael said...

its bout life n money=salam...slmt berblog...moga dapat berkongsi ilmu.

Anonymous said...

abg adie, salam singgah, nice blog abg!Putera (It's about life and money), ye la apsal ishan tu dah senyap trus skrg ni? kita semua rindu tulisan2 jiwang dia tu. mgkn abg adie (empunya blog) ada jawapannya! - CHE MAT, KUANTAN